Rasa dah terlewat nak post entry nie, tapi nak tulis gak sebab dah pi makan. Kalau tak makan lagi tak pa. Ramadhan lepas, teringin nak makan nasi arab kat Malaysia ( aku pun tak pernah makan nasi arab di Arab ). Buat buka puasa kami terjah ke restoran nasi arab di Kepala Batas, Restoran Asiatica Palace Of Middle East Cuisine.
Kali nie Asiatica dah letak baner promosi nasi arab iaitu nasi mandy dalam talam. Oleh sebab masa puasa, aku tak mau masa sampai baru order, nanti lambat. Call saja. Pekerja situ cakap hari Jumaat sampai Ahad depa buat buffet jadi digalakkan pelanggan makan buffet. Ala cart pun ada. Dok kira-kira antara makan buffet dan ala car harga lebih kurang saja jadi pilih buffet saja lah. Dewasa RM 35 kanak-kanak umur atas tujuh tahun RM 20. Jadi anak aku Siti sarah ja kena yang dua lagi pree. Dia cerita lah dalam buffet tu disediakan nasi mandy dengan beberapa jenis lauk dan kuih ( tak salah aku dia kata dalam 20 menu makanan ).
Booking secara talipon pun kena pi kedai juga bayar deposit, pi juga lah sebab dekat ( ada restoran tak perlu bayar deposit pun selepas booking, tak pa lah cara depa ).
Jam 7 petang lebih kami ke sana. Masa masuk tak berapa ramai sangat. Tapi lama-kelamaan baru ramai yang sampai. Ada dalam lebih kurang 6 meja disediakan besar dan kecil. Ada juga yang makan ala cart sebab tengok dihidang atas meja.
Nie dia makanan yang disediakan. Dah tentu kepala meja nasi mandy dengan ayam mandy dengan beberapa lauk dan kuih.
Nasi mandy |
Spageti |
Nak dikirakan makanan berat tak berapa banyak pilihan. Satu lagi tak ada dalam gambar kari daging, yang selebihnya kuih-kuih, pizza, sate, puding. Kepada yang berminat dengan nasi mandy haaa... memang berbaloi makan buffet kat sini. Itu saja makan berat yang di sediakan, yang lain-lain kira ringan-rinagn saja. Nie dia aku ambik nasi mandy boh dalam pinggan.
Nasi mandy |
Restoran Asiatica Palace Of Middle East Cuisine nie aku telah datang lama dulu tapi nama dia sebelum ini Asiatica Organic House.
Pintu depan Asiatica Palace Of Middle East Cuisine |
Lokasi masih tempat lama berhampiran kiosk bertam, Bertam Town Centre, Kepala Batas.
View Asiatica Palace Of Middle East Cuisine in a larger map
PERHATIAN:
30hb Mac 2015 : Untuk makluman Restoran Asiatica nie telah di tutup. Tak pasti samaada berpindah ketempat lain atau tutup terus.
No comments:
Post a Comment