Dalam perjalanan ke Galeria Perdana ada ternampak di tepi jalan papan tanda Kompleks Kraf Langkawi. Nampak macam menarik saja. Jadi lepas habis melawat Galeria kami terus ke kompleks kraf, menggunakan jalan yang sama menghala ke jalan Teluk Yu.
Dalam perjalanan lintas di hadapan Pantai Pasir Hitam. Mula-mula nak berhenti. Tapi memandangkan dah petang takut Kompleks Kraf tutup, jadi kami teruskan perjalanan ke sana dulu. Nanti kalau ada masa semasa nak balik kami akan singgah.
Kompleks Kraf Langkawi ialah 'One Stop Craft Centre' yang telah ditubuhkan di Langkawi pada tahun 1996 untuk memudahkan para pelawat mengenali dan membeli produk Kraftangan Malaysia. Maklumat lanjut : http://langkawicraftcomplex.blogspot.com/
Masa aku sampai dah lewat, hampir 5.30 petang. Tak ada lagi aktiviti demontrasi atau pertunjukan ( atau memang tak ada hari tu ). Pelawat pun sangat sedikit.
Kompleks yang luas. Banyak hasil kraftangan yang di jual seperti barangan berasaskan batik seperti baju, kain dan bekas alat tulis, anyaman, bakul dari kertas terpakai, perhiasan manik, seramik, lukisan dan berbagai cenderamata lagi.
Habis melawat, beli la serba sedikit cenderamata. Kat luar pi bilik air salin pempes Ahmad Firas dan masih ada masa lagi lalu kami ke Pantai Pasir Hitam pula.
Lokasi : Teluk Yu, Mukim Bohor
Masa lawatan :
Bayaran : Percuma, beli kena bayar.
Peta :
View Larger Map
Pautan lain dalam siri Langkawi 3-6hb Jan 2011:
1. Langkawi Hari 1 : Perjalanan Pergi
2. Langkawi Hari 1 : Pantai Cenang
3. Langkawi Hari 1 : Restoran Hj Ramli
4. Langkawi Hari 2 : Pantai Cenang
5. Langkawi Hari 2 : Makam Mahsuri
6. Langkawi Hari 3 : Beras Terbakar
7. Langkawi Hari 3 : Galeria Perdana
8. Langkawi Hari 3 : Kompleks Kraf Langkawi
9. Langkawi Hari 3 : Pantai Pasir Hitam
10. Langkawi : Shopping...shopping...shopping
No comments:
Post a Comment