Menyorok Di Rumah Sarapan

Banyak betul sawang, penat menyapu. Lama tak tulis disini. Sebagai melembutkan jari kita menyorok dulu. Orang kampung aku kata menyorok orang putih kata sarapan. Kali ini ke Sungai Petani lebih tepat bersebelahan dengan Petani Parade Taman Sejati, yang ada Supermarket Parkson.

Sebuah rumah teres dijadikan tempat menyantap. Masa kami sampai orang boleh tahan ramai. Dalam otak kalau tak ada tempat duduk, kami cari ketempat lain lah. Alhamdulillah ada meja yang kosong.
Berdua sahaj, sebab ada urusan.
Dekorasi dalaman sederhana sahaja dangan penggunaan kayu palet sebagai meja. Ruang dalam, laman rumah dan juga kaki lima dijadikan tempat makan. Banyak juga meja di susun menjadikan ruang padat sedikit.

Duduk sekejap sahaja menu pun datang. Klasik betul kertas menu. Macam kertas kulit buku tulis sekolah.  Macam-macam sarapan pagi rakyat Malaysia ada dan ada ala western sikit-sikit. Antaranya ialah set nasi lemuni, lontong, mee kari dan berbagai set roti bakar dan banyak lagi. Disamping itu ada juga kuih-kuih dan nasi lemak bungkus. Tengok menu kat bawah.

Menu ala-ala western sikit. Set roti bakar.

Mee kari, mushroom Soup, lontong, mee kari dan lain-lain.

Nasi lemuni.
Alhamdulillah tak berapa lama, apa yang di tunggu telah sampai. Ini dia.
Ini dia set nasi lemuni ayam. Nasi lemuni terasa aroma daun lemuni bukan tipu-tipu. Ayam masak merah lembut dan kuahnya pekat melekat. Keseluruhan kena dengan selera aku, mamang sedap. 

Set roti bakar bersama kacang pool. Berbeza sedikit dari kacang pool di Johor, disana menggunakan cabai hijau tapi di sini menggunakan cabai melaka. Rasa hampir sama.


Mee kari. Puas hati, saiz hidangan besar dan berbagai bahan dimasukkan. Yang ini pun sedap. 

Alhamdulillah keseluruhan apa yang kami makan memang sedap. Harga pula berpatutan. Boleh datang lagi πŸ‘πŸ‘πŸ‘. Masa kami makan ada juga pengunjung yang baru sampai tetapi tak ada tempat duduk. Mereka menjadi penunggu yang setia mengharap ada meja yang kosong. Jadi lepas habis makan cepat-cepat bangun, bagi orang lain pula duduk.
Rumah Sarapan Sungai Petani. 

Rumah Sarapan ini buka sekejap sahaja untuk sarapan dari jam 7.30 pagi hingga 11.30 pagi. Jadi rancang perjalanan anda πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€. Disini parking tak jadi masaalah sebab banyak di sekitar Petani Parade. Kepada yang hendak bersarapan disini, dibawah ada sedikit maklumat.

Alamat:
Rumah Sarapan
C 182, Lorong 12,
Taman Sejati Indah
Sungai Petani

Telefon:
012-482 2957

Waktu operasi:
Buka hari Rabu hingga Isnin dari jam 7.30 pagi hingga 11.30 pagi.
Tutup hari Selasa

Facebook:
https://www.facebook.com/RumahSarapan/

GPS:
5°36'45.9"N 100°29'07.0"E
5.612742, 100.485284

Lokasi dari Google Map:




No comments:

Post a Comment