Senarai Ustaz Team A dan Team B

Tahniah kepada team TRW kena menjuarai Piala FA 2013. Team-team bola lain jangan kecil hati tahun depan lawan lagi. Jangan biar pasukan Kelantan pegang piala lama sangat.

Team nie kira pasukan atau puak yang ada satu keserasian dan pegangan yang sama. Team boleh juga diguna untuk kumpulan-kumpulan tertentu yang mempunyai kepala hotak yang sama termasuk dalam perniagaan, berkawan, belajar dan sebagainya.

Dalam politik lagilah kuat team nie. Team politik A, team politik B. Dalam fahaman politik yang sama pun ada lagi dibuat pecahan, jadi team politik A1, team politik A2 dan berbagai lagi mengikut individu pula didalam parti yang sama.

Yang tak berapa syok ialah ustaz pun di lebel dalam team-team tertentu dalam politik. Memanglah ustaz pun manusia dan dia mempunyai pandangan tersendiri.  Tapi dari segi ilmu agama mereka adalah pakar dan kita boleh mendapat ilmu dari mereka. Tak semestinya ustaz yang mempunyai fahaman politik tertentu akan membuat hujah politik dalam setiap ceramahnya. Ustaz yang dijemput bukannya jahil, mereka tahu apakah tajuk yang diminta berceramah bukannya sesuka hati buat tajuk sendiri.
Keratan akhbar Sinar Harian 30 Jun 2013: Forum Utz Kazim batal
 Kadang-kadang terjadi seperti keratan akhbar diatas. Kuliah yang pada asalnya untuk memberi ilmu telah ditolak atas dasar politik. Ustaz Team A boleh berceramah di negeri-negeri dan masjid tertentu dan ustaz Team B boleh berceramah di negeri dan masjid lain pula. Sukar juga kepada penganjur untuk mencari penceramah yang kena sealiran dengan pihak-pihak tertentu. Tujuan asal untuk menyebarkan dakwah dan ilmu telah dipolitikkan.

Jadi kepada sesiapa yang terlintas dan terbaca entry nie bolehlah memberi sedikit maklumat ustaz beraliran UMNO dan PR supaya dapat dijadikan panduan untuk menganjurkan program agama.

Ustaz aliran UMNO :                           Ustaz aliran PR :
1-                                                          1-
2-                                                          2-
3-                                                          3-

Sekarang umat Islam / Melayu telah dipecahkan agama disebabkan politik seumpama terbentuk mazahab-mazhab baru. Kadang-kadang perpecahan ini bukan disebabkan oleh bangsa / agama lain tetapi oleh tangan-tangan yang menjunjung syahadah yang sama. Bangsa / agama lain walau berlainan fahaman politik tetapi tetap bersatu. Mungkin mereka sekarang sedang bertepuk tangan.

Bagaimana umat Islam nak kuat dan menjadi contoh kepada agama lain, masalah dalaman sendiri masih belum selesai. Sekarang ditambah dengan penularan fahaman Syiah pula. Feninggg.

Agama kena ikut acuan politik atau politik kena ikut acuan agama. Yang mana satu betul? Fikir-fikirkan.

p/s: Aku menulis dari sudut pandangn yang jahil, kalau tersalah tolong betulkan.

4 comments:

  1. ramai ust d malaysia nie yang nak berada d comfort zone. takut hilang punca 'periuk nasi'. nanti d akhirat jawab sendiri lah dengan Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Denga ustaz-ustaz nie tak berani nak sebut, depa pun ada hujah-hujahnya...takuut tersasar. Apa2 pun buat yg terbaik

      Delete
  2. tak habis2 politik. sangat frust bila ceramah ustaz kazim dibatalkan. bila seorang ustaz dihalang dari menyampaikan dakwah...fikir2 kan lah...jawab lah di sana nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah ilmu terhalang dengan politik...antara agama dengan politik yg mana memimpin dan yg mana dipimpin.

      Delete