Umrah dan Ziarah 2017 : Dar Al Madinah Museum

Masih hari ketiga.

Selepas membeli belah di Pasar Kurma pakat-pakat sembahyang Zohor dahulu di Masjid Nabi. Seusai solat, berkumpul semula di hotel. Kali ini tak makan di hotel. Cari citarasa luar pula. Jalan kaki sahaja. Melintas Jalan King Faisal kesebuah kawasan yang kebanyakan orang disini berketurunan Pakistan.

Kawasan Pakistan
Kawasan ini di kelilingi dengan bangunan-bangunan lama dan sebok dengan manusia. Dibawah bangunan-bangunan ini rancak dengan berbagai perniagaan dari pakaian, barangan keperluan harian, kasut, makanan, cenderamata dan lain-lain. Harga di sini pula murah berbanding kedai-kedai berhampiran Masjid Nabawi.
Sebuah kedai menjual kasut capal.

Perjalanan dalam 300 meter sampailah ke tempat dituju. Sebuah retoran Pakistan, Matam Kareem. Dari luar nampak biasa sahaja melainkan papan tanda dan dinding berlatar  merah.
Matam Kareem
Masuk kedalam restoran, pengunjung boleh tahan ramai. Melihat kami datang kumpulan yang ramai, tokey bagi satu meja panjang untuk kami, kalau tak silap dibahagian keluarga. Yang tak dapat duduk disitu cari meja yang kosong bersebelahan.

Muka kelaparan


Selesai cari tempat duduk baru boleh buat pesanan. Aku tengok sahaja, tak tahu nak pesan apa. Abang ipar buat pesanan sebab dia pernah kesini ketika menggerjakan Haji sebelum ini.  Sementara hidangan sampai, kita lihat suasana dalam restoran ini dulu.

Boleh tahan ramai pengunjung restoran ini.
Tak berapa lama hidangan pun sampai, Layan apa yang dipesan.
Kalau tak silap, beriyani ayam.

Kari Kambing

Daging cincang, sedap kalau makan dengan roti arab.

Roti arab, akan datang dengan setiap hidangan. Entah berapa biji sampai pun tak tahu. Tak larat nak makan.

Sedikit salad,
Perghhh boleh tahan makanan disini. Memang sedap dan terbaik, terutama kambing - tak pasti namanya,  seperti kari. Alhamdulillah kenyang. Sebelum keluar, ini dia orang sebalik tabir yang menyediakan makanan.
Masakan disediakan.

Roti arab bersama Pakistan

Dapur roti arab.
Kepada yang sampai Madinah dan nak makan disini, ini dia lokasinya.

GPS (lokasi ini tak berapa):
24°28'32.9"N 39°36'23.8"E
24.475807, 39.606610


Dalam perjalana balik ke hotel, baru kami menyinggah di kedai-kedai di sepanjang jalan disini ~ masa datang pakat nampak makanan sahaja, lapar. Dibawah antara kedai yang dilawati.
Kedai halwa. Menjual berbagai halwa, manisan dan roti. Banyak yang manis-manis disini.












Pakat beli belit kepala. Orang panggil Egal. Disini murah dari kedai-kedai berhampiran masjid.



Harga di sini murah berbanding kedai-kedai berhampiran Masjid Nabawi. Walau rasa nak lepak-lepak lama di sini tapi tak boleh lama-lama sebab ada agenda lain pula. Ada tempat lagi untuk dikunjungi selepas ini. Bas pun telah menunggu.

Kali ini ke sebuah muzium tempatan. Muzium Madinah ( Dar Al Madinah Museum), muzium ini tak berapa terkenal seperti Muzium Haramain di Makah. Apa-apa pun kita kena masuk dahulu. Masa kami sampai seolah-olah kami sahaja pelawat disini. Apa ada di muzium ini?

Muzium Madinah - Dar Al Madinah Museum.

Sesampai kami disini, semua di kumpulkan dalam satu dewan. Tak lama selepas itu waktu Asar telah masuk, kaum lelaki pakat-pakat sembahyang kat bawah pokok kurma. Terasa jadi pak Arab.


Solat jangan di tangguh.
Selesai sembahyang kami masuk semula kedewan. Kali ini setiap orang diberikan sarung kaki plastik dan juga Kad Pelawat. Dalam kawasan muzium ini kena pakai sarung kaki mungkin untuk menjaga kebersihan dan juga banyak artifak-artifak dan ayat-ayat Quran disini.
Berkumpul dalam dewan dahulu dan diberi sarung kaki dan tag pelawat.

Selepas diberi penerangan sedikit kami di bawa ke suatu ruang dimana kami di raikan dengan kopi arab dan kurma. Dah menjadi tetamu.
Tetamu dilayan dengan kopi arab dan kurma.


Masuk kesini disediakan tour guide. Kalau tak ada tour guide memang tak berapa paham. Yang aku tahu bentuk-bentuk model 3D sahaja seperti Masjid Nabawi, Kaabah dan sebagainya. Cerita disebaliknya memang aku tak tahu. Boleh kata semua tulisan dalam bahasa Arab. Alhamdulillah dia fasih berbahasa Inggeris. Bolehlah aku paham disamping abang ipar yang tolong terjemah sekali lagi 😊😊😊.

Masjid Nabawi.


Kelambu Kaabah
Muzium ini menempatkan berbagai artifak-artifak dan model-model 3D atau diorama tempat yang menjadi sejarah perjuangan Rasulullah dan juga perjalanan hijrah Rasulullah dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Diorama bentuk mukabumi ini bukan suka-suka hati dibuat, tetapi perincian kawasan-kawasan itu telah dikaji dan dibuat dengan teliti oleh mereka yang ahli.




Bekas air
Diorama model bentuk muka bumi Madinah suatu ketika dizaman Rasulullah dengan diletakkan rumah-rumah penduduk Madinah. Ada juga bentuk muka bumi yang menerangkan laluan penghijrahan Rasulullah dari Mekah. Begitu juga lokasi-lokasi peperangan. Untuk model-model ini Tour Guide ini menerangkan satu persatu.


Kota Madinah suatu ketika di zamab Rasulullah.

Tour Guide yang sedang memberi penarangan. 
Seronok dengar pengkisahan Rasulullah berpandukan diorama dan artifak-artifak oleh tour guide. Dan hampir Maghrib pun muzium ini tak habis dilawati lagi. Jika setakat tengok-tengok mungkin boleh habis tetapi dengan pengkisahan oleh tour guide memang tak boleh habis. Oleh sebab masa telah mencemburui kami terpaksa meninggalkan muzium ini.

Buku-buku yang dijual, ada juga dalam Bahasa Melayu - Indonesia.

Kalau datang Madinah memang kena datang sini,banyak maklumat tentang hijrah Baginda Rasul ada disini. Muzium Madinah (Dar Al Madinah Museum) ini dibuka hari Sabtu hingga Khamis dari jam 9 pagi ke 7 petang. Cuti hari Jumaat.

Lokasi Muzium Madinah  ini:

GPS:
24°28'37.7"N 39°41'16.2"E
24.477145, 39.687832
Lokasi dari Google Map:


[ Pautan Perjalanan Umrah Keluarga pada 30/11/2017-10/12/2017 bersamaan 11 hingga 21 Rabiulawal 1439H ]

1. Perjalanan Dari KL Ke Madinah
2. Ziarah Sekitar Masjid Nabawi
3. Ziarah Masjid Quba, Ladang Kurma dan Syuhada Uhud
4. Ziarah Istana Urwah dan Kota Yahudi
5. Ziarah Dar AL Madinah Museum
6. Perjalanan Ke Makah
7. Ziarah Kota Taif - Alkur Amusemnet Park, Kereta Kabel
8. Ziarah Kota Taif - Pasar Buah, Kilang Ros, Masjid AbdullahIbn Abbas
9. Ziarah Kota Taif - Masjid Siku, Masjid Addas
10. Ziarah Ja'aranah
11. Ziarah Hudaibiyah
12. Ziarah Sekitar Masjidil Haram
13. Selamat Tinggal Kota Makah
14. Kota Jeddah
15. Pulang Ke Malaysia


Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Umrah dan Ziarah pada tahun 2017/ 1439H. Bukan ditulis untuk berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut. Catatan ini juga bukan panduan mengerjakan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.


No comments:

Post a Comment