Sukan tahunan ini diadakan pada 29 Jun 2013, Sabtu di padang SMK Bertam Perdana. Pinjam padang SMKBP sebab padang SKBP tak cukup luas untuk acara lari keliling padang ~ 4x100. Cuaca hari nie memang baik, cerah.
Aku datang bersama Ammar dan Firas sahaja. Ammar tahun nie tak ambil bahagian ~ kalah awai.
| Posing cikit ~ Ahmad Firas |
| M Ammar masuk acara penonton saja tahun nie. |
| Acara dimulai dengan perbarisan masuk. |
| Rumah Merah macam biasa mesti buat gimik. Siti Sarah pegang sepanduk MENANG |
| Rumah Biru dengan tema Pirate Of The Caribbean |
| Rumah Hijau dengan tema pahlawan Melayu |
| Rumah Kuning |
| Kontinjen terakhir, pasukan cilik dari Pra-Sekolah |
| Boleh tahan juga panas. |
| Acara dimulai dengan bacaan doa oleh ustaz semoga program berjalan lancar dan diberkati. |
| Ikrar pelajar |
| Ucapan Guru Besar |
| Ucapan perasmian oleh Pegawai Pelajaran Daerah SPU |
| Peserta masuk khemah semula. Legaaaaaa |
| Acara lari. Sampai kegarisan penamat ada yang kona balik. |
| Kebanyakan acara lari sahaja yang dipertandingkan pada pagi ini. Acara-acara lain seperti lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru telah diadakan sebelum ini disekolah. |
| Ibu bapa menyaksikan anak-anak ambil bahagian. |
Diucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus menjayakan Sukan Tahunan ini.
No comments:
Post a Comment