Umrah dan Ziarah 2017 - Perjalanan Ke Madinah

Alhamdulillah di penghujung tahun 2017 kami dijemput sekali lagi ke bumi yang penuh barakah. Kali ini kami dijemputNya sekeluarga bersama semua ahli keluarga sebelah isteri aku. Terima kasih yang teramat kepada abang ipar aku yang berkongsi rezkiNya bersama kami.

Perjalanan kami menggunakan travel agen Our Deen Travel yang diurus oleh Utz Erdie Nazrullah. Segala urusan perjalanan ini diurus oleh abang dan kak ipar. Kami cuma sediakan apa-apa yang diminta sahaja.

Tak payahlah aku ceritakan pasal cara-cara melakukan umrah, Insyallah banyak dah page dan youtube yang cerita. Nak belajar, cari kepada yang arif. Ini sekadar cerita kenang-kenangan kami ke sana melakukan umrah dan ziarah.

Untuk perjalanan Umrah ini Utz Erdie telah buat kursus ringkas di Kepala Batas, Penang dan yang terakhir di KL sebelum bertolak. Di KL ada seorang ustaz yang dibawa untuk memberi panduan umrah kepada kami. Umrah ini nampak saja mudah tapi kena beringat dengan rukun dan wajibnya. Kena dingat selalu, tambah lagi dengan ramai-ramai nie.
Kursus Umrah. Walau digantung kain ihram menjadi tempat skrin, ilmu perlu disampaikan.


Cara pakai kain ihram.
Sebelum hari perjalanan, semua barang di pek dan di ulang semak dan disusun. Bukan perjalanan yang dekat dan perlu persiapan yang rapi.

Semua sudah sedia. Beg masih menggunakan travel agency Harmony Excelence sabab syarikat Utz Erdie masih dalam proses. Insyallah lain kali boleh guna Our Deen.

Kami akan turun dari rumah pada 30hb November jam 2 pagi. Sebelum itu semua kena tidur awal, dapatlah tidur dua tiga jam, tidur pun tak berapa nak lena. Jam 12 malam semua pakat mandi dan bersiap.  Dalam 2 pagi bas pun sampai untuk kami bertolak ke KLIA.

Bas dah sampai.

Bermulalah perjalan yang boleh mengusik jiwa-jiwa insan.

Alhamdulillah walau tak cukup tidur, masing-masing segar dan budak-budak kecil (anak kami lah yang kecil sekali) pun memang teruja untuk perjalanan ini. Hampir jam 4 pagi sampai ke KLIA. Di KLIA, ada tiga lagi jemaah yang ikut serta dengan keluarga kami. Selain Utz Erdie, Utz Samad juga menjadi pengiring dan mutawif untuk perjalanan ini. Penerbangan ke Madinah dalam jam 7 pagi.
Sedikit penerangan dan peringatan ringkas oleh Ustaz Samad.

Antara haji dan hajah kecil





Perjalanan ke KLIA 2



Selera betul dua budak ini makan. Ahmad Firas dan Nur Fatini
Dalam jam 1 tangahari waktu Jedah (waktu Malaysia dalam jam 6 petang) Alhamdulillah kami sampai ke Prince Mohammad bin Abdulaziz Airport Madinah.  Turun sahaja kapal terbang, semua penumpang diminta scan jari (bukan ibu jari sahaja tetapi kelima-lima jari) dan diambil gambar (kau posinglah kat kamera tu). Ketat kawalan lapangan terbang kali ini berbanding masa kami mengerjakan haji tahun 2013, mungkin untuk mengekang pengganas.
Alhamdulillah, dah mendarat di bumi Madinah.


Mungkin ujian pertama disini, beg-beg kami dan juga penumpang lain tak keluar-keluar. Hampir dua jam baru semua beg kami dapat semuanya, Alhamdulillah.
Keletihan diwajah jemaah. Dok tunggu semua beg sampai.


Dah dapat beg, semua gegas keluar lapangan terbang Prince Mohammad bin Abdulaziz.

Keluar dari Terminal Lapangan Terbang, kami disambut dengan terik pancaran matahari menusuk ke kulit, walau pun matahari terik tetapi masih terasa dingin tika ditiup angin Madinah.



Bas yang akan bawa kami ke hotel.


Dalam 20  minit perjalanan dengan bas, kami sampai ke hotel. Untuk beberapa hari di Madinah kami tinggal di Province Al Sham Hotel.

Disini kami akan menginap untuk beberapa malam di Madinah, Province Al Sham Hotel.

Di lobi hotel kami di sambut dengan Teh Arab dan kurma segar.


Dah kelaparan. Tersenyum jumpa makanan.
Bilik dalam Province Al Sham Hotel.


Usai makan, pakat-pakat masuk kebilik dan kemas semua beg-beg dan membersihkan diri. Rehat sekejap dan malam ini kami ke Masjid Nabawi. Tak tahu nak cakap apa bila terlihat Masjid Nabawi.

Alhamdulillah, malam ini kami dapat menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi. Perasaan yang tak dapat digambarkan.




Oklah aku kita sambung entry lain.


[ Pautan Perjalanan Umrah Keluarga pada 30/11/2017-10/12/2017 bersamaan 11 hingga 21 Rabiulawal 1439H ]

1. Perjalanan Dari KL Ke Madinah
2. Ziarah Sekitar Masjid Nabawi
3. Ziarah Masjid Quba, Ladang Kurma dan Syuhada Uhud
4. Ziarah Istana Urwah dan Kota Yahudi
5. Ziarah Dar AL Madinah Museum
6. Perjalanan Ke Makah
7. Ziarah Kota Taif - Alkur Amusemnet Park, Kereta Kabel
8. Ziarah Kota Taif - Pasar Buah, Kilang Ros, Masjid AbdullahIbn Abbas
9. Ziarah Kota Taif - Masjid Siku, Masjid Addas
10. Ziarah Ja'aranah
11. Ziarah Hudaibiyah
12. Ziarah Sekitar Masjidil Haram
13. Selamat Tinggal Kota Makah
14. Kota Jeddah
15. Pulang Ke Malaysia


Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Umrah dan Ziarah pada tahun 2017/ 1439H. Bukan ditulis untuk berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut. Catatan ini juga bukan panduan mengerjakan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.


No comments:

Post a Comment