Aku dapat lihat betapa susah dan peritnya untuk melahirkan zuriat. Walau dalam keadaan berhawa dingin peluh boleh membasahi dahi. Kesakitan yang hebat terpaksa ditanggung. Hanya tuhan sahaja yang tahu. Berusaha dan terus berusaha mengeluarkan zuriat yang dikendong. Insaf aku. Beginilah yang ditanggung oleh emak aku. Itulah kesakitan hebat yang terpaksa ditanggung nya semasa melahirkan aku. Tidak dikira sembilan bulan sepuluh hari menjaga aku didalam kandungan bagai menatang air yang penuh.
Kepada yang yang masih ada emak berbuat baiklah kepada mereka. Janganlah kecilkan hati mereka dan gembirakanlah mereka dengan kebaikan yang kita lakukan. Kepada emak mereka dah tiada berdoalah kesejahteraan roh mereka perbanyakkanlah beribadah dan sedekah dan sentiasa mengeratkan silaturrahim dengan saudara mara dan kenalan emak yang telah tiada.
Alhamdulillah...tepat jam 4 pagi keluarlah anak aku melihat dunia sementara yang perlu dia terokai pada 4hb April 2010 ( Ahad) bersamaan 19 Rabi'ul Akhir 1431. Seorang lelaki seberat 3.2 kg. Aku harap dia dapat mengingati bagaimana saat dia muncul kedunia ini dan bagaimanan kesakitan yang ditanggung oleh ibunya dan pengorbanan yang dibuat oleh ibunya semasa mengendongnya selama lebih 9 bulan.
Selepas dimandi dan dicuci dan dibedong nurse bagi kat aku baby untuk diazan dab diqamatkan. Aku beri semula kepada nurse untuk urusan dia selanjutnya. Isteri aku keluar bilik operasi tak lama kemudian.
Setelah isteri aku rehat dulu, baru ambil baby jumpa ibunya. Masa nie baru aku perasan kulit anak aku nie putih sikit. Mungkin masa dok mengandung ibunya suka makan nasi kampung saja, nasi kandar sorryyyy.
p/s : nak tau lokasi klinik bersalin nie klik sini.
No comments:
Post a Comment