Dah tertinggal lama pula travelog ke Sabah nie. Sambung balik. Masih lagi dalam perjalanan ke KK. Hampir tengahari. Singgah lagi, kali ini ke Taman Buaya Tuaran. Lihat buaya pulak. Tak jauh dari tempat makan lokan bakar tadi.
Taman Buaya Tuaran |
Seperti biasa ambil tol dulu baru serbu masuk. Masa kami sampai sebuah petunjukan kebudayaan baru nak mula. Jadi pakat-pakat serbu ke sebuah rumah panjang untuk melihat persembahan.
Persembahan kebudayaan etnik Sabah. |
Rumah panjang ~ tempat persembahan tadi. |
Dah selesai bergambar, baru pi lawat buaya. Yang bestnya aku tak ambil pun gambar buaya hidup kat sini. Macam tak best saja. Semua buaya pakat dok tidor. Tak ada aksi berjalan guna mulut atau melompat dalam gelung api ~ dia la tuuuu. Yang pastinya kat sini ada persembahan buaya tetapi masa kami datang persembahan dah habis, melepas. Tapi tak pa boleh lihat buaya-buaya tidur.
Peminat setia ayam |
Kat sini bukan sahaja ada buaya tetapi juga binatang lain seperti ayam yang ikut kami seperti gambar kat atas, burung unta, burung merak, memerang, ikan keli, kijang dan macam-macam lagilah. Jadi kepada yang tak suka buaya boleh lihat binatang lain. Jangan susah hati, pilihan di tangan anda. Ada tempat-tempat menyediakan makanan dalam peket yang boleh dibeli untuk diberi kepada haiwan kat situ. Jadi bolehlah menjamu mereka.
Taman Buaya Tuaran ini merupakan salah satu dari 3 buah taman buaya di Malaysia yang dimiliki oleh tokey yang sama. Taman-taman lain terletak di Langkawi dan Sandakan. Akhir sekali dapat posing dengan replika buaya. Seronok bebudak posing.
Batu berani la, mau bagi yang hidup. Sapa nganga dulu. |
Haaaa nie dia maklumat Taman Buaya Tuaran. Harga tiket, aku tulis untuk rakyat Malaysia saja. Dewasa RM 10.00 dan Kanak-kanak ( 4-12 tahun) RM 5.00. Dibuka 8.30 pagi - 5.30 petang.
Persembahan yang diadakan kat situ.
Pertunjukan Buaya:
- Isnin - Sabtu : 11 pagi dan 3 petang.
- Ahad dan cuti umum : 11 pagi, 1 tengahari, 3 petang.
- Isnin - Sabtu : 11.30 pagi dan 3.30 petang.
- Ahad dan cuti umum : 11.30pagi, 1.30 petang, 3 petang.
Lokasi Taman Buaya dari Google Map.
View Taman Buaya Tuaran in a larger map
Habis sahaja, cepat-cepat keluar dan destinasi seterusnya ialah Masjid. Aishhh.. tetiba teringat masjid pulak ~ hari lain sembahyang kat mana-mana saja. Apa taknya hari Jumaat. Berdezuppp abang driver bawak sebab masa dah nak waktu.
Masjid Terapung KK. Ada perahu kayuh. Gambar dari http://salamborneo.blogspot.com/ |
Jauh juga untuk berjumpa masjid. Kami sampai ke Masjid Terapung Kota Kinabalu di Likas. Memang menarik la masjid nie, dikelilingi air dan ada perahu kayuh kalau tak silap aku.
Selepas sembahyang, perjalanan diteruskan lagi untuk memenuhkan perut dan akhir sekali check in di sebelah Hotel Promenade. Marina Court Resort, sebuah kondo 3 bilik lengkap dengan dapur, menghadap Laut China Selatan. Disewa dua unit, tingkat 7 dan satu lagi aku lupa tinggkat berapa entah. Petang ini menikmati pemandangan Laut Cina Selatan sambil merehatkan kaki.
Laut Cina Selatan ~ pembangunan pesat di Waterfront KK |
Sri Nurain Restoran ~ kari mantap. |
Masakan memang mabeles, terasa makan kat belah utara. Kena dengan cita rasa aku.
Cukuplah tu untuk hari ini. Balik tidor.
[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Sabah pada 2 - 9hb Disember 2012: ]
1: Sabah : Perjalanan Pergi
2: Sabah - Hari 1 : Lok Kawi Wildlife Park
3: Sabah - Hari 1 : Muzium dan Heritage Village KK
4: Sabah - Hari 1 : Ocean Seafood Village KK
5: Sabah - Hari 1 : Pasar Malam Sinsuran
6: Sabah - Hari 2 : View Dari Tingkat 7
7: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 1
8: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 2
9: Sabah - Hari 3 : Rumah Terbalik Tamparuli
10: Sabah - Hari 3 : Jambatan Tamparuli
11: Sabah - Hari 3 : Pekan Nabalu
12: Sabah - Hari 3 dan 4 : Celyn Resort Ranau
13: Sabah - Hari 4 : SPA Ikan di Sg Moroli
14: Sabah - Hari 4 : Sabah Tea Plantation
15: Sabah - Hari 4 : Desa Cattle Dairy Farm ala New Zealand
16: Sabah - Hari 4 : Kinabalu Park
17: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 1
18: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 2
19: Sabah - Hari 5 : Taman Buaya Tuaran
20: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan KK
21: Sabah - Hari 6 : Pasar Besar KK
22: Sabah - Hari 6 : Pasar lagi
23: Sabah - Hari 6 : Pasar Buah-Buahan dan Pasar Kraftangan KK
24: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan Masin KK ~ Selamat Tinggal Sabah
Salam harrizam, seronok kan bercuti di Sabah, paling ummi suka seafoodnya yang murah dan segar tu. Tq ye, link salamborneo tu.
ReplyDeletew'salam...Ummi memang best kat sana, banyak tempat menarik.
ReplyDeletesaya fikir blog ni pasal taman buaya di sabah tuaran.
ReplyDelete