Saturday, October 15, 2011

Langkawi - Hari 1: Perjalanan Pergi

Pagi lagi kami dah bertolah dari Kepala Batas ke Kuala Perlis. Kawan aku cakap jangan ke Langkawi melalui Kuala Kedah sebab selalu air naik di kawasan parking. Hari nie merupakan Tahun Baru Cina, 2hb Februari 2011. Kami anggap mesti orang kurang sebab semalam kaum Cina makan besar mesti bangun lewat. Jadi jeti mesti lengang.

Percutian 2 dalam 1. Lawat Mak Teh aku kat Padang Matsirat dan cuti-cuti Malaysia.

Sampai ja disana, tuuu diaaa manusia, ramaiiii, melaut, ditambah lagi dengan rombongan cik Kiah. Kami salah tafsiran. Sebelum sampai ke depan jeti, jumpa tonto parking. Selepas letak anak isteri aku depan jeti ikut tonto ke tempat parking. Masa cuti, harga parking pun melonjak. Berbumbung dalam harga RM 15 - 20.00 sehari, terbuka dalam RM10.00 sehari. Ambik terbuka sajalah. Di bawanya aku ke kawasan lapang mana entah untuk parking. Kalau berbumbung bolehlah kat depan rumah orang. Ingat lagi aku masa ke Langkawi waktu hari biasa, parking cuma RM 10.00 berbumbung.

Lepas parking aku jalan ke jeti, nak ambil tiket, tuuu dia kena berbaris melingkar.

Alhamdullilah dapat juga tiket. Harga tiket standard. Masuk ke dalam dewan menunggu. Sesak. Tempat duduk penuh, kami ambil tempat berdiri sajalah. Sedikit malang, kipas masih tak di ON. Lama sikit baru petugas ONkan kipas. Lega sikit rasa.

Sampai dah bot yang akan kami naiki. Berebut juga nak naik, walau dah ada nombor tempat duduk.


Masa masuk ok lagi, tak lama lepas tu dalam bot macam dok dalam sauna. Air-cond tak berfungsi. Malu kat pelancong, bot tak diselenggara dengan baik. Tapi mesti berfikiran positif, anggap sahaja kita dapat 2 dalam 1 macam shampo, pergi ke Langkawi dan sauna sekali.

Sampai ke jeti Langkawi pi cari kereta sewa. Masa ni kira masa buat duitlah, harga gila-gila sikit. Kereta yang di tawarkan dalam komplek jeti mahal, jadi pi ke luar iaitu kawsan teksi dan jualan tiket, harga boleh kurang sikit. Harga lebih kurang Kancil RM 80.00, Iswara RM 100.00 sehari tu tak lagi kereta jenama lain. Dulu aku ke Langkawi masa hari biasa Iswara ( kereta baru ) harga lebih kurang RM 35.00 sahaja.

Check serba sedikit dan bayar sewa dan deposit, kami ke Best Star Resort terletak di Pantai Cenang yang di booking online.

Pautan lain dalam siri Langkawi 3-6hb Jan 2011:

1. Langkawi Hari 1 : Perjalanan Pergi
2. Langkawi Hari 1 : Pantai Cenang
3. Langkawi Hari 1 : Restoran Hj Ramli
4. Langkawi Hari 2 : Pantai Cenang
5. Langkawi Hari 2 : Makam Mahsuri
6. Langkawi Hari 3 : Beras Terbakar
7. Langkawi Hari 3 : Galeria Perdana
8. Langkawi Hari 3 : Kompleks Kraf Langkawi
9. Langkawi Hari 3 : Pantai Pasir Hitam
10. Langkawi : Shopping...shopping...shopping

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...