Umrah dan Ziarah 2017 - Ziarah Sekitar Masjid Nabawi

Awal pagi Jumaat Penghulu Segala Hari yang dingin, 1hb Disember 2017. Hari ini istimewa bukan disebabkan Hari Jumaat sahaja tetapi juga disebabkan tarikh ini merupakan Hari Kelahiran Junjungan Besar Kita Nabi Muhammad SAW. Semua sangat bersemangat, pakat ke Masjid Nabawi. Alhamdulillah Subuh yang pertama di Masjid Nabawi.
Selesai solat subuh.

Seusai solat Subuh kami balik ke hotel. Sebelum sampai ke gerbang hotel, badan yang diselimut kedinginan pagi Madinah di panaskan dengan secawan Teh Susu. Ringkas sahaja, teh uncang bersama air panas yang di campur dengan gula dan susu. Disini walau secawan teh tapi nikmatnya tak sama dengan Malaysia.
Teh susu yang ringkas tetapi entah macam mana terasa sedap.
Lepas secawan teh baru ke hotel. Sarapan yang disediakan oleh hotel. Ada makanan Timur dan juga makana orang Asia. Makanan Timur biasalah dengan salad, roti, majerin, humus dan sebagainya. Makanan Asia disini lebih kepada makanan Indonesia seperti sup, keropok, telur goreng dan entah apa lagi aku pun tak tahu. Kami makan sajalah apa yang ada.






Pagi ini selepas sarapan mutawif akan bawa kami melawat sekitar Masjid Nabawi. Berkumpul di lobi hotel sebelum berjalan kaki ke Masjid. Kedinginan Madinah masih terasa.
Bergambar dulu di lobi Province Al Sham Hotel
Tempat pertama di tuju ialah sebuah tempat di barat daya Masjid Nabawi. Disinalah berlakunya pembaiatan atau perlantikan Abu Bakar sebagai Khalifah setelah kewafatan Rasulullah.Tempat in dinamakan Sokaifah Bani Saedah.

Pintu masuk ke Sokaifat Bani Saedah

Didalam sofaikah ini di buat seperti taman.

Sokaifat merupakan satu tempat atau kawasan sesuatu bani untuk berkumpul. Sokaifat yang dipilih untuk pembaiahan ini dimiliki oleh bani Saedah. Sekarang disini dijadikan sebuah taman. Nak tahu sejarah tempat ini boleh google cerita pembaiatan Abu Bakar.

Ini lokasi Sokaifat Bani Saedah dari GPS:

24°28'13.1"N 39°36'24.4"E
24.470317, 39.606786


Selepas itu kami balik semula ke Masjid Nabawi. Sebelum sampai ke masjid selisih dengan satu bazar, kalau tak silap dipanggil Bazar Haram. Sebuah pasar lambak yang katanya barangan disini harganya sangat murah. Macam-macam jualan ada disini tapi kami tak masuk, hari dah makin terik.

Bazar Haram. Macam-macam ada dengan harga yang berpatutan.

Terus perjalanan melalui pintu 37, sampai di perkarangan Masjid Nabawi. Kami dibawa ke Perkuburan Baqi. Masa kami sampai tak boleh masuk sebab Perkuburan Baqi hanya dibuka selepas solat Subuh dan selepas solat Asar. Kaum lelaki sahaja dibenarkan masuk. Kami hanya berkumpul dihadapan tembok pagar perkuburan Baqi mendengar tazkirah oleh Mutawif dan juga bolehlah membaca maklumat yang ditampal di dinding tembok.
Di tembok luar Perkuburan Baqi diletakkan berbagai maklumat mengenai perkuburan ini. Rajin-rajin baca, banyak maklumat yang di letakkan.


Alhamdulillah selesai ziarah ringkas sekitar Masjid Nabawi. Walau masih awal kami ambil keputusan untuk terus beriktikaf di Masjid sahaja menunggu solat Jumaat. Kena masuk awal sebab berkemungkinan orang ramai menunaikan Solat Jumaat.

Berduyun manusia keluar selepas solat Jumaat..

Selapas balik kehotel, makan dan rehat sekejap. Gegas semula ke Masjid untuk Solat Asar. Seusai solat aku dan Ahmad Firas ambil peluang untuk masuk ke Perkuburan Baqi. Boleh tahan orang yang masuk. Betolak-tolak dan bergerak pun seperti kura-kura. Rasanya orang ramai disebabkan hari ini Maulid Nabi. Penggawal pun ramai menjaga manusia yang ramai ini.
Berduyun orang memasuki Perkuburan Baqi


Perkuburan Baqi ini menempatkan para sahabat dan juga isteri-isteri Baginda Rasululah dan juga merupakan tanah perkuburan bagi penduduk Madinah dan juga jemaah haji yang meninggla di Madinah.


Ahmad Firas menziarahi Perkuburan Baqi.


Oklah disamping ziarah yang paling utama disini ialah beribadat dan mohon semoga segala ibadat dan kebaikan yang dilakukan diterimaNYA.


[ Pautan Perjalanan Umrah Keluarga pada 30/11/2017-10/12/2017 bersamaan 11 hingga 21 Rabiulawal 1439H ]

1. Perjalanan Dari KL Ke Madinah
2. Ziarah Sekitar Masjid Nabawi
3. Ziarah Masjid Quba, Ladang Kurma dan Syuhada Uhud
4. Ziarah Istana Urwah dan Kota Yahudi
5. Ziarah Dar AL Madinah Museum
6. Perjalanan Ke Makah
7. Ziarah Kota Taif - Alkur Amusemnet Park, Kereta Kabel
8. Ziarah Kota Taif - Pasar Buah, Kilang Ros, Masjid AbdullahIbn Abbas
9. Ziarah Kota Taif - Masjid Siku, Masjid Addas
10. Ziarah Ja'aranah
11. Ziarah Hudaibiyah
12. Ziarah Sekitar Masjidil Haram
13. Selamat Tinggal Kota Makah
14. Kota Jeddah
15. Pulang Ke Malaysia


Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Umrah dan Ziarah pada tahun 2017/ 1439H. Bukan ditulis untuk berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut. Catatan ini juga bukan panduan mengerjakan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.


No comments:

Post a Comment