Friday, July 19, 2013

Terima Kasih Ban Ki Moon

Awal pagi nie dapat email dari Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon. Terasa macam dalam mimpi. PBB memang terbaik, nak bagi duit raya kat aku $5,000.00 setiap hari sehingga sampai jumlah $ 1,500,000.00. Bukan raya tahun nie, raya tahun depan pun cover sekali.

Sekarang aku nak mohon cuti setahun atau nak berhenti kerja terus, dok tengah fikir ni. Lepas nie nak tempah tiket kapal terbang, nak shoping tahap gaban. Pasti raya tahun nie bukan "sederhana tetapi meriah" tapi gilang gemilang, semua baru.

Atau aku nak guna duit nie derma kepada sedara-mara aku kat Syria, Myanmar, Palestine dan tempat-tempat yang PBB buat buta dan tuli saja.

Ada orang percaya ka benda macam nie? mungkin "ya", kalau tidak masakan dibuat email merapu tahap gaban.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...