Pasai pa yang tak dikatakan fenomena Mat Sabu. Semenjak dua menjak nie asal buka surat khabar ja mesti berita dia dalam 3 ke 4 muka. Masa nie wartawan politik boleh kerja senang sikit sebab boleh pi interview sana interview sini nak dapat berita mengenai mat sabu saja untuk memenuhkan akhbar.
Walau orang kata macam-macam mengenai Mat Sabu. Pengkhianat bangsa, penderhaka mesti lucutkan kerakyatan dan macam-macam lagi. Itu dari sudut negatif, cuba kita lihat dari sudut positif pula.
Dari pernyataan yang sensasi tu menyebabkan berapa ramai veteran-veteran askar Melayu tampil membuat bangkangan. Bukan saja askar, begitu juga ahli keluarga mereka telah keluar mengecam Mat Sabu. Dari situ kita dapat dilihat ramai lagi askar-askar Melayu yang masih hidup. Ketika inilah wajah-wajah manusia yang telah berkorban untuk menjaga keamanan negara terpampang di akhbar. Sejak sekian lama wajah-wajah ini tersorok sehingga dilupakan. Kesempitan hidup mereka dah lama tak di endehkan.
Dengan sensasi yang tercetus maka wajah-wajah ini kembali muncul mempertahankan perjuangan mereka. Wajah-wajah mereka dicugkil dan dicari kembali dari lubuk-lubuk terpencil. Kenikmatan kemerdekaan kembali mereka kecapi. Segala macam kemudahan dan bantuan kembali mencurah, dimana sebelum ini kemudahan dan bantuan sering menyepi.
Bukan itu sahaja, mata pelajaran sejarah menjadi matapelajaran yang amat diminati. Buku-buku sejarah lama menjadi wadah bicara. Ahli-ahli sejarah juga dicari memperbetulkan fakta. Bagus juga matapelajaran sejarah dijadikan matapelajaran wajib di IPTA. Supaya anak bangsa tidak lupa diri.
Dulu ahli politik meminati pelajaran Islam sebab nak baca hadis dan Al-Quran semasa ceramah. Tetapi kini fakta sejarah pula di pelajari untuk menyedapkan ceramah dan juga kalau-kalau wartawan bertanyakan tentang petriotisma mereka. Maka dengan fakta sejarah menguatkan hujah bahawa merekalah negarawan yang akan menjulang negara.
Al-fatihah kepada pejuang-pejuang agama, bangsa dan nagara yang telah pergi menemui illahi. Moga perjuangan mereka tidak disia-siakan oleh anak-cucu ketika ini.
Aku baru beli buku memoir Abdullah CD tadi..buku ni dah lama dah .. tapi baru la ni aku beli . Saja nak tau sejarah Tanah Melayu dari "sebelah sana" .
ReplyDelete