Monday, July 22, 2013

Nasi Lemak Cinta Sayang - Original

Entry nie tak ada kena mengena dengan makan disiang hari di bulan Ramadhan, cerita bulan lepas. Lama dulu aku dah tulis Nasi Lemak Cinta Sayang. Sekarang nasi lemak nie dah ada banyak cawangan bukan sahaja sekitar Sungai Petani malah sampai keluar negeri, Shah Alam. Yang original punya atau lokasi mula-mula ujudnya nasi lemak nie iaitu dihadapan Cinta Sayang Golf Resort.
DSC_3640
6hb Jun yang lepas, dalam perjalanan ke Sungai Petani nak uruskan apa-apa yang patut, jadi singgah sarapan dulu ke sini. Aku pi yang ori punya, best sikit.

Berbeza dari dulu bukan sahaja berpindah dari gerai tepi jalan ke lot rumah berhampiran tetapi juga juadah disediakan bukan setakat nasi lemak sahaja tetapi ada mee, bihun goreng, kuih, roti bakar, lempeng, bihun sup dan banyak lagi. Lauk untuk nasi lemak boleh tahan banyak.


DSC_3638
DSC_3636
Antara menu yang ada kat sini.
Apa yang kami makan? Mestilah nasi lemak sambil mengimbau kenangan makan di sini waktu kerja kat IKM SP.
DSC_3625
DSC_3627
Aku sepinggan dan isteri aku sepinggan. Walau kuah nampak merah menyala tapi tak pedas. Rasa menang terbaik.

Walau lauk untuk nasi lemak kebanyakannya berspesis sambal dan merah menyala tapi tak pedas ~ manis-manis pedas, kena dengan mulut aku. Dah selesai pekena nasi lemak, sabagai pencuci mulut ~ macam kat hotel pulak ~ kita cuci dengan lempeng nyoq / kelapa.
DSC_3631
Peknga nyoq cicah gulai ikan ~ ikan temenung ada separuh. Terasa kelapa dalam lempeng nie.
Gerai nie bukan sahaja dibuka untuk makan pagi sahaja, tengahari disediakan nasi campur dan malam ada menu lain pula. Jadi kepada yang nak merasa nasi lemak yang sedap boleh datang kat sini.

Dalaman kedai yang luas memang selesa dan parking pun mudah dan banyak sekitar lokasi taman perumahan. Nak kesana mudah sahaja, terletak di Taman Ria Jaya Sungai Petani melalui Jalan Kelab Cinta Sayang berhampiran Cinta Sayang Golf Resort. Lokasi lihat kat bawah ~ kalau tak tepat pun rasanya kena sipi-sipi.

View Nasi lemak Cinta Sayang - Ori in a larger map

Tulis entry makan-makan waktu posa memang menarik. Meleleh air liur.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...