Media Kita Berbudi Bahasa

Yang kurik itu kundi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Dua tiga hari lepas rasanya hari Isnin 19hb April terbaca dalam akhabar mengenai hanya 20 sahaja hotel di Pulau Pinang yang memeiliki sijil halal. Lagi sekali isu halal haram di war-warkan. Sekali lagi rakyat Malaysia berugama islam terpinga-pinga. Bukan apa, berita yang di keluarkan memang isu besar tapi dalam akhbar rasanya sebagai pelengkap atau pemenuh mukasurat akhbar. Tak kata begitu, isu halal haram merupakan isu besar dan amat dititik beratkan oleh orang Islam tetapi tiada maklumat terperinci yang disampaikan. Selepas baca berita tersebut apa yang kita tahu. Yang tahu hanya 20 hotel di Pulau Pinang ada sijil halal itu sahaja. Jika ditanya hotel apa dan dimana? kita tak dapat menjawabnya. Mungkin akhbar mengirakan jika menghebahkan nama hotel yang ada sijil halal termasuk dalam ruangan iklan, mempromosikan hotel tersebut. Dimana ketelusan berita yang hendak disampaikan. Kita baca akhbar nak dapat berita dan maklumat, tapi apa yang dapat ? Kita berada dalam keresahan sebab tak tahu maklumat terperinci.

Dulu masa aku sekolah kecil-kecil ada orang cakap akhbar nie dua perkara sahaja yang boleh percaya, keputusan bola dan nombor ekor. Akhabar sepatutnya menjadi agen menyebarkan maklumat yang tepat dan menjadi sumber maklumat kepada masyarakat. Kepada ahbar-akhbar jika buat berita tu jangan buat berita tergantung, biar ada maklumat yang tepat dan boleh dipakai.

Oleh kerana maklumat yang tepat akhbar tidak dapat beri, apa lagi cari menggunakan internet la ( jangan salahkan internet jika maklumat yang didapati tidak tepat). Aku cari dalam internet mengenai hotel yang halal. Apa yang aku dapat banyak sijil halal yang dikeluarkan oleh bahagian hal ehwal Agama Islam negeri dalam Malaysia seperti JAIS ( Selangor), JAIP (Pahang) dan JAIPP (Pulau Pinang). Ada maklumat dari laman web itu tidak lengkap seperti ada yang memberi alamat hotel dan no telefon hotel sahaja tetapi tak memaparkan status halal hotel berkenaan, ada juga yang memaparkan maklumat yang dah luput tarikh sekadar mengisi ruang dalam menu laman web sahaja. Pejabat agama pun rasanya perlu ada pekerja IT supaya dapat mengemaskini laman web, takkan nak harap ustaz saja nak buat semua kerja.

Tak ada kah satu badan yang dapat menghimpunkan sijil halal yang dikeluarkan oleh setiap negeri dan di gabungkan dan diterbitkan dalam satu portal. Aku lihat JAKIM ( Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) mereka ini pun keluarkan sijil halal. Negeri kat Malaysia ni bukan besar mana jalan sedikit ja terlepas ke negeri jiran. Kalau ada maklumat setempat kan mudah buka satu portal semua maklumat kita dapat.

Lagi satu kenapa badan Islam Malaysia tidak keluarkan maklumat mengenai syarikat-syarikat makanan, kedai makan, hotel yang ada sijil halal dalam akhbar. Bukan keluarkan setiap hari. Selalunya sijil halal dikeluarkan untuk tempoh 2 tahun. Jadi keluarkan maklumat tersebut dalam akhbar setahun sekali dan nyatakan tempoh sah setiap syarikat. Tak ada duit gunakan lah duit zakat, kan ini untuk kemaslahatan umum ( boleh ka buat cam nie ustazz). Kita bukan buat iklan konsert nak panggil orang buat maksiat.

Adakah memaparkan secara terbuka maklumat ini salah? atau adakah kekangan dari pihak-pihak tertentu supaya perkara ini tidak diwar-warkan. Agama rasmi neragara kita ini agama Islam, jadi mestilah berani untuk mengetengahkan perkara ini tetapi takut. Jangan Islam ini sebagai simbol sahaja seperti bunga kebangsaan, bunga raya. Nak tanam depan rumah ka? nak bakar ka? nak cantas ka? nak hiasi jalan ke tandas ka? nak tanam mencantik laman rumah ka?nak letak gambar dalam bendera ka ? Tak ada sapa peduli. Lepas tu kita marah muda mudi sekarang rosak akhlak, berkemungkinan datang dari makanan yang dimakan, siapa tahu. Lepas tu penat Ustaz nak buat ceramah keliling kampung menyedarkan masyarakat.

No comments:

Post a Comment