Cuba muhasabah diri kalau kita membeli apa yang kita lihat dulu. Ambil contoh nak beli baju. Sambil jalan-jalan kita lihat baju yang cantik terus kita pi ke situ dan beli ? Atau kita lihat jenama dahulu, ada jenama yang diidamkan baru kita masuk atau kita lihat ada tanda 30%, 50%, 70% baru masuk pilih. Sendiri jawab lah.
Apa yang dipilih atau kriteria apa yang menjadikan kita amat berkenan terhadap sesuatu produk ? Kecantikannya, kesesuaiannya, harganya, jenamanya, statusnya atau apa-apa nya. Kerap kali kita akan pilih yang mencakupi semuanya.
Yang seronoknya selalu akan dipilih yang mempunyai jenama yang terkenal ( kualiti ?? ). Tak cukup dengan terkenal sahaja, akan dipilih yang memaparkan jenama yang besar-besar dan terang-terang. Biar orang dari jauh dapat mengenali jenama yang dipakai.
Ini pendapat aku sahaja, jika kita pilih seperti diatas kita telah bekerja dengan syarikat pengeluar produk itu secara tak langsung. Apa tidaknya kita telah menjadi duta produk tak berbayar. Cuba bayangkan kita pakai baju jenama Guess yang pada baju itu di tulis perkataan GUESS sebesar-besarnya ( dibuat dengan cantik lah ) bermaksud kita telah mempromosikan jenama tersebut secara tak langsung ketika memakainya.
Syarikat-syarikat pengeluar ini memang bijak, mereka pandai mengolah simbol, tanda dagangan dan perkataan jenama itu menjadi corak-corak yang menarik supaya pengguna tidak rasa tertipu dan juga mereka telah menaikkan nama mereka menjadikan sesuatu yang hebat. Bila disebut atau dibawa kita tak rasa janggal malah terasa bangga memakai produk tersebut.
Cuba bayangkan jika jenama-jenama atau logo barangan tidak di paparkan pada produk, apakah kita kan membelinya?
Gambar hiasan
|
Pengguna telah manjadi mangsa kepada produk tersebut dimana kita telah membayar bukan sahaja untuk produk tersebut tetapi juga telah menjadi pengiklan bergerak secara percuma ( moving billboard). Jadi kita telah dapat satu iaitu produk tersebut tetapi pengeluar telah mendapat dua iaitu duit yang kita bayar dan juga pengiklanan percuma. Siapa yang untung ??.
Apa bezanya pemakaian produk seperti gambar diatas dengan gambar dibawah ?
Gambar hiasan
|
Banyak bezanya:
Kita:
1-Tidak dibayar, buat promosi percuma.
2-Produk kena beli sendiri.
3-Rasa hebat, bangga dan bergaya.
4-Bila-bila masa boleh pakai.
Bus:
1-Dibayar untuk buat promosi.
2-Barangan promosi diberi.
3-Terikat dengan peraturan.
4-Kadang-kadang rasa malu (nak buat camna, dah kerja).
Persamaan:
1- Membuat promosi.
Fikir-fikirkan.
Kita:
1-Tidak dibayar, buat promosi percuma.
2-Produk kena beli sendiri.
3-Rasa hebat, bangga dan bergaya.
4-Bila-bila masa boleh pakai.
Bus:
1-Dibayar untuk buat promosi.
2-Barangan promosi diberi.
3-Terikat dengan peraturan.
4-Kadang-kadang rasa malu (nak buat camna, dah kerja).
Persamaan:
1- Membuat promosi.
Fikir-fikirkan.
No comments:
Post a Comment