Jangan stres UPSR kena ulang. Nie cerita makan-makan yang lama dah. Kali nie kami ke Sg Dua Penang. Lokasi masakan western Chef terbaik. Bukan terbaik buat aksi lambung-lambung, pusing-pusing masa masak tapi terbaik dengan hasil western food.
Chef Fahmy, kami dah test dia punya hasil masa dia ber western food kat stall di Bafana Roaster Bertam Perdana. Lepas tak berapa lama dia telah menyepi diri dan kadang-kadang terjumpa. Dari google baru terjumpa lokasi terbaru dia berniaga.
|
LA Tea Garden |
Dah tau lokasi pun ambil masa yang lama nak terjah tempat dia berniaga. Kali nie tercapai hajat. Sebuah restoran atau lebih kepada sebuah rumah kampung yang di jadikan restoran. LA Tea Garden. Nama macam ladang teh kat Cameron Highlang.
Lokasi berhadapan mudah sebab bersebelah dan berhadapan dengan stesen Minyak PETRON Sg Dua sebab ada dua stesen minyak tuu yang berdekatan. Parking saja di tepi jalan, hati-hati kereta boleh tahan laju juga kat sini.
|
Dibalik pokok buluh. |
Masuk kelokasi kedai, terasa ala-ala Jepun sikit dengan pokok buluh dan tradisional Melayu dengan rumah kayu. Pengunjung boleh tahan ramai. Berbilang bangsa datang makan kat sini. Apa lagi cari meja dulu. Boleh duduk kat bawah rumah atau di luar, kami duduk berbumbungkan langit.
Menu sampai. Oder dulu. Menu banyak pilihan, western ada ala-thai pun ada.
|
Menu |
Servis memang cepat. Tak berapa lama hidangan pun sampai. Layannn gambar kat bawah.
|
French fries dan mushroom soup dengan garlic bread untuk Fatini dan Firas. |
|
Spageti bolognese untuk Sarah. Saiz besar, memang kenyang dan sedap. |
|
Lamb chop untuk ayah. kambing di grill lembut bersama sos lada hitam memang sedap dihidang dengan french fries, coslaw dan salad. Sedikit kurang, tak ada kentang putar. Kentang putar yang chef nie buat kat Bafana memang terbaik. |
|
Fish and Chip untuk ibu, Isi ikan besar dan hidangan sampingan sama seperti lamb chop. |
|
Chicken chop untuk Ammar. Ayam bolehkata besar juga, sos lada hitam memang sedap. |
Lepas semua sampai Ahmad Firas nak nasi goreng udang pula, tak mau makan french fries yang kami oder. Mana best orang lain makan sedap-sedap aku makan french fries saja.
Panggil pelayan tanya nasi goreng udang ada ka? pelayan tu cakap ada, tapi lambat sikit sebab orang ramai. Oder juga lah. Kami dok ingat akan sampai dalam setengah jam lagi, tapi dok sat ja dah sampai. Memang terbaiklah servis kat sini.
|
Nasi goreng udang untuk Firas. Nasi biasa saja tapi udang besar. Harga mahal mungkin kerana udang tuu. |
Dah kami habis makan, sementara menunggu Fatini dan Firas makan sambil main-main bolehlah lawat kawasan. Ada sedikit ruang yang di ubah menjadi taman dengan dibuat kolam ikan.
|
Makan kat ruang terbuka, sejuk mata dikelilingi pokok hijau. |
|
makan kat bawah rumah |
Kepada yang nak merasa western food yang sedap boleh datang sini. Masakan ala thai aku tak boleh komen sebab tak oder. Harga untuk makanan western rasanya lebih kurang kedai-kedai lain juga (tengok kat menu diatas) tapi keseapan tu kena datang sini.
|
Chef Fahmy sedang beraksi. |
LA Tea Garden dibuka setiap hari dari 6 petang hingga 12 malam dan cuti hari
Isnin. Kalau waktu siang lokasi kedai nie sukar nampak sikit sebab dilindungi pokok buluh, waktu malam OKlah sebab ada lampu dan kereta banyak berhenti kat sini. Lokasi bersebelahan stesen minyak Petron dan berhadapan stesen Petron ( ada dua stesen minyak Petron kat situ). Alamat No 887 Jalan Sungai Dua Kampung Teluk, Butterworth, Penang. No talifon ada kat peta tu. Nak mudah tengok Google Map
kat bawah.
GPS :
5°26'45.3"N 100°25'22.0"E
5.445902, 100.422765