Suatu penghijrahan yang berlaku atas diri beliau dari seorang pemuzik kepada seorang yang menyintai agama. Banyak yang diceritakan yang lebih kepada kehidupan remaja.
Banyak yang di ceritakan tetapi yang aku suka ialah beliau memperkenalkan perniagaan melalui Facebook. Nak berniaga juga bang mat nie. Aku tulis berdasarkan pemahaman aku ketika bual bicara tersebut.
Perniagaan yang amat menguntungkan dan sentiasa akan masuk. Perniagaan yang mana orang bawah akan bekerja untuk kita dan kita akan mengutip hasilnya. Serupa MLM la tuu. Perniagaan ini amat menguntungkan kepada penggemar Facebook. Makan facebook...tidur facebook...jaga facebook.
Ketika ini kita mungkin bangun pagi-pagi mesti ON Facebook dulu. Lepas tu baca status rakan-rakan. Lepas tu komen atau klik "like" atau "share". Lepas tu mula update status diri sendiri. Yang ada handphone canggih, ambil gambar diri sendiri dan upload dalam status dan tulis " Cantik tak tudung saya ?" ( aku lupa dah tudung apa yang disebut oleh Sham ). Lepas tu tak sampai sejam dah ada 50 komen yang macam-macam dari "kau beli kat mana?" sehingga "you cute lah" dan berbagai lagi. Mungkin dalam status nak tanya tudung yang dipakai cantik tak? Tetapi disebaliknya nak tanya saya nie cantik tak ? Jika ini yang di buat dengan Facebook, ia tak memberikan apa-apa keuntungan.
Gitar dan amp. yang Sham bawa malam tu. |
Apa yang memberi keuntungan atau apa yang hendak diniagakan?? Tupperware? Avon? Shaklee? Kain Batik? Cadar? Labu Peram? Forex? dah..dah..dahhh tu. Semua tu bukan.
Jeng...jeng...jeng nie dia, beliau sarankan kepada penggemar Facebook supaya tulis status yang mengingatkan kita dan juga rakan-rakan seperti "Jom ke masjid", "Sudah ucap Alhamdulillah ka hari nie?" atau tulis kata-kata nasihat yang mungkin boleh di ambil dari buku-buku. Upload dalam status, jika rakan-rakan baca status anda insyaallah anda mendapat pahala. Tambahan pula jika rakan-rakan anda klik "like" atau "share" bertambah lagi lah jaringannya. Inilah perniagaannya.
Kalau tak tau apa nak tulis "like" sahaja ustaz-ustaz. Ramai dah ustaz yang mempunyai facebook seperti Ustaz Azhar Idrus, Utz Mohd Kazim Elias, Utz Don Daniyal.
Melalui facebook kita dapat manfaatnya jika digunakan dengan berhemah. Banyak lagi yang dibualkan.
Shahduuuu.... Ketika Cinta Bertasbih |
Habis sahaja program, sesi bergambar. Untuk wanita Sham minta ambil gambar ramai-ramai sebab tak mahu gosip-gosip. Dalam ramai-ramai yang hadir termasuk juga rakan-rakan Sham dan juga mat-mat rock. Walau dah tak jadi pemuzik, manusia yang menerima hidayah Allah dan ingin mengikut jalan yang benar akan dianggkat martabatnya.
No comments:
Post a Comment