gambar hiasan dari internet. |
Bila berlaku kematian kepada penyandang, berpusu-pusu lah parti politik berkempen meletakkan calon. Bila letak calon semestilah bersama dengan wang pertaruhan. Dah duit pertaruhan sepasal, ditambah dengan kos-kos poster, baner, duit sagu hati kepada penyokong, upah panjat pelekat poster, belanja kat pondok kempen tiap-tiap malam sekurang-kurangnya teh tarik roti canai, baju dan topi parti mesti ada untuk para penyokong, jemputan penceramah kena hulur juga, kalau yang datang berpangkat semestinya claim duit minyak walau bekerja untuk parti, duit minyak kepada pengundi yang datang dari jauh, ternampak rakyat miskin dikawasan tu kena beri bantuan supaya wartawan dapat ambil gambar bersama cek sebesar pintu ( walau dulu dia merayu tak pernah dapat ), polis yang terpaksa berkawal 24 jam, majlis perbandaran menjaga kebersihan, media yang membuat liputan, pihak SPR yang menjayakan pilihanraya dan bermacam lagi. Sementara nak sampai hari pemilihan berapa agaknya yang telah di perhabis untuk pilihanraya kecil?.
Aku tulis bukan apa, cuma nak lihat kepada pembaziran yang dilakukan disebabkan kematian wakil rakyat. Aku tahu kematian tu kerja Tuhan. Kalau boleh kita minimakan, yang aku maksudkan kematian disebabkan penyakit dan usia.
Cuba bayangkan berapa kos untuk buat pilihanraya kecil yang terpaksa kerajaan tanggung. Sila rujuk M Star Online yang telah memaparkan nilai yang terpaksa ditanggung untuk mengadakan pilihanraya kecil. Buka sikit, sekurang-kurangnya 3 juta terpaksa dibelanjakan. Jika duit itu digunakan untuk kesejahteraan rakyat lagi baik. Ditambah juga dengan duit yang parti keluarkan untuk berkempen, mereka ini guna duit itu untuk membangunkan kawasan yang mereka pegang. Banyak manfaatnya. Berapa puluh rumah kos rendah dapat dibangunkan.
Lagi satu jika kurang berlaku pilihan raya kecil, bapak-bapak menteri boleh lah beri tumpuan yang lebih untuk membangunkan negara bukan dok pikir macam mana nak tawan sesuatu kawasan dan berkempen saja. Sekurang-kurang habis sebulan dok berkempen sebelum pilihanraya, kerja lain tak jadi. Buang masa, kadang-kadang menang sorak kampung tergadai.
Untuk mengurangkan masalah ini boleh di cadangkan umur untuk bakal menjadi calon biarlah muda dan bertenaga seperti bawah 45 tahun dan kalau boleh dibuat ujian stamina dulu. Ajal maut tuhan sahaja yang tahu tetapi mengikut hukum akal jika tubuh sihat insyallah panjang unur. Nanti bila telah dilantik senanglah nak kena teh tarik dengan roti canai malam-malam dan mesyuarat sampai ke pagi. Yang tua-tua jangan kecik hati, boleh menjadi pembimbing supaya yang muda tak tersesat. Kalau dapat projek besar kongsi-kongsilah dengan golongan tua.
No comments:
Post a Comment