Pagi lagi kami dah bertolah dari Kepala Batas ke Kuala Perlis. Kawan aku cakap jangan ke Langkawi melalui Kuala Kedah sebab selalu air naik di kawasan parking. Hari nie merupakan Tahun Baru Cina, 2hb Februari 2011. Kami anggap mesti orang kurang sebab semalam kaum Cina makan besar mesti bangun lewat. Jadi jeti mesti lengang.
Percutian 2 dalam 1. Lawat Mak Teh aku kat Padang Matsirat dan cuti-cuti Malaysia.
Sampai ja disana, tuuu diaaa manusia, ramaiiii, melaut, ditambah lagi dengan rombongan cik Kiah. Kami salah tafsiran. Sebelum sampai ke depan jeti, jumpa tonto parking. Selepas letak anak isteri aku depan jeti ikut tonto ke tempat parking. Masa cuti, harga parking pun melonjak. Berbumbung dalam harga RM 15 - 20.00 sehari, terbuka dalam RM10.00 sehari. Ambik terbuka sajalah. Di bawanya aku ke kawasan lapang mana entah untuk parking. Kalau berbumbung bolehlah kat depan rumah orang. Ingat lagi aku masa ke Langkawi waktu hari biasa, parking cuma RM 10.00 berbumbung.
Lepas parking aku jalan ke jeti, nak ambil tiket, tuuu dia kena berbaris melingkar.
Alhamdullilah dapat juga tiket. Harga tiket standard. Masuk ke dalam dewan menunggu. Sesak. Tempat duduk penuh, kami ambil tempat berdiri sajalah. Sedikit malang, kipas masih tak di ON. Lama sikit baru petugas ONkan kipas. Lega sikit rasa.
Sampai dah bot yang akan kami naiki. Berebut juga nak naik, walau dah ada nombor tempat duduk.
Masa masuk ok lagi, tak lama lepas tu dalam bot macam dok dalam sauna. Air-cond tak berfungsi. Malu kat pelancong, bot tak diselenggara dengan baik. Tapi mesti berfikiran positif, anggap sahaja kita dapat 2 dalam 1 macam shampo, pergi ke Langkawi dan sauna sekali.
Sampai ke jeti Langkawi pi cari kereta sewa. Masa ni kira masa buat duitlah, harga gila-gila sikit. Kereta yang di tawarkan dalam komplek jeti mahal, jadi pi ke luar iaitu kawsan teksi dan jualan tiket, harga boleh kurang sikit. Harga lebih kurang Kancil RM 80.00, Iswara RM 100.00 sehari tu tak lagi kereta jenama lain. Dulu aku ke Langkawi masa hari biasa Iswara ( kereta baru ) harga lebih kurang RM 35.00 sahaja.
Check serba sedikit dan bayar sewa dan deposit, kami ke Best Star Resort terletak di Pantai Cenang yang di booking online.
Pautan lain dalam siri Langkawi 3-6hb Jan 2011:
1. Langkawi Hari 1 : Perjalanan Pergi
2. Langkawi Hari 1 : Pantai Cenang
3. Langkawi Hari 1 : Restoran Hj Ramli
4. Langkawi Hari 2 : Pantai Cenang
5. Langkawi Hari 2 : Makam Mahsuri
6. Langkawi Hari 3 : Beras Terbakar
7. Langkawi Hari 3 : Galeria Perdana
8. Langkawi Hari 3 : Kompleks Kraf Langkawi
9. Langkawi Hari 3 : Pantai Pasir Hitam
10. Langkawi : Shopping...shopping...shopping
Apa Nak Jadi Dengan Program TV Kita ?
Malaysia dah termasuk dalam negara yang berfikiran terbuka dan mengejar kemajuan. Kita ingin maju mesti ikut apa orang maju buat dan berfikiran seperti mereka. Kita ada jati diri yang mantap yang telah diterapkan oleh para pimpinan negara yang sentiasa mendokong akhlak mulia dan berpegang teguh dengan agama. Kita telah diterapkan dengan budaya berfikir secara terbuka dan dapat menilai yang mana buruk dan mana baik. Biar apa yang datang kita telah ada pendinding yang akan menilainya.....benarkah?????
Malam nie aku tonton NTV 7 rancangan The Millionaire Matchmaker. Rancangan realiti ini mengenai sebuah agensi yang mencari jodoh untuk para jutawan yang tiada masa untuk mencari pasangan. Ia di hoskan oleh Patti Stanger. Aku tak la ikut rancangan nie tapi malam ini dah keterlaluan sangat. Pencarian jodoh untuk gay aku sebut sekali lagi GAY.
Ini dah keterlaluan. Adakah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan atau badan-badan penapisan dah semakin telus dan tiris dan gunting telah berkarat yang membiarkan rancangan seperti ini di tayangkan. Inikah budaya yang hendak diterapkan kepada rakyat Malaysia.? 1Malaysia semua boleh, tak ada lagi halangan. Sudahlah berpuluh-puluh rancangan asing mengetengahkan hubungan luar nikah, sekarang hubungan sejenis ini pula hendak diketengahkan. Apa nak jadi Malaysia nie. Tak adakah rancangan bermoral dan tak keterlaluan yang ada di luar sana?
Inikah budaya yang hendak diterapkan kepada rakyat Malaysia. Dalam suratkhabar tentang sangat hubungan sejenis, siap masuk dalam mahkamah dan macam-macam yang di beritakan tetapi cakap tak serupa bikin. Dalam TV ditayangkan perkara-perkara begini seperti inilah budaya kita.
Walaupun gambar ini ditayangkan diwaktu malam, tetapi benarkah waktu begini tiada kanak-kanak yang menonton TV tambahan pula malam Sabtu, hari cuti ? Kalau bukan kanak-kanak yang tonton, adakah orang dewasa yang menonton pun dah cukup akal untuk berfikir. Baca sahaja dalam akhbar bermacam-macam gejala sosial yang berlaku yang merangkumi yang muda dan tua.
Ada lagi rancangan lain yang yang aku lupa pula namanya yang terdapat unsur-unsur tak bermoral ini. Walau bukan 100% cerita hubungan sejenis tetapi hanya sebahagian atau pelengkap sahaja, tetapi ia memberi kesan kepada penonton. Seperti iklan, ada syarikat yang buat iklan selama 1 jam ?? tak adakan? cuma dibuat dalam lebih kurang 15 saat sahaja tetapi memberi kesan kepada jualan mereka. Begitu juga dengan perkara ini, walau sekejap sahaja akan memberi kesan kepada penonton. Mungkin ketika ini di anggap suatu yang tak patut di tonton, mana tahu jika setiap hari disogokkan ia akan jadi suatu yang normal dalam masyarakat.
TV merupakan medium komunikasi yang boleh dikatakan setiap rumah memilikinya. Tak kisah lah siaran TV percuma atau berbayar, ia tetap menjadi satu wadah penyebaran maklumat yang efektif. Oleh itu perkara yang tidak bermoral ini patut di pangkas dari akar umbi lagi supaya tidak menjadi nanah dalam masyarakat.
Mesti dipangkas bukan apa, supaya golongan ini tidak berkembang pesat sehingga mereka ini dah ramai dan akan menuntut hak mereka atas nama hak asasi manusia. Dah ada pihak yang hendak buat gereja untuk golongan gay ini tapi dah di tentang. Mana tahu pada masa akan datang ada menteri yang dah songsang maka permohonan mereka ini akan lebih kuat berkemungkinan juga ada NGO-NGO yang akan mewakili golongan kaum Nabi Luth ini.
Oleh itu aku mohon pada kementerian bertanggungjawab tolonglah lihat perkara ini dan juga menteri-menteri pun tolonglah memantau kementerian dibawah tanggungjawab. Jangan dok kalut berkempen sahaja, tunjukkan keprihatinan anda. Biarlah Malaysia maju dengan acuan sendiri. Mahukah anda menjadi menteri yang masyarakatnya dah runtuh akhlak ??
![]() |
sumber gambar tak pasti
|

Seronok jadi cikgu...
![]() |
gambar dari Sabahkini.net
|
Pesara-pesara dan balu dan duda tentera zaman darurat juga boleh melompat dapat RM 3000.00 bonus. Yang nie aku rasa depa kena terima kasih kepada Mat Sabu sebab dari kontroversi yang dia buat kerajaan buka mata terhadap bekas askar. Baru kemewahan negara mengalir kepada pejuang-pejuang negara.
Aku dok pikir nie jawatan lain dalam sektor kerajaan seperti pekerja am, pemandu, kerani, juruteknik, pereka, setiausaha, penjaga akaun, pegawal sistem maklumat, jurutera dan sebagainya tu kira macam mana? Mereka nie tak ada sumbangan kepada kerajaan ka? Atau jawatan lain kena guna sistem yang Pak Lah perkenal iaitu KUP ( Khas Untuk Penyandang ). Sistem ini berjalan jika tidak ada jawatan kenaikan yang ditawarkan baru penjawat awam akan dapat kenaikan pangkat selepas 15 tahun. Tolong pikir sat. Yang penjawat awam confirm dapat bonus setengah bulan lagi dan dipanjangkan umur kakitangan awam ke 60 tahun. Lain-lain insentif kena tunggu ulasan lebih lanjut selepas belanjawan nie.
Manusia-manusia lain yang dapat manfaat dari belanjawan nie seperti pemandu teksi, keluarga yang berpendapatan RM 3000.00 kebawah dapat RM 500.00, ibu bapa yang ada anak bersekolah lagi, pelajar IPT dan yang lebih penting orang yang telah bertungkus lumus membangunkan negara iaitu ahli kabinet ( update : 11/10/2011 semasa datang kerja terdengar dalam radio, kenaikan elaun ahli parlimen ditarik balik atas bangkangan 4 orang pembangkang. Melepas lah 222 ahli parlimen nak naik elaun. Tak pa, kalau pendapatan mereka kurang dari RM 3000.00 boleh dapat RM 500.00 ).
Dari semenjak Anwar Ibrahim memperkenalkan bonus untuk penjawat awam, maka setiap kali Bujet di bentangkan penjawat awam tertunggu-tunggu apa habuan yang mereka akan dapat. Tapi selepas tahun ini setelah Najib umumkan bonus kepada yang pendapatan ahli keluarga kurang dari RM 3000.00 dapar RM 500.00 aku rasa mereka ini pun akan tertunggu-tunggu apa yang mereka akan dapat setiap kali bujet diumumkan. Di harap pemberian ini tidak ada udang di sebalik batu.
Apa-apa pun tunggu ulasan lanjut selepas belanjawan.
p/s: Kepada yang berangan dapat kenaikan gaji sebanyak 30% - 40% dan telah mencanagkan kehulu-kehilir tu sekarang boleh dapat dalam mimpi saja...hahahaaaa..... Aku dengar orang cerita kenaikan nie dah lama dah, di canangkan sejak dari sambutan Hari Pekerja lagi, tu pun tak serik lagi masih nok canangkan masa belanjawan. Karat betul...
Fenomena Mat Sabu
Pasai pa yang tak dikatakan fenomena Mat Sabu. Semenjak dua menjak nie asal buka surat khabar ja mesti berita dia dalam 3 ke 4 muka. Masa nie wartawan politik boleh kerja senang sikit sebab boleh pi interview sana interview sini nak dapat berita mengenai mat sabu saja untuk memenuhkan akhbar.
Walau orang kata macam-macam mengenai Mat Sabu. Pengkhianat bangsa, penderhaka mesti lucutkan kerakyatan dan macam-macam lagi. Itu dari sudut negatif, cuba kita lihat dari sudut positif pula.
Dari pernyataan yang sensasi tu menyebabkan berapa ramai veteran-veteran askar Melayu tampil membuat bangkangan. Bukan saja askar, begitu juga ahli keluarga mereka telah keluar mengecam Mat Sabu. Dari situ kita dapat dilihat ramai lagi askar-askar Melayu yang masih hidup. Ketika inilah wajah-wajah manusia yang telah berkorban untuk menjaga keamanan negara terpampang di akhbar. Sejak sekian lama wajah-wajah ini tersorok sehingga dilupakan. Kesempitan hidup mereka dah lama tak di endehkan.
Dengan sensasi yang tercetus maka wajah-wajah ini kembali muncul mempertahankan perjuangan mereka. Wajah-wajah mereka dicugkil dan dicari kembali dari lubuk-lubuk terpencil. Kenikmatan kemerdekaan kembali mereka kecapi. Segala macam kemudahan dan bantuan kembali mencurah, dimana sebelum ini kemudahan dan bantuan sering menyepi.
Bukan itu sahaja, mata pelajaran sejarah menjadi matapelajaran yang amat diminati. Buku-buku sejarah lama menjadi wadah bicara. Ahli-ahli sejarah juga dicari memperbetulkan fakta. Bagus juga matapelajaran sejarah dijadikan matapelajaran wajib di IPTA. Supaya anak bangsa tidak lupa diri.
Dulu ahli politik meminati pelajaran Islam sebab nak baca hadis dan Al-Quran semasa ceramah. Tetapi kini fakta sejarah pula di pelajari untuk menyedapkan ceramah dan juga kalau-kalau wartawan bertanyakan tentang petriotisma mereka. Maka dengan fakta sejarah menguatkan hujah bahawa merekalah negarawan yang akan menjulang negara.
Al-fatihah kepada pejuang-pejuang agama, bangsa dan nagara yang telah pergi menemui illahi. Moga perjuangan mereka tidak disia-siakan oleh anak-cucu ketika ini.

Asiatica Palace Of Middle East Cuisine
Rasa dah terlewat nak post entry nie, tapi nak tulis gak sebab dah pi makan. Kalau tak makan lagi tak pa. Ramadhan lepas, teringin nak makan nasi arab kat Malaysia ( aku pun tak pernah makan nasi arab di Arab ). Buat buka puasa kami terjah ke restoran nasi arab di Kepala Batas, Restoran Asiatica Palace Of Middle East Cuisine.
Kali nie Asiatica dah letak baner promosi nasi arab iaitu nasi mandy dalam talam. Oleh sebab masa puasa, aku tak mau masa sampai baru order, nanti lambat. Call saja. Pekerja situ cakap hari Jumaat sampai Ahad depa buat buffet jadi digalakkan pelanggan makan buffet. Ala cart pun ada. Dok kira-kira antara makan buffet dan ala car harga lebih kurang saja jadi pilih buffet saja lah. Dewasa RM 35 kanak-kanak umur atas tujuh tahun RM 20. Jadi anak aku Siti sarah ja kena yang dua lagi pree. Dia cerita lah dalam buffet tu disediakan nasi mandy dengan beberapa jenis lauk dan kuih ( tak salah aku dia kata dalam 20 menu makanan ).
Booking secara talipon pun kena pi kedai juga bayar deposit, pi juga lah sebab dekat ( ada restoran tak perlu bayar deposit pun selepas booking, tak pa lah cara depa ).
Jam 7 petang lebih kami ke sana. Masa masuk tak berapa ramai sangat. Tapi lama-kelamaan baru ramai yang sampai. Ada dalam lebih kurang 6 meja disediakan besar dan kecil. Ada juga yang makan ala cart sebab tengok dihidang atas meja.
Nie dia makanan yang disediakan. Dah tentu kepala meja nasi mandy dengan ayam mandy dengan beberapa lauk dan kuih.
| Nasi mandy |
| Spageti |
Nak dikirakan makanan berat tak berapa banyak pilihan. Satu lagi tak ada dalam gambar kari daging, yang selebihnya kuih-kuih, pizza, sate, puding. Kepada yang berminat dengan nasi mandy haaa... memang berbaloi makan buffet kat sini. Itu saja makan berat yang di sediakan, yang lain-lain kira ringan-rinagn saja. Nie dia aku ambik nasi mandy boh dalam pinggan.
| Nasi mandy |
Restoran Asiatica Palace Of Middle East Cuisine nie aku telah datang lama dulu tapi nama dia sebelum ini Asiatica Organic House.
| Pintu depan Asiatica Palace Of Middle East Cuisine |
Lokasi masih tempat lama berhampiran kiosk bertam, Bertam Town Centre, Kepala Batas.
View Asiatica Palace Of Middle East Cuisine in a larger map
PERHATIAN:
30hb Mac 2015 : Untuk makluman Restoran Asiatica nie telah di tutup. Tak pasti samaada berpindah ketempat lain atau tutup terus.
Kita Dapat Satu Mereka Dapat Dua
Apa kebenda tu. Biarkan dulu. Dah tiba bulan syawal, Selamat Hari Raya. Segala macam telah dibeli dalam bulan Ramadhan. Ada yang keperluan ada yang sekadar memenuhi nafsu saja. Ada barangan yang dibeli boleh diguna lagi dan lagi dan lagi ada yang terbeli hanya dapat guna sekali saja lepas tu simpan.
Cuba muhasabah diri kalau kita membeli apa yang kita lihat dulu. Ambil contoh nak beli baju. Sambil jalan-jalan kita lihat baju yang cantik terus kita pi ke situ dan beli ? Atau kita lihat jenama dahulu, ada jenama yang diidamkan baru kita masuk atau kita lihat ada tanda 30%, 50%, 70% baru masuk pilih. Sendiri jawab lah.
Apa yang dipilih atau kriteria apa yang menjadikan kita amat berkenan terhadap sesuatu produk ? Kecantikannya, kesesuaiannya, harganya, jenamanya, statusnya atau apa-apa nya. Kerap kali kita akan pilih yang mencakupi semuanya.
Yang seronoknya selalu akan dipilih yang mempunyai jenama yang terkenal ( kualiti ?? ). Tak cukup dengan terkenal sahaja, akan dipilih yang memaparkan jenama yang besar-besar dan terang-terang. Biar orang dari jauh dapat mengenali jenama yang dipakai.
Ini pendapat aku sahaja, jika kita pilih seperti diatas kita telah bekerja dengan syarikat pengeluar produk itu secara tak langsung. Apa tidaknya kita telah menjadi duta produk tak berbayar. Cuba bayangkan kita pakai baju jenama Guess yang pada baju itu di tulis perkataan GUESS sebesar-besarnya ( dibuat dengan cantik lah ) bermaksud kita telah mempromosikan jenama tersebut secara tak langsung ketika memakainya.
Syarikat-syarikat pengeluar ini memang bijak, mereka pandai mengolah simbol, tanda dagangan dan perkataan jenama itu menjadi corak-corak yang menarik supaya pengguna tidak rasa tertipu dan juga mereka telah menaikkan nama mereka menjadikan sesuatu yang hebat. Bila disebut atau dibawa kita tak rasa janggal malah terasa bangga memakai produk tersebut.

Cuba bayangkan jika jenama-jenama atau logo barangan tidak di paparkan pada produk, apakah kita kan membelinya?
![]() |
Gambar hiasan
|
Pengguna telah manjadi mangsa kepada produk tersebut dimana kita telah membayar bukan sahaja untuk produk tersebut tetapi juga telah menjadi pengiklan bergerak secara percuma ( moving billboard). Jadi kita telah dapat satu iaitu produk tersebut tetapi pengeluar telah mendapat dua iaitu duit yang kita bayar dan juga pengiklanan percuma. Siapa yang untung ??.
Apa bezanya pemakaian produk seperti gambar diatas dengan gambar dibawah ?
Gambar hiasan
|
Banyak bezanya:
Kita:
1-Tidak dibayar, buat promosi percuma.
2-Produk kena beli sendiri.
3-Rasa hebat, bangga dan bergaya.
4-Bila-bila masa boleh pakai.
Bus:
1-Dibayar untuk buat promosi.
2-Barangan promosi diberi.
3-Terikat dengan peraturan.
4-Kadang-kadang rasa malu (nak buat camna, dah kerja).
Persamaan:
1- Membuat promosi.
Fikir-fikirkan.

Rempah Kari Pilihan Qalbu
Hari nie sebelum Jumaat, aku pi cari rempah kari. Kedai dekat rumah tutup, jadi pi kedai Cina. Jauh sikit. Ada rempah yang aku mau. Ambik 3 peket. Masa nak bayar kat kaunter. Terdengar perbualan seorang perempuan Melayu dengan apek kedai,
Perempuan M: Apek ! rempah Alagappas tak ada ka?
Apek : Tak dak, Babas ada, mau ka ?
Perempuan M: OK lah
Perempuan M: Apek ! rempah Alagappas tak ada ka?
Apek : Tak dak, Babas ada, mau ka ?
Perempuan M: OK lah
Lebih kurang macam tu lah perbualan mereka. Tak kisahlah perbualan tu macam mana. Yang aku tak puas hati tu sebab masa aku cari rempah tadi ada dua produk bumiputra iaitu rempah Adabi dan Cap 'O' dan satu produk bukan bumi iaitu Babas dan satu lagi aku tak pas ti cap Tarbus.
Gambar hiasan
|
Kenapa kita tak pilih produk bumiputra?. Apa kurangnya rempah yang dikeluarkan, dari lidah aku rempah apa pun yang digunakan bergantung kepada tangan yang memasak kari tu. Walau kesemua ada logo halal tapi biarlah keluaran kita, maklumlah barang makanan dan juga kalau kita tak sokong siapa lagi nak membantu ?.
Jenama yang dipilih mungkin merupakan pilihan turun temurun yang disampaikan sejak bergenerasi. Tapi kita boleh merubahnya, kerana ketika ini sudah banyak di pasaran produk yang dikeluarkan oleh bumiputra seperti Adabi, Faizah, Cap 'O', Hang Tuah dan banyak lagi jadi tepuk dada tanya selera
Subscribe to:
Posts (Atom)