Warong Pak Su : Mee Ketam Juru

Bulan puasa nie seronok gak tulis pasai makan-makan. Sambil tulis sambil meneleh air liur. Jalan-jalan cari makan cuti sekolah yang lepas. Tapi yang nie kira unoficial sebab tujuan utama nak servis kereta. Puas hati servis kereta Proton kat Juru dari jam 9.30 pagi sampai hampir jam 3 petang baru siap ~ tunggu 5 jam setengah. Bukan datang main redah, tapi dah booking tarikh.

Nasib baik ada kedai mamak kat situ boleh sarapan pagi. Anak-anak aku pula dah meluat tunggu lama kat situ belasah biskut dengan kopi yang diletak percuma. Boleh kembung perut.

Perut dah berbunyi lepas habis servis. Apa lagi mulakan program jalan-jalan cari makan dulu ~ dah dekat nak petang tak makan tengahari lagi. Apa yang sedap kat Juru??. Apa lagi pekena ketam dan udang la. Kali ini kami bertolak ke arah Kuala Juru.
Kiri kanan jalan yang tenang

Tak sampai kuala pun, cuma sampai ke simpang tiga dan belok ke kanan ke kuala juru. Kedainya berada lebih kurang 200m dari simpang. Haaa... dah nampak Warung Pak Su.
Warung Pak Su Kuala Juru

Kat kawasan nie ada beberapa warung di sepanjang jalan sehingga sampai ke kuala yang menyediakan menu yang sama. Dolu-dolu kami pernah pekena kat kedai hujung sekali betul-betul bersebelahan jeti ~ pemandangan syahdu kat sini, boleh feling-feling. Tapi kali nie pekena kat Warong Pak Su pula. Parking luas kat seberang jalan depan warong.
Tak sabarrr

Warong terkletak sederet dengan rumah-rumah kampung, pamandangan kampung dengan bukit dan sawah padi terasa macam aku kat kampung masa kecik dulu.
Menu Warong Pak Su

Orang tak ramai, mungkin dah lewat waktu makan tengahari, lagi pun hari kerja. Menu yang disediakan berbagai ikan, sotong dan kerang bakar, sotong, udang dan ketam masak pedas, mee udang, mee ketam, nasi goreng dan berbagai lagi. Oleh kerana perut kosong, maka di oder nasi dengan ketam masak pedas, sotong goreng kunyit, siakap bakar dan kailan ikan masin. Nak oder mee ketam, dia kat tak ada hari nie ~ tak dapat rasa benda terfemes kat Juru.

Dok ta berapa lama sampai apa yang di pesan. Penuh meja.
Ketam masak pedas - ketam saiz sederhana, kuah sedap. Walau masak pedas tapi tak berapa pedas, bebudak boleh makan.


Sotong goreng kunyit


Ikan siakap bakar. Isi memang lembut dan bila cicah dengan air asam - mabeles
Kailan ikan masin

Eeerrrrrrrr.....alhamdulillah, kenyang. Semua masakan boleh kata sedap dan telah dihabiskan selicinnya, membazir amalan syaitonn.
Licin.... tinggai kuah saja.

Masa nak bayar tanya tokey kedai kenapa ketam masak pedas ada tapi mee ketam tak ada? Di jawab untuk mee dia guna ketam kecil sikit dan yang penting mesti dari Kuala Juru. Ketam Kuala Juru lebih manis kalau buat kuah mee ~ untuk jaga kualiti. Ketam masak pedas dia ambil dari Sungai Udang Perak.
Bersih dan selesa.

Harga berbaloi dengan saiz dan rasa. WarongPak Su nie merupakan sambungan dari rumah disebelahnya. Pengunjung boleh makan dibawah bumbung atau dibawah rumah. Kawasan luas tersusun dan yang penting selesa dan bersih.

Waktu buka: Setiap hari dari 12 tengahari sampai 8 malam dan tutup hari Khamis.
Alamat: No 385, MK 12, Bagan Nyior Juru, Bukit Mertajam. Penang
Talifon:  012-409 0771 dan 012-4935771.

Lokasi dari google map.


View Larger Map


No comments:

Post a Comment