Isnin lepas, waktu rehat tengahari sekali lagi buat program jalan-jalan cari makan bersama rakan sepejabat. Kali ini ke Bangkok Tomyam. Saja-saja buat untuk mengerat hubungan antara rakan-rakan setugas.
|
Bangkok Tomyam |
Dalam jam 12.40 tengahari kami bertolak ke sana. Dalam 1 tengahari dah sampai. Kalau yang biasa ke Tabung Haji dari Bayan Baru melalui Jalan Sultan Azlan Shah pasti melalui jalan nie. Parking terhad, jadi parking sahaja di bahu jalan hadapan restoran. Dari luar dah nampak keThailannya sebab bentuk bumbung yang berbucu-bucu.
|
Tiang berukir dan dekorasi siling dari kayu |
Restoran ini berkonsepkan Thai dengan ukiran kayu di tiang dan siling. Luas, bersih dan selesa walau ruang makannya secara terbuka.
Masa tu orang dah ramai. Sampai saja, sambung meja dan oder makan. Kira tak sempat panas pungkok lagi makanan dah sampai. Servis yang memang hebat sebab masa kami datang tu pelanggan memang ramai.
Ini dia menu yang di oder
|
Udang masak pedas |
|
Kailan ikan masin, rasa tak berapa naik. |
|
Sotong cekup tepung, yang nie memang sedap. |
|
Ayam goreng dengan gajus. Biji gajus memang banyak (orang utara cakap biji janguih) |
|
Siakap 3 rasa, ikan boleh tahan besar juga. Rasa boleh tahan. |
|
Som Tam |
|
Siakap steam, ikan tu besar juga. |
|
Tomyam campur, OK sahaja |
|
Telur bungkus |
Air biasa sahaja, sejug oren dengan tembikai. Dah sampai semua menu yang di oder, apa lagi, balunnn...
Restoran ini amat menarik sebab dapat menarik ramai kaum datang. Bukan setakat bangsa Melayu malah kebanyakan yang datang adalah kaum lain seperti Cina dan India. Ramai yang datang dalam kumpulan yang besar seperti mengadakan jamuan. Mungkin disebabkan restoran ini berada berdekatan kawasan industri. Macam nie baru boleh jadi restoran 1Malaysia.
|
Sekumpulan dari Robert Bosch. Teringat waktu aku bekerja
kat situ dulu-dulu. |
Habis makan pakat-pakat tersandar.
|
Tak larat nak bangun |
Harga untuk semua lebih kurang RM 140.00. Keseluruhan makan kat sini boleh kata sedap dan berbaloi dengan harga ditambah dengan persekitaran yang bersih dan selesa dan servis yang pantas.
Alamat Restoran Bangkok Tomyam :
3132, Jalan Mahkamah,
11900, Bayan Lepas,
Pulau Pinang.
04 - 643
2205
012 - 425 9227
Waktu operasi 12 tengahari - 1 pagi
Lokasi dari Google map:
No comments:
Post a Comment