Umrah dan Ziarah 2017 : Kota Jeddah

Dalam jam 3 petang kami sampai ke Jeddah. Turun sahaja dari bas aku terasa seperti sampai ke Indonesia. Kiri kanan kedai dengan papan tanda toko-toko dan Bak So. Orang Jeddap pun mungkin dapat cakap Indon.


Dah lewat tengahari masuk ke petang, perut perlu diisi. Muatwif bawa kami singgah di Wong Solo, sebuah restoran Indonesia untuk kembalikan tenaga. Warm up perut sebelum sampai Malaysia.

Restoran Wong Solo, masakan Indonesia.
Disini ada disediakan makan secara buffet dan juga boleh ala carte. Masakan disini lebih kepada masakan Padang. OKlah kena dengan selera Melayu.




Oklah boleh kata sedap juga, lidah kena tune jadi Indon sekejap. Restoran ini juga menyediakan tempat solat, tapi tempat ambil air sembahyang tak disediakan. Jadi ambil saja di sinki. Kami solat jamak qasar Zohor dan Asar disini.



Kapal terbang dalam jam 4 pagi. Masa masih banyak lagi. Memang tujuan pun nak pusing-pusing Kota Jedah dahulu. Dulu semasa aku datang buat haji, aku sampai pagi, kedai dalam komplek beli belah tak banyak yang buka. Ramai kata perniagaan di Jeddah hidup waktu petang ke malam.


Kali ini kami sampai dah petang, memang meriah. Kawasan yang kami sampai ini sudah moden dengan bangunan-bangunan membeli belah. Boleh kata semua kedai buka. Tapi bila masuk ke sini harga tak berapa menarik. Kami menjamu mata sahaja.  Kami ronda sekejap sahaja selepas itu kami dibawa mutawif ke Kota Jeddah Lama.

Perjalanan ke Jeddah Lama.

Perjalanan lebih 200 meter ke Kawasan Jeddah lama. Disini menggamit pelancong dengan suasana dulu-dulu dengan bangunan-bangunan lama dan ada yang nampak begitu uzur. Berada disini seolah-olah berada 100 tahun kebelakang.


Jalan-jalan dan lorong disini aku lihat tidak ada kenderaan yang lalu. Mungkin kawasan ini kenderaan di larang masuk. Mungkin disini kawasan pelancungan atau kawasan Warisan. Pelancung dapat berjalan santai disini dengan selesa dan selamat.

Bangunan-bangunan lama.



Ada juga di lorong-lorong ini di tandakan laluan jemaah Haji. Dulu-dulu Pelabuhan Jeddah merupakan laluan jemaah dari serata dunia berlabuh dan mereka menggunakan jalan darat ke Makkah. Lorong-lorong inilah menjadi laluan mereka. Mungkin datok nenek kita yang ke Makah menggunakan kapal merasai perjalanan disini.

Jalan-jalan yang digunakan oleh jemaah Haji suatu ketika dahulu.
Dibawah bangunan-bangunan usang ini peniaga menjual berbagai barangan seperti cenderamata, kain baju, minyak wangi, tasbih, capal, gula-gula, makanan, kemiyan dan sebagainya. Boleh rambang mata duduk di sini.

Kedai cokelat

Berbagai jenis cokelat. Dijual timbang dan harga pun berlainan.



Tasbih, butang dan aksesori lain.

Bukan pisau betul, cuma replika hiasan.
Macam-macam kemiyan ada.

Nak tahu rasa kemiyan? Tanya Muhd Ammar dia dah rasa. Tersilap ingatkan Arabic Gum.
 Kalau nak khatam masuk semua kedai disini mahu kena tidur semalam. Banyak kedai disini dan boleh kata harga disini murah dan banyak pilihan.

Rehat sebentar dah letih jalan.
Dah pegang beg shoping.

Dalam jalan-jalan azan Maghrib berkumandang. Ketika Azan berkumandang, seperti di Makah, pintu-pintu kedai ditutup, perniagaan dihentikan. Kami pun berhenti dulu shopping.  Singgah disebuah masjid untuk solat.
Kedai ditutup sebantar untuk solat.

Tak pasti nama masjid ini.
Seusai solat, shopping disambung semula. semakin malam semakin meriah. Dalam jalan-jalan terjumpa kedai minyak attar di hujung bangunan. Berderet botol dengan berbagai bau, rambang mata nak pilih. Harga pula bergantung dengan bau yang dipilih. Kalau bau macam Arab atau warnanya gelap, harganya mahal sedikit.


Minyak attar dijual botol kecil biasa atau boleh beli botol besar ~ nanti balik boleh isi dalam botol-botol kecil. Botol besar minyak attar di timbang menggukan dacing dan pemberat.


Semakin malam semakin meriah. Seusai solat Maghrib tadi. banyak barang jualan di keluarkan dan diletak diluar premis. Diatas jalan yang kami datang tadi pun diletakkan karpet-karpet, mungkin ada pasar lambak disini.

Karpet-karpet diletakkan di atas jalan mungkin untuk hamparan ketika berjual. 

Selalamt tinggal Jeddah Lama. Kami ke bazar moden pula. Disini katanya ada beberapa kedai lagi untuk dilawati 😃😃😃.



Keletihan....
Shopping sampai sakit pinggang. OKlah dalam jam 8 malam kami meniaki bas semula dan berangkat ke Hotel Mira untuk membersihkan diri, makan dan tidur sekejap sebelum ke airport.


[ Pautan Perjalanan Umrah Keluarga pada 30/11/2017-10/12/2017 bersamaan 11 hingga 21 Rabiulawal 1439H ]

1. Perjalanan Dari KL Ke Madinah
2. Ziarah Sekitar Masjid Nabawi
3. Ziarah Masjid Quba, Ladang Kurma dan Syuhada Uhud
4. Ziarah Istana Urwah dan Kota Yahudi
5. Ziarah Dar AL Madinah Museum
6. Perjalanan Ke Makah
7. Ziarah Kota Taif - Alkur Amusemnet Park, Kereta Kabel
8. Ziarah Kota Taif - Pasar Buah, Kilang Ros, Masjid AbdullahIbn Abbas
9. Ziarah Kota Taif - Masjid Siku, Masjid Addas
10. Ziarah Ja'aranah
11. Ziarah Hudaibiyah
12. Ziarah Sekitar Masjidil Haram
13. Selamat Tinggal Kota Makah
14. Kota Jeddah
15. Pulang Ke Malaysia


Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Umrah dan Ziarah pada tahun 2017/ 1439H. Bukan ditulis untuk berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut. Catatan ini juga bukan panduan mengerjakan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.


No comments:

Post a Comment