Langkawi - Hari 3: Beras Terbakar

Tempat ini dekat saja dengan rumah arwah tok aku. Jalan kaki saja dah sampai. Beras Terbakar satu kawasan yang kecil yang menyimpan sejarah. Terletak di Kampung Raja, Mukim Padang Matsirat. Kampung Raja waktu dahulu merupakan pusat pemerintahan Langkawi sehingga kurun ke-19. Sejarah terjadinya peristiwa beras terbakar bermula sekitar 200 tahun dahulu dimana Dato' Karma Jaya telah memerintah penduduk untuk menanam beras simpanan dan dibakar ketika mendapati Langkawi akan kalah dengan Siam.  Layari laman web kat bawah ini untuk cerita yang panjang.
 http://sasterarakyat-kedah.com/?cat=21

Luas kawasan beras terbakar ini 30 kaki persegi dan sedalam 3 kaki. Kawasan ini telah berpagar. Dulu tak dipagar, pelancong boleh mengutip beras di situ. Di ceritakan bila hujan turun beras-beras ini akan timbul.
Pasir kawasan tu ada kesan-kesan hitam, tak pasti beras atau sekadar tanah sahaja. Beras terbakar ada di letakkan dalam bekas kaca untuk tatapan di penjuru pagar. Peristiwa beras terbakar ini juga ada kena mengena dengan sumpahan Mahsuri.
Membaca kisah Beras Terbakar dan melihat Beras Terbakar yang diletakkan dalam bekas kaca.
Kawasan beras terbakar terletak di kawasan rumah seorang penduduk kampung. Rumah dia memang cantik, terutama tangganya.


Macam biasa kawasan jalan untuk menuju ke kawasan Beras Terbakar berderet kedai yang menjual cendrahati, minyak gamat, kain pelikat / batik dan macam-macam lagilah.

Lokasi : Kampung Raja, Mukim Padang Matsirat
Masa lawatan: Datanglah bila-bila masa, jangan ganggu orang kampung sudah.
Bayaran : Dermalah seikhlas hati.
Peta : En Google.

View Larger Map

Pautan lain dalam siri Langkawi 3-6hb Jan 2011:

1. Langkawi Hari 1 : Perjalanan Pergi
2. Langkawi Hari 1 : Pantai Cenang
3. Langkawi Hari 1 : Restoran Hj Ramli
4. Langkawi Hari 2 : Pantai Cenang
5. Langkawi Hari 2 : Makam Mahsuri
6. Langkawi Hari 3 : Beras Terbakar
7. Langkawi Hari 3 : Galeria Perdana
8. Langkawi Hari 3 : Kompleks Kraf Langkawi
9. Langkawi Hari 3 : Pantai Pasir Hitam
10. Langkawi : Shopping...shopping...shopping

No comments:

Post a Comment