Semenjak dua menjak aku berada dalam sektor awam, aku lihat kebanyakan kakitangan beruniform sentiasa mendapat perhatian kerajaan. Asal pembentangan belanjawan selalu golongan inilah yang akan mendapat initiatif atau imbuhan. Bukan setakat belanjawan, diluar waktu belanjawan pun golongan ini lah yang selalu mendapat perhatian seperti pertambahan alaun, gaji atau kenaikan pangkat.
Bukan cemburu tapi hairan. Kenapa golongan beruniform ini sangat mendapat perhatian dari kerajaan?. Selalu alasan yang diberi, golongan ini menjadi tonggak utama keselamatan negara atau mereka ini bergadai nyawa untuk menyelamat manusia atau mereka inilah yang sentiasa berhadapan dengan berbagai penyakit. Betul kah? Memang betul.
Golongan ini mungkin memberi bantuan pertama kepada persekitaran dan sentiasa mendapat perhatian. Bagaimana pula dengan perjawatan lain dalam sektor kerajaan seperti juruteknik dan kerani adakah mereka ini tidak menyumbang kepada kesejahteraan negara. Adakah yang menyumbang kepada negara ialah sesiapa yang beruniform dan memberi khidmat awal jika berlakunya bencana. Cuba bayangkan jika bangunan dan jalan yang dibina tidak diseliakan dengan betul apa kan jadi? Jika tiada juruteknik yang menyelenggarakan alatan hospital apa akan jadi? Jika alatan mengajar tidak dibuat penyelenggaraan dengan baik adakah pelajar dapat belajar denga selesa? Jika tiada yang membuat akaun adakah perbelanjaan dapat diuruskan dengan baik?. Ini sebahagian dari contoh. Adakah mereka ini tidak meyumbang kepada kesejahteraan negara?. Mereka inilah secara tidak langsung melancarkan segala urusan kerajaan dan membangunkan ekonomi. Cuma yang membezakan ialah mereka ini tidak berada dalam situasi yang boleh membahayakan diri.
Sebagai penjawat awam aku tak boleh komen, tetapi adakah adil disebabkan mereka ini berada dibarisan hadapan jika berlaku bencana atau untuk menarik orang awam menjawat sesuatu pekerjaan, maka diberi berbagai inisiatif sehingga meminggirkan jawatan lain. Penjawat awam yang tak beruniform juga memberi sumbangan yang besar kepada negara, sewajarnya mereka pun mendapat pengiktirafan yang setimpal.
Inisiatif yang diberikan adalah berdasarkan kerja dan persekitaran yang terpaksa dihadapi. Seperti jururawat diberi elaun khas disebabkan mereka sentiasa tededah dengan penyakit. Bagaimana pula dengan penjawat awam yang ditugaskan untuk melakukan kerja yang diluar tanggungjawabnya. Contoh seperti seorang juruteknik diarah untuk menjadi pemandu walau dia tidak ada kebolehan tersebut. Apakah inisiatif yang dapat diberikan, atau jika berlaku kecelakaan apakah yang dapat melindunginya. Adakah dengan memberi arahan melalui sekeping surat sahaja sudah mencukupi. Perkara ini memang berlaku tetapi adakah terma-terma yang menjadikan situasi ini menang-menang, dimana kedua-dua pihak mendapat manfaat. Fikir-fikirkan lah.
No comments:
Post a Comment