Thursday, May 20, 2010

Penyerahan Kunci Surau Shahbandar

Sekian lama penduduk Shahbandar, Bertam Perdana ini telah berkunjung ke surau kawasan berdekatan untuk menunaikan solat. Malam ini sah lah kawasan Shahbandar yang aku duduk nie ada surau. Dari surat jemputan penyerahan kunci tu tertulis nama surau ni, Surau Shahbandar, mengambil sempena nama lorong kawasan ini.

Acara bermula dengan solat Maghrib selepas itu diikuti dengan upacara yang ditunggu-tunggu iaitu penyerahan kunci.
Ini lah pengerusi majlis.
Kata alu-aluan dari Pengarah Bertam Properties selaku penaja majlis ini. Menurut beliau Surau ini dibina dengan kos RM 300,000.00 dan merupakan yang surau terbesar yang pihak beliau bina untuk kawasan perumahan yang dibangunkan mereka. Wakil dari Jabatan Agama Islam Pulau Pinang ( JAIP ). beliau mencadangkan surau ini bukan sahaja menjadi tempat beribadat tetapi juga menjadi tempat untuk mengadakan majlis-majlis seperti kenduri.
Dato Roslan Saidin pun ada, beliau merupakan ADUN kawasan ini.

Jemaah sekitar surau yang hadir pada malam ini.

Upacara penyerahan kunci kepada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang yang dilakukan oleh Pengarah Bertam Properties kepada Wakil JAIP.

Penyerahan kunci dari Wakil JAIP kepada Pengerusi Persatuan Penduduk Shahbandar. dengan ini sah lah surau ini boleh di gunakan.
Upacara disambung dengan penyerahan sumbangan dari Bertam Properties kepada Surau Shahbandar.
Diikuti oleh penyerahan sumbangan peribadi Dato Roslan Saidin kepada Surau Shahbandar.Terakhir sekali beberapa upacara pemberian cenderamata kepada tetamu kehormat.

Acara berhenti seketika untuk menunaikan solat Isyak. Selesai sahaja sembahyang acara terakhir sekali berlangsung, upacara makan beramai-ramai. Makanan : nasi tomato, ayam ros, gulai daging, acar timun, agar-agar dan buah-buahan. Alhamdulillah kenyang.


Semoga surau yang dibina ini bukan sahaja menjadi tempat beribadat tetapi juga menjadi hub yang dapat menghimpun dan menyatukan umat Islam dan dapat meningkatkan kerjasama dan sikap tolong-menolong dan setiakawan diantara penduduk kawasan ini.

Untuk kali ini aku ucapkan terima kasih kepada Bertam Properties Sdn Bhd yang menganjurkan majlis ini walau ada beberapa perkara yang aku tak puas hati dengan anai-anai yang masih bermaharaja lela kat rumah aku.

Kemaskini:

Surau Shahbandar telah ditukar ke Surau Al-Husna, Shahbandar, Bertam Perdana

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...