Selsai solat subuh |
"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahwa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."
Nak panjat boleh berpeluh juga dengan cuaca yang panas. Nak tahu ceritanya Jabal Rahmah, bolehlah google.
Jabal Rahmah |
Tempat lain seperti Jabal Nur (Gua Hira'), Jabal Thur, Mina, Muzdalifah, tempat melontar bas hanya lalu sahaja sambil mutawif menceritakan tempat itu.
Tempat melontar, Jamrat |
Dalam perjalanan ada satu tempat yang rasanya amat menarik. Sebuah binaan kecil di atas sebuah bukit di Mina. Apakah tempat itu? Dikawasan inilah dipilih oleh Nabi Ibrahim AS untuk menyebelih anaknya Nabi Ismail AS.
Binaan atas bukit menunjukkan kawasan dipilih Nabi Ibrahim AS untuk menyembelih Nabi Ismail AS, |
Akhir sekali ialah kami sampai ke Masjid Ja'aranah, tempat bermiqat. Bolehlah berniat umrah sunat disini.
Sampai ke Makah dah tengahari jadi kami masuk hotel dahulu. Makan tengahari sebelum kembali ke Masjidil Haram untuk menyelesaikan Umrah. Umrah kali ini menarik dan tak terpikir oleh aku. Kali ini abang ipar sponser kepada yang tua-tua sahaja (bukan anak-anak la) untuk bertawaf dan Sai menggunakan kereta elektrik atau buggy.
Buggy ketika tawaf |
Laluan buggy ketika Sai |
Nasihat kepada yang menggunakan buggy ini. Pastikan bateri penuh ketika sewa buggy ini. Tolong catit nombor buggy yang diambil takut tertukar ketika turun untuk sembahyang atau apa-apa sajalah. Ada juga pekerja disini ambil buggy ini jika kita pakir/letak ditepi - pening juga nak bertekak dengan pak Arab. Dikawasan ini juga ada jemaah yang bertawaf berjalan kaki, jadi berhati-hati memandu, jangan terlanggar orang yang sedang berjalan. Semasa manaiki buggy ini tolong pastikan bahu kita dan juga aurat, yang lelaki pastikan tak terselak ihram. OK lah sentiasa berhati-hati dan awasi buggy anda 😃😃😃.
Booth Mobily. |
Oklah setakat ini dulu, jumpa di lain entry.
[ Pautan Perjalanan Umrah Keluarga pada 30/11/2017-10/12/2017 bersamaan 11 hingga 21 Rabiulawal 1439H ]
1. Perjalanan Dari KL Ke Madinah
2. Ziarah Sekitar Masjid Nabawi
3. Ziarah Masjid Quba, Ladang Kurma dan Syuhada Uhud
4. Ziarah Istana Urwah dan Kota Yahudi
5. Ziarah Dar AL Madinah Museum
6. Perjalanan Ke Makah
7. Ziarah Kota Taif - Alkur Amusemnet Park, Kereta Kabel
8. Ziarah Kota Taif - Pasar Buah, Kilang Ros, Masjid AbdullahIbn Abbas
9. Ziarah Kota Taif - Masjid Siku, Masjid Addas
10. Ziarah Ja'aranah
11. Ziarah Hudaibiyah
12. Ziarah Sekitar Masjidil Haram
13. Selamat Tinggal Kota Makah
14. Kota Jeddah
15. Pulang Ke Malaysia
Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Umrah
dan Ziarah pada tahun 2017/ 1439H. Bukan ditulis untuk
berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut.
Catatan ini juga bukan panduan mengerjakan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan
dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi
teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.
No comments:
Post a Comment