Kami pergi dan balik masjid selalunya melalui jalan yang sama dan akan melintasi sebuah kedai minyak attar. Boleh kata setiap kali lalu pasti tokey kedai ini akan menunggu tersenyum dihadapan kedainya dan memalitkan minyak attar nya kepada para jemaah yang melintas. Fasih dia berbahasa Melayu. Jadi disinilah kami dan juga geng lain membeli minyak attar sampai tokey ini kenai dah kami siap nama sekali.
Rasulullah SAW bersabda, “Ada tiga pemberian yang tidak boleh ditolak, iaitu bantal, minyak wangi dan susu.” Riwayat Tirmidzi, Abu Syaikh dan Baghawi – Status Hadis: Hasan
Ahmad Firas bersama En Najib, tokey minyak Attar. |
Ahmad Firas selalu ditegur dengan panggilan Haji Kecil. Seronok budak tu. Dan di doa menjadi Imam Besar Masjid Abu Bakar. Kenapalah dia tak sebut Imam Masjid Negara, mungkin dia pernah sampai Johor kot.
Selepas sarapan Mutawif kami Erdie membawa kami ke sebuah tempat yang jarang jemaah dibawa. Perjalanan tak berapa jauh. Kami dibawa dengan dua buah van ke Rumah Urwah bin Al Zubir. Seorang Ilmuan Islam yang terbilang. Beliau tergolong sebagai tabiin iaitu generasi yang dapat berjumpa para sahabat nabi.
Rumah Urwah Bin Al Zubir. Rumah ini telah di bina semula. |
Erdie sedang mengkisahkan perihal Urwah. |
Aku tulis secara ringkas sahaja cerita Urwah ini. Panjang cerita Urwah ini dari zaman remaja sehingga dia meninggal dengan berbagai peristiwa yang dialuinya. Nak tahu cari buku atau google.
Lokasi Rumah Urwah Bin Al Zubir:
GPS:
24°27'02.8"N 39°34'54.5"E
24.450783, 39.581817
Lokasi dari google:
Seterusnya kesebuah tempat kaum Yahudi. Tinggalan kubu seorang penyair dan amat memusuhi orang Islam iaitu Kaab Bin Asyraf. Tak kala kaum musyrikin Quraisy telah kalah kepada pasukan I Isalam dalam Perang Badar, Kaab telah menulis puisi yang merintih diatas kekalah tersebut dan juga menghina pasukan Islam.
Mendengar penerangan Erdie tentang Kaab Bin Asyraf. |
Kesan runtuhan Kota Kaab Bin Ashraf |
Lokasi Kota Kaab Bin Asyraf:
GPS:
24°25'07.5"N 39°38'00.9"E
24.418756, 39.633593
Lokasi dari Google Map:
Tak jauh dari Kota Kaab Bin Asyraf, kami ke suatu tempat atau sebuah gunung dahulunya di diami oleh kaum Yahudi Bani Quraizah. Gunung ini berwarna hitam terdiri dari batu-batu yang rapuh. Kawasan ini terletak berhampiran University Of Prince Mugrin. Mereka bukan tinggal atas gunung tersebut tetapi lembah gunung tersebut.
Kota Bani Quraizah. |
Sedikit kisah Bani Quraizah. Bani Quraizah ini merupakan kaum Yahudi yang menduduki kota Madinah. Ketika Rasulullah ingin berhijrah ke Madinah, Baginda telah membuat perjanjian antara kaum Muhajirin dan Ansar dan juga Kaum Yahudi.
Perjanjiannya adalah "kedua-dua belah pihak berkewajipan tolong-menolong dan bekerjasama untuk memerangi orang yang memerangi salah satu pihak yang telah terikat dalam perjanjian tersebut. Kedua-dua belah pihak (Muslimin dan Yahudi) berkewajipan untuk saling nasihat-menasihati dan berbuat baik serta menjauhkan segala perbuatan yang menimbulkan dosa. Mereka juga berkewajipan untuk memerangi setiap orang yang akan menyerang kota Yathrib."
Diringkaskan Kaum Yahudi Bani Quraizah telah terpengaruh dengan hasutan Huyay bin Akhtab untuk berpihak dengan Kaum Quraisy untuk menyerang Kaum Muslim. Berita itu telah dapat di ketahui oleh Rasulullah. Maka baginda bersama kaum muslimi telah mengepung Bani Quraizah selam 25 hari. Bani Quraizah telah menyerah dan di hukum dengan kaum lelaki di hukum bunuh, kaum wanita dan kanak-kanak ditawan dan harta benda di rampas.
Lokasi Kota Kaum Bani Quraizah:
GPS:
24°25'54.1"N 39°39'36.1"E
24.431686, 39.660028
Lokasi dar Google Map:
Nak tahu cerita lengkap Bani Quraizah, carilah kat internet atau buku-buku sirah nabi. Alhamdulillah dapat berbagai pengajaran dari tempat yang dilawati. Dalam perjalanan pulang singgah sebentar di Pasar Kurma.
Pasar Kurma |
Ada sebuah Pejabat Pos. Boleh juga kalau nak pos kurma terus ke Malaysia. |
|
[ Pautan Perjalanan Umrah Keluarga pada 30/11/2017-10/12/2017 bersamaan 11 hingga 21 Rabiulawal 1439H ]
1. Perjalanan Dari KL Ke Madinah
2. Ziarah Sekitar Masjid Nabawi
3. Ziarah Masjid Quba, Ladang Kurma dan Syuhada Uhud
4. Ziarah Istana Urwah dan Kota Yahudi
5. Ziarah Dar AL Madinah Museum
6. Perjalanan Ke Makah
7. Ziarah Kota Taif - Alkur Amusemnet Park, Kereta Kabel
8. Ziarah Kota Taif - Pasar Buah, Kilang Ros, Masjid AbdullahIbn Abbas
9. Ziarah Kota Taif - Masjid Siku, Masjid Addas
10. Ziarah Ja'aranah
11. Ziarah Hudaibiyah
12. Ziarah Sekitar Masjidil Haram
13. Selamat Tinggal Kota Makah
14. Kota Jeddah
15. Pulang Ke Malaysia
Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Umrah
dan Ziarah pada tahun 2017/ 1439H. Bukan ditulis untuk
berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut.
Catatan ini juga bukan panduan mengerjakan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan
dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi
teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.
No comments:
Post a Comment