Friday, April 2, 2010

Rojak Ammar

Kelmarin anak aku Muhammad Ammar telefon aku masa dalam perjalanan balik, dia nak buah apel dua biji sebab cikgu Tadika Khalifah Intelek suruh dia bawa esok. Jadi sebelum sampai rumah aku ke Komplek Kailan, Kepala Batas. Disitu ada sederet kedai buah. belilah buah yang dia nak.

Hari nie sebelum aku buka pintu dengan sengeh dia cakap cikgu buat rojak dengan timun saja, apel dia dah makan. Masuk ja kedalm rumah di suanya rojak yang dibuat dengan buah-buah yang dibeli dan juga buah-buah yang kawan-kawan dia bawa juga. Buah-buah tu dipotong oleh mereka sendiri. Ini lah dia rojak tu.


Kami sekeluarga di pelawanya makan, rasa boleh tahan. Kuah dia kata cikgu beli.
Bebrapa minggu yang lepas kat tadika dia buat sandwich. Nanti senang la ibu dia dalam pantang ada orang boleh masak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...