gambar dari Sabahkini.net
|
Pesara-pesara dan balu dan duda tentera zaman darurat juga boleh melompat dapat RM 3000.00 bonus. Yang nie aku rasa depa kena terima kasih kepada Mat Sabu sebab dari kontroversi yang dia buat kerajaan buka mata terhadap bekas askar. Baru kemewahan negara mengalir kepada pejuang-pejuang negara.
Aku dok pikir nie jawatan lain dalam sektor kerajaan seperti pekerja am, pemandu, kerani, juruteknik, pereka, setiausaha, penjaga akaun, pegawal sistem maklumat, jurutera dan sebagainya tu kira macam mana? Mereka nie tak ada sumbangan kepada kerajaan ka? Atau jawatan lain kena guna sistem yang Pak Lah perkenal iaitu KUP ( Khas Untuk Penyandang ). Sistem ini berjalan jika tidak ada jawatan kenaikan yang ditawarkan baru penjawat awam akan dapat kenaikan pangkat selepas 15 tahun. Tolong pikir sat. Yang penjawat awam confirm dapat bonus setengah bulan lagi dan dipanjangkan umur kakitangan awam ke 60 tahun. Lain-lain insentif kena tunggu ulasan lebih lanjut selepas belanjawan nie.
Manusia-manusia lain yang dapat manfaat dari belanjawan nie seperti pemandu teksi, keluarga yang berpendapatan RM 3000.00 kebawah dapat RM 500.00, ibu bapa yang ada anak bersekolah lagi, pelajar IPT dan yang lebih penting orang yang telah bertungkus lumus membangunkan negara iaitu ahli kabinet ( update : 11/10/2011 semasa datang kerja terdengar dalam radio, kenaikan elaun ahli parlimen ditarik balik atas bangkangan 4 orang pembangkang. Melepas lah 222 ahli parlimen nak naik elaun. Tak pa, kalau pendapatan mereka kurang dari RM 3000.00 boleh dapat RM 500.00 ).
Dari semenjak Anwar Ibrahim memperkenalkan bonus untuk penjawat awam, maka setiap kali Bujet di bentangkan penjawat awam tertunggu-tunggu apa habuan yang mereka akan dapat. Tapi selepas tahun ini setelah Najib umumkan bonus kepada yang pendapatan ahli keluarga kurang dari RM 3000.00 dapar RM 500.00 aku rasa mereka ini pun akan tertunggu-tunggu apa yang mereka akan dapat setiap kali bujet diumumkan. Di harap pemberian ini tidak ada udang di sebalik batu.
Apa-apa pun tunggu ulasan lanjut selepas belanjawan.
p/s: Kepada yang berangan dapat kenaikan gaji sebanyak 30% - 40% dan telah mencanagkan kehulu-kehilir tu sekarang boleh dapat dalam mimpi saja...hahahaaaa..... Aku dengar orang cerita kenaikan nie dah lama dah, di canangkan sejak dari sambutan Hari Pekerja lagi, tu pun tak serik lagi masih nok canangkan masa belanjawan. Karat betul...
No comments:
Post a Comment