Umrah dan Ziarah 2017 : Selamat Datang Kota Mekah

Hari keempat, 4hb Disember 2017. Selamat tinggal Madinah, Selamat tinggal Rasulullah, hari kami ini akan bertolak ke Makah. Selepas solat subuh dilakukan ziarah dan ucap selamat tinggal Ya Rasullullah dan jemputlah kami kesini lagi Ya Allah.
Sempadan Raudah - karpet hijau.

Ini antara barang yang menjadi buah tangan ke Malaysia. Sejadah karpet Masjid Nabawi warna merah dan warna hijau (kawasan Raudah). Masjid Haram pula merah dan hitam.
Di hotel, kami bawa turun segala beg yang telah dikemaskan. Moga-moga tiada apa-apa yang tertinggal. Yang lelaki siap dengan kain ihram. Tak lama selepas itu bas pun sampai dan selamat tinggal Kota Madinah. Sedih meninggalkan kota yang penuh barakah ini.


Perjalanan dalam bas tak berapa lama kami sampai di miqat di Masjid Bir Ali untuk berniat umrah.
Masjid Bir Ali


Selesai solat sunat ihram dan berniat Ihram - kena jaga pantang larang.

Lewat tengahari berhenti di R&R. Tak tahu apa nama di sini. Ada sebuah kedai makan dan juga surau.
R&R - aku tak tahu dimana.








Lebih kurang 8 jam berada dalam perjalanan, hampir masuk waktu Maghrib kami sampai ke Makah. Bas terus menghantar kami ke bawah  Bangunan Jam Besar. Adad banyak hotel disini. Untuk beberapa malam di Mekah kami tinggal di Swissotel Hotel & Resort.

Swissotel Al Maqam
Oleh kerana proses nak check in mungkin lambat, kami selesaikan solat dulu di surau Bangunan Jam Besar. Nak mencari surau ini pun boleh tahan naik turun eskalator juga, maklumlah tak biasa. Tempat berwuduk pun asing, kena pergi bahagian lain. Apa-apa pun Alhamdulillah semua selesai solat.

Mencari surau, bukan senang - naik turun eskalator baru jumpa.

Luas surau awam disini.
Selsai solat kami tersus ke dewan makan Al Khairat Restaurant. Alhamdulillah banyak lauk dan pencuci mulut disini, kenyang. Selsai makan kami diberi kunci bilik, bolehlah rehat sekejap dan kemas apa yang patut.


Bilik kami di Swissotel & Resort


Pemandangan dari tingkap hotel ke arah Masjid Haram
Tak boleh duduk lama dalam hotel, ada lagi yang belum selesai. Yang belum selesai ialah kami masih dalam ihram. Perlu disegerakan tawaf, sai dan bercukur. Pakat-pakat turun semula ke lobi dan ke Masjidil Haram.

Batu-batu bukit Safa.

Rehat sekejap selepas Sai.
Selesai sai, geng perempaun pun bergunting. Yang lelaki kebanyakan nak botakkan kepala. Jadi selepas rehat sekejap, geng lelaki pergi ke kedai gunting rambut berdekatan. Disini ada berderet kedai gunting.

Lihat kami datang saja pakat-pakat panggil kami masuk kedai mereka. Boleh pening kepala kalau melayan mereka ini. Jadi Pilih sahaja mana-mana kedai yang berkenaan dan masuk. Jangan layan lagi panggilan dari kedai lain - boleh cari gaduh ni. Yang seronoknya ketika bercukur ialah Ahmad Firas, jenuh memujuk untuk bercukur.

Pujuk Ahmad Firas bercukur.
Masuk ke awal pagi, Alahamdulillah semua dah selesai. Pantang-pantang dalam berihram dah habis.  Rehat sekejap sambil pekena teh susu.

Berhenti di kedai untuk berehat dan minum teh susu.

Balik makan meggi - yang nie dia suka.
Semua dah keletihan, balik mandi dan rehatkan badan. Esok ada program lagi.


[ Pautan Perjalanan Umrah Keluarga pada 30/11/2017-10/12/2017 bersamaan 11 hingga 21 Rabiulawal 1439H ]

1. Perjalanan Dari KL Ke Madinah
2. Ziarah Sekitar Masjid Nabawi
3. Ziarah Masjid Quba, Ladang Kurma dan Syuhada Uhud
4. Ziarah Istana Urwah dan Kota Yahudi
5. Ziarah Dar AL Madinah Museum
6. Perjalanan Ke Makah
7. Ziarah Kota Taif - Alkur Amusemnet Park, Kereta Kabel
8. Ziarah Kota Taif - Pasar Buah, Kilang Ros, Masjid AbdullahIbn Abbas
9. Ziarah Kota Taif - Masjid Siku, Masjid Addas
10. Ziarah Ja'aranah
11. Ziarah Hudaibiyah
12. Ziarah Sekitar Masjidil Haram
13. Selamat Tinggal Kota Makah
14. Kota Jeddah
15. Pulang Ke Malaysia


Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Umrah dan Ziarah pada tahun 2017/ 1439H. Bukan ditulis untuk berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut. Catatan ini juga bukan panduan mengerjakan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.


No comments:

Post a Comment