Tempat pertama untuk dilawati ialah Masjid Quba. Masjid pertama umat Islam yang didirikan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW bersama sahabat baginda yang dalam Al-Quran disebut dibina atas dasar taqwa.
Selamat hari jadi Fatini, Firas pun nak inteprem juga 😁😁😁 |
Cokelat dari Fatini sempena birthday dia. |
AES dipersimpanagn jalan ketika hendak ke Masjid Quba. |
Ganjaran mendirikan solat sunat pun besar disini. Sabda Rasulullah "Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Hadis riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmizi). Untuk mendapat ganjaran tersebut kami telah mengambil wuduk dahulu di hotel sebelum datang kesini.
Masjid Quba |
Selesai solat bolehlah melawat sekitar masjid. Berbagai jualan disini dari kurma segar sehingga pakaian. Ramai yang suka beli kurma segar disini.
Berbagai jualan menanti para penziarah di luar Masjid Quba. |
Tak lama disini perjalanan diteruskan ke ladang Kurma. Disini tersedia sebuah kedai yang menjual berbagai produk. Bukan setakat kurma sahaja, ada juga dijual berbagai jenis kacang, biji janggus, buah tin, delima dan juga cokelat. Bolehlah kalau nak membeli disini.
Pasar Kurma. |
Orang Malaysia dan Indonesia jangan risau, diletakkan info dalam Bahasa Melayu. |
Disekitar sini terdapatlah pokok-pokok kurma, bolehlah berselfi dengan pokok kurma 😁😁😁. Tapi ketika ini buah kurma segar atas pokok tak ada, mungkin bukan musim dia lagi.
Perjalanan diteruskan lagi ke Perkuburan Syuhada Uhud. Tahukan sejarah Perang Uhud. Kalau tak tahu google saja, banyak cerita mengenai Perang Uhud ini. Secara ringkasnya....
Jualan-jualan di kaki lima jalan sementara nak sampai ke kaki Bukit Uhud. |
Bukit Uhud |
Bukit Uhud tak tinggi cuma untuk mendaki susah sebab tanah berpasir, kena berhati-hati. |
Mendengar cerita kisah Peprangan Uhud dari Erdie |
Pihak muslim di Madinah telah mendengar berita itu. Rasulullah dan para sahabat telah bermusyawarah dan memutuskan untuk berperang di luar Kota Madinah. Baginda dan para bala tentera sampai ke Bukit Uhud dan mengatur strategi pertempuran. Dimana kelebihan kawasan pergunungan digunakan untuk mengatur startegi. Dimana pasukan memanah diletakkan diatas bukit dan yang lain di lereng bukit. Pasukan diatas bukit tidak dibenarkan Rasulullah untuk turun walau apa pun yang berlaku.
Ini bukan pasukan memanah 😊😊😊😊, pengunjung yang mendaki Bukit Uhud. |
Pemandangan Masjid dari atas Bukit Uhud. |
Setelah pertempuran pihak Muslim telah menang dan pihak Kafir Quraisy telah berundur. Lalu tentera Muslim mengumpul harta yang ditingalkan oleh tentera Quraisy. Melihat kepada situasi tersebut Pasukan Memanah di atas bukit pun turun juga untuk mengutip harta. Tentera Quraisy yang melihat keadaan tersebut lalu Khalid bin Walid memimpin tentera berkuda Kafir Quraisy telah berpatah balik dan telah menyerang tentera Muslim. 70 orang Muslin gugur sebagai Syuhada.
Kawasan Perkuburan Syuhada Uhud di pagar, untuk mengelakkan para penziarah melakukan benda-benda khurafat. |
Perkuburan Syuhada Uhud, sebuah tanah lapang yang mengisi para syuhada. |
Alhamdulilllah, diharap tempat yang dilawati bukan setakat memenuhi agenda ziarah sahaja tetapi mempunyai cerita dan sejarah yang hebat dalam perjuangan Rasulullah dan para sahabat untuk mengembangkan agama Islam. Moga ia juga menjadi asbab untuk kita menyedari Islam yang sampai kepada kita bukan mudah, banyak darah yang mengalir.
Dah letih memanjat, boleh pekena aiskrim dulu. |
[ Pautan Perjalanan Umrah Keluarga pada 30/11/2017-10/12/2017 bersamaan 11 hingga 21 Rabiulawal 1439H ]
1. Perjalanan Dari KL Ke Madinah
2. Ziarah Sekitar Masjid Nabawi
3. Ziarah Masjid Quba, Ladang Kurma dan Syuhada Uhud
4. Ziarah Istana Urwah dan Kota Yahudi
5. Ziarah Dar AL Madinah Museum
6. Perjalanan Ke Makah
7. Ziarah Kota Taif - Alkur Amusemnet Park, Kereta Kabel
8. Ziarah Kota Taif - Pasar Buah, Kilang Ros, Masjid AbdullahIbn Abbas
9. Ziarah Kota Taif - Masjid Siku, Masjid Addas
10. Ziarah Ja'aranah
11. Ziarah Hudaibiyah
12. Ziarah Sekitar Masjidil Haram
13. Selamat Tinggal Kota Makah
14. Kota Jeddah
15. Pulang Ke Malaysia
Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Umrah
dan Ziarah pada tahun 2017/ 1439H. Bukan ditulis untuk
berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut.
Catatan ini juga bukan panduan mengerjakan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan
dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi
teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.
No comments:
Post a Comment