Apa Nak Jadi Dengan Program TV Kita ?

Malaysia dah termasuk dalam negara yang berfikiran terbuka dan mengejar kemajuan. Kita ingin maju mesti ikut apa orang maju buat dan berfikiran seperti mereka. Kita ada jati diri yang mantap yang telah diterapkan oleh para pimpinan negara yang sentiasa mendokong akhlak mulia dan berpegang teguh dengan agama. Kita telah diterapkan dengan budaya berfikir secara terbuka dan dapat menilai yang mana buruk dan mana baik. Biar apa yang datang kita telah ada pendinding yang akan menilainya.....benarkah?????

sumber gambar tak pasti
 Malam nie aku tonton NTV 7 rancangan  The Millionaire Matchmaker. Rancangan realiti ini mengenai sebuah agensi yang mencari jodoh untuk para jutawan yang tiada masa untuk mencari pasangan. Ia di hoskan oleh Patti Stanger. Aku tak la ikut rancangan nie tapi malam ini dah keterlaluan sangat. Pencarian jodoh untuk gay aku sebut sekali lagi GAY.

Ini dah keterlaluan. Adakah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan atau badan-badan penapisan dah semakin telus dan tiris dan gunting telah berkarat yang membiarkan rancangan seperti ini di tayangkan. Inikah budaya yang hendak diterapkan kepada rakyat Malaysia.? 1Malaysia semua boleh, tak ada lagi halangan. Sudahlah berpuluh-puluh rancangan asing mengetengahkan hubungan luar nikah, sekarang hubungan sejenis ini pula hendak diketengahkan. Apa nak jadi Malaysia nie. Tak adakah rancangan bermoral dan tak keterlaluan yang ada di luar sana?

Inikah budaya yang hendak diterapkan kepada rakyat Malaysia. Dalam suratkhabar tentang sangat hubungan sejenis, siap masuk dalam mahkamah dan macam-macam yang di beritakan tetapi cakap tak serupa bikin. Dalam TV ditayangkan perkara-perkara begini seperti inilah budaya kita.

Walaupun gambar ini ditayangkan diwaktu malam, tetapi benarkah waktu begini tiada kanak-kanak yang menonton TV tambahan pula malam Sabtu, hari cuti ? Kalau bukan kanak-kanak yang tonton, adakah orang dewasa yang menonton pun dah cukup akal untuk berfikir. Baca sahaja dalam akhbar bermacam-macam gejala sosial yang berlaku yang merangkumi yang muda dan tua.

Ada lagi rancangan lain yang yang aku lupa pula namanya yang terdapat unsur-unsur tak bermoral ini. Walau bukan 100% cerita hubungan sejenis tetapi hanya sebahagian atau pelengkap sahaja, tetapi ia memberi kesan kepada penonton. Seperti iklan, ada syarikat yang buat iklan selama 1 jam ?? tak adakan?  cuma dibuat dalam lebih kurang 15 saat sahaja tetapi memberi kesan kepada jualan mereka. Begitu juga dengan perkara ini, walau sekejap sahaja akan memberi kesan kepada penonton. Mungkin ketika ini di anggap suatu yang tak patut di tonton, mana tahu jika setiap hari disogokkan ia akan jadi suatu yang normal dalam masyarakat.

TV merupakan medium komunikasi yang boleh dikatakan setiap rumah memilikinya. Tak kisah lah siaran TV percuma atau berbayar, ia tetap menjadi satu wadah penyebaran maklumat yang efektif. Oleh itu perkara yang tidak bermoral ini patut di pangkas dari akar umbi lagi supaya tidak menjadi nanah dalam masyarakat.

Mesti dipangkas bukan apa, supaya golongan ini tidak berkembang pesat sehingga mereka ini dah ramai dan akan menuntut hak mereka atas nama hak asasi manusia. Dah ada pihak yang hendak buat gereja untuk golongan gay ini tapi dah di tentang. Mana tahu pada masa akan datang ada menteri yang dah songsang maka permohonan mereka ini akan lebih kuat berkemungkinan juga ada NGO-NGO yang akan mewakili golongan kaum Nabi Luth ini.

Oleh itu aku mohon pada kementerian bertanggungjawab tolonglah lihat perkara ini dan juga menteri-menteri pun tolonglah memantau kementerian dibawah tanggungjawab. Jangan dok kalut berkempen sahaja, tunjukkan keprihatinan anda. Biarlah Malaysia maju dengan acuan sendiri. Mahukah anda menjadi menteri yang masyarakatnya dah runtuh akhlak ??

1 comment:

  1. Dah jadi carca merba program tv kita la ni.. Rancangan menyanyi punyalah banyak, Dulu ada rancangan tv mencari cinta.. nasib baik tak sambung

    ReplyDelete