Langkawi - Hari 2: Makam Mahsuri

Lepas kereta dah sihat, jam dalam 2.30 petang lebih. Kami bertolah ke Makam Mahsuri yang terletak di Mukim Ulu Melaka. Dalam jam 3.30 petang baru sampai. Tak berani bawa laju sangat takut kereta meragam balik.

Perjalanan jauh juga dan memasuki kawasan kampung, hutan dan ladang getah. Cuaca masa sampai walau dah petang memang panas terik, alhamdullilah. Tersergam komplek yang tertulis Selamat Datang Ke Kota Mahsuri. 

Nia lah kali ketiga aku lawat Makam Mahsuri. Kali pertama rasanya masa sekolah rendah. Masa tu mana ada kompleks atau kota nie lagi. Yang ada makam Mahsuri bersebelahan sebatang pokok dihadapan sebuah rumah orang kampung dan dapat tengok percuma saja. Tak ada apa yang menarik cuma hikayatnya sahaja yang menjadikan makam ini hebat. Inilah pembangunan. Parking banyak tetapi oleh kerana orang ramai, sesak jugalah.

Beli tiket, masuk saja ke dalam disebelah kanan ada sebuah muzium. Tak boleh ambil gambar. Ia menempatkan cerita Mahsuri yang di catitkan di dinding muzium di selang-seli dengan artifek sejarah. Penceritaan yang menarik. Ambil masa sedikit, inilah laganda yang terkenal di Langkawi. Kalau sebut sahaja Langkawi mesti otak kita akan mengimbas kembali sejarah Mahsuri. Laman web kat bawah ada menceritakan serba sedikit sejarah Mahsuri.

1) http://sasterarakyat-kedah.com/?cat=101
2) http://www.mykedah2.com/10heritage/111_1.html
3) http://kedah2u.com/forum2/topic.asp?TOPIC_ID=16

Banyak lagi laman web, buku-buku dan filem yang menceritakan perihal mahsuri .
Habis saja melawat dan membaca kami keluar. Bersebelahan pintu keluar ada satu pentas yang menempatkan sekumpulan wanita bermain muzik caklempong.

Perjalanan di teruskan ke kawasan makam. Orang punyalah ramai. Berselisih dengan satu kumpulan mungkin pelancong dari Thailand kot. Bawa pisang lagi. Adalah kepercayaan mereka tu. Mungkin Mahsuri pun ada darah Thai.
Ada yang berhajat bawa pisang
Makam telah dibina dengan cantik. Bolehlah sedekahkan al-fatihah, jangan dok buat benda-benda khurafat pula. Benarkah ini Makan Mahsuri ? entahlah.
Jalan lagi ke perkampungan Kedah. Dalam nie terdapat rumah-rumah kayu tradisional negeri Kedah. Ada sebuah rumah yang diletakkan gambar-gambar keturunan Mahsuri dan juga patung-patung yang mengambarkan suasana ketika zaman itu secara diorama ( kena bayar ),  rumah Panglima Hitam, rumah Mahsuri, perigi Mahsuri.
Rumah yang memaparkan lagenda mahsuri melalui deorama

Wan Aishah generasi ke-7



Rumah Panglima Hitam.
Teratak Sri Tama rumah Panglima Hitam
Rumah Mahsuri.
Rumah Mahsuri

Pegawai arkeologi memeriksa kesahihan rumah Mahsuri


Lesong kaki. Rumah siapa ada lagi benda nie??
Nie dia perigi Mahsuri. Pakat-pakat dok timba air. Buat basuh muka, sebab apa tak tau jangan dok niat pelik-pelik pula, kalau sekadar menyejukkan ok lah. Lagi pun kat bandar mana ada dah perigi cam nie. Kat Kedah orang panggil telaga.
Perigi Mahsuri

Satu lagi produk Mahsuri, air dari telaga Mahsuri yang telah dibotolkan. Ada sebuah pum berhampiran.
Dalam kawasan tu juga ada balai untuk persembahan ghazal dan juga demontrasi membuat kuih karas.

Demontrasi buat kuih karas
Yang terakhir sebelum pintu keluar ada kedai cenderahati. Di luar sebelum pintu masuk makam pun dah bercambah macam-macam gerai. Kemajuan dan kemakmuran dah memasuki Langkawi sehingga kubur Mahsuri pun menjadi penjana pendapatan peniaga. Dah berakhir sumpahan tujuh keturunan lah kot?

Lokasi : Kampung Mawar, Mukim Ulu Melaka.
Waktu Lawatan : Setiap hari, 8.00 pagi - 6.30 petang
Harga tiket : Dewasa RM 5.00, Kanak-kanak RM 1.00 - 2.50
Peta : En Google.

View Larger Map

Habis saja kami bertolak ke Padang Matsirat ke rumah arwah Tok aku.

Pautan lain dalam siri Langkawi 3-6hb Jan 2011:

1. Langkawi Hari 1 : Perjalanan Pergi
2. Langkawi Hari 1 : Pantai Cenang
3. Langkawi Hari 1 : Restoran Hj Ramli
4. Langkawi Hari 2 : Pantai Cenang
5. Langkawi Hari 2 : Makam Mahsuri
6. Langkawi Hari 3 : Beras Terbakar
7. Langkawi Hari 3 : Galeria Perdana
8. Langkawi Hari 3 : Kompleks Kraf Langkawi
9. Langkawi Hari 3 : Pantai Pasir Hitam
10. Langkawi : Shopping...shopping...shopping

No comments:

Post a Comment