Thursday, July 4, 2013

Restoran Arabic Bukit Gambir

Kisah hari ahad awal bulan lepas. Selepas habis kursus, dah tengahari. Jalan-jalan cari makan kali ini ubah selera sikit, ke Arab pulak. Kali ini ke arah twin tower Plaza Ivory (University Place). Kat bawah bangunan nie ada semacam dataran dan terdapat berbagai kedai makan, dari ala Melayu sampai ke Arab. Tepuk dada tanya selera.

Aku masa dolu-dolu suka makan kat Saba, malangnya dah tutup. Jadi kami berpandukan ke kedai yang orang paling ramai, mesti sedap. Jadi dipilih Restoran Arabic, nampak beberapa meja kat luar dah ada tetamu.
DSC_3591
Ada sikit-sikit ciri-cici Arab
Yang mengusaha restoran nie Arab betul punya (bukan celup), bahasa tak ada masalah. Boleh balun bahasa Melayu. Kami ambil tempat duduk kat dalam sebab diluar hujan masih renyai-renyai. Ruang kat dalam tak berapa luas dan terdapat lebih kurang 4 biji meja kecil sahaja dan dihisi serba sedikit untuk menampakkan keArabannya. Masa kami sampai kebanyakan pelanggan duduk kat meja di kaki lima kedai sahaja.
DSC_3580
DSC_3581
Menu Restoran Arabic
Aku dengan nasi arab cuma tahu nasi mendy dan kabsa ja, yang lain tak tahu rasa cam mana. Kedatangan kali ini Siti Sarah pilih nasi kabsa ayam, Muhammad Ammar pilih nasi mendy ayam, aku kuzi kambing dan isteri aku pilih shish tawook. Tunggu tak lama dah sampai.
DSC_3599
Nasi mendi ayam + sup + salad + sambal
DSC_3596
Nasi kabsa ayam + sup + salad + sambal. Ayam mendi dan kabsa macam serupa ja. Sepatutnya ayam kabsa lebih putih sebab sup.
DSC_3600
Shish Tawook  + kambing + salad + bawang + mayonis + tomato bakar + sup + sambal
DSC_3608
Kuzi kambing + sup + salad + sambal
Nasi yang di oder memang banyak. Anak-anak aku makan separuh sahaja, tapi untuk aku sepingga tu memang bersih.
DSC_3594
Salad ~ tak tau apa kebenda warna merah tu.
DSC_3583
Sup, rasa macam sup cendawan

DSC_3598
Ini antara bahan-bahan sampingan yang datang dengan nasi-nasi diatas. Yang merah tu sambal, tak pedas sebab dibuat dengan tomato.
DSC_3611
Datang bersama set Kuzi. Buah dalam tu bendi arab ~ kontot dari bendi Malaysia.
DSC_3604
Teh arab, tak berapa best sebab tak ada serdak bahan/rempah.
Keseluruhan makanan yang kami oder boleh kata sedap dan kuantiti pun banyak. Harga boleh kata berpatutan. Layanan pun memang baik, sentiasa senyum ditambah dengan keselesaan dan kebersihan kedai.Kalau lihat nasi yang digunakan memang terbaik ~ panjang-panjang.
DSC_3610
Beras panjang-panjang
DSC_3615
 Kalau nak meriah datang kesini waktu petang hingga malam sebab dataran dihadapan bangunan ini akan dipenuhi dengan meja kerusi dan kebanyakan kedai makan dibuka waktu malam ~ waktu siang banyak kedai yang tutup dan meja cuma diletak di kaki lima kedai sahaja.
DSC_3618
Arabic Restaurant Bukit Gambir

Nak datang kesini senang saja, lihat kepada bangunan berkembar Ivory Tower, restoran nasi arab ada kat bawah tu. Lihat Google map kat bawah.


View Arabic Restaurant in a larger map





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...