Saturday, March 17, 2012

Seafood....SeeFood

Minggu lepas bersempena dengan cuti sekolah bawa anak-anak nonton filem animasi bahasa inggeris pertama keluaran anak tempatan yang dibanggakan. SeeFood

Tak payah aku nak buat sinopsis cerita tu, google saja mesti jumpa ceritanya. Yang pastinya ini bukan cerita rakyat.

Keseluruhan cerita ini tak berapa tersusun, sukar untuk faham perjalanan cerita. Sukar hendak difahamkan kenapa ada permusuhan antara geng baik Pup dengan geng jahat Murray. Apa hubungkait antara minyak tumpah ke laut dengan serangan geng Murray. Mungkin banyak cerita yang hendak diceritakan. Boleh di senaraikan seperti dibawah.

1- Persahabatan antara ikan-ikan.
2- Pup hendak menyelamatkan telurnya yang di curi oleh manusia.
3- Julius hendak menyelamatkan Pup
4- Spin menjadi talam dua muka.
5- Minyak dari kilang ( kilang la kot, tak tau apa fungsi kilang tersebut) tumpah kelaut.
6- Geng Murray hendak dapatkan / ambil telur Pup ( sebab tak tau kenapa).
7- Octo dengan geng baik hendak meletupkan kilang buang minyak kelaut.

Terlampau banyak cerita yang hendak dimasukkan ke dalam masa 1 jam setengah sehingga kadang-kadang tidak ada kesinambungannya.

Yang aku puji ialah grafik, memang cantik boleh buat wallpaper.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...