Pantai Pasir Hitam |
Pasir pantai disini taklah keseluruhan berwarna hitam tapi bertompok-tompok disini-sana bersama dengan pasir biasa.
Ada cerita dongeng mengenai kenapa pasir disini berwarna hitam. Aku ambil dari info yang telah di letakkan berdekatan pantai.
" Menurut satu dongeng tempatan, kewujudan pantai dengan pasir berwarna hitam ini adalah berpunca daripada perang saudara di antara Kerajaan Darat dan Kerajaan Laut. Peperangan ini berpunca daripada puteri duyung dari Kerajaan Laut telah jatuh cinta dan melarikan diri bersama putera raja Kerajaan Darat. Perang ini ternyata berat sebelah kerana Kerajaan Laut mempunyai bala tentera yang lebih ramai berbanding Kerajaan Darat.
Walaupun begitu, Kerajaan Darat sangat beruntung kerana mempunyai seorang pendeta yang mencadangkan satu rancangan untuk memenangi peperangan tersebut.
Sang pendeta telah mengarahklan rakyat untuk mengumpul kayu api sebanyak mungkin di sepanjang pantai. Menjelang senja, kayu api yang sangat banyak ini telah di bakar sehingga apinya dapat di lihat dari kejauhan. Tentera Kerajaan Laut menyangka api tersebut adalah api obor yang di bawa oleh ribuan tentera Kerajaan Darat. Mereka pun melarikan diri.
Pasir pantai telah dikatakan terbakar bersama-sama kayu api dan kesannya terus kekal sehingga kini. Bagaimanapun kehitamannya tidak sama warna arang. Sekiranya anda menggali beberapa sentimeter ke dalam, anda akan dapat meliuhat pasir pantai biasa. "
Pasir yang hitam bercampur pasir biasa |
Masa aku sampai dah petang dapatlah lihat matahari terbenam kat sini.
matahari hampir terbenam |
Dalam perjalana nak ke kereta, melalui kedai-kedai cenderamata. Dapat di lihat ada sesetengah kedai itu membotolkan pasir hitam untuk dijual. Botol kecil saja adalah sebesar botol minyak attar.
Lokasi dari google.
View Larger Map
Pautan lain dalam siri Langkawi 3-6hb Jan 2011:
1. Langkawi Hari 1 : Perjalanan Pergi
2. Langkawi Hari 1 : Pantai Cenang
3. Langkawi Hari 1 : Restoran Hj Ramli
4. Langkawi Hari 2 : Pantai Cenang
5. Langkawi Hari 2 : Makam Mahsuri
6. Langkawi Hari 3 : Beras Terbakar
7. Langkawi Hari 3 : Galeria Perdana
8. Langkawi Hari 3 : Kompleks Kraf Langkawi
9. Langkawi Hari 3 : Pantai Pasir Hitam
10. Langkawi : Shopping...shopping...shopping
No comments:
Post a Comment