Sabah - Hari 3 dan 4 : Celyn Resort Ranau

[ 5 & 6hb Disember, Rabu & Khamis 2012 ]

Sudah la perjalanan yang mencabar turun dari Pekan Nabalu kini van meneruskan perjalanan untuk melelapkan mata sambil menikmati pemandangan Gunung Kinabalu. Perjalanan melalui Pekan Kundasang  sehingga kesuatu lokasi ( aku tak pasti ), van telah membelok dan medaki anak bukit. Ada papan tanda tertulis Celyn Resort di tepi jalan. Jalan dilalui tak berturap dan berdebu dan gelap tak berlampu. Dikiri kanan jalan terdapat rumah orang asli.
Perjalanan mendaki ke Celyn Resort ~ Silhouette

Dari Pekan Nabalu lebih kurang sejam sampailah ke Celyn Resort. Udara nyaman dan segar. Check in ke resort. Resort ini ada berbagai pemandangan seperti Gunung Kinabalu, lembah dan hutan. Kami duduk kat Kinabalu wing.
Dah sampai ~ disambut pelangi

 Kemudahan yang disediakan air-cond udah la tu nak jadi ais ka? kemudahan seperti resort biasa seperti water heater, cerek, TV, kipas cuma sempit sedikit.

Aktiviti malam : menyedut udara segar, makan makanan yang dibawa dan yang di beri oleh Kilang Roti (lawatan petang tadi), bebudak main lah pa yang patut dan tidur. Tamat lah hari ke 3, esok banyak lagi acara akan berlangsung.

Hari ke-4

Bangun awal pagi selepas solat subuh jangan dok dalam bilik lagi.Masa nie yang menarik. Matahari menyinsing. Gambar kat bawah nie dipagi hari ke-4 dan ke-5. Himpun sekalilah benda yang sama ja. Layanzzz.
Pemandangan lembah
Pemandangan Gunung Kinabalu
Gunung Kinabalu
 Gunung Kinabalu nampak jelas diwaktu pagi. Kalau lewat sikit akan dilitupi awan dan kabus. Gambar kat atas aku ambil lebih kurang 6.30 pagi.

Masa pagi pemandangan lembah lebih menarik. Kat bawah, muka depan resort tu.  Disediakan beranda untuk menikmati pemandangan.

Celyn Resort
Jam 8 pagi lebih, Kinabalu hampir dilitupi awan.

 Nak tau lebih lanjut Celyn Resort Ranau klik sini. Lokasi seperti kat Google Map kat bawah.


View Larger Map

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Sabah pada 2 - 9hb Disember 2012: ]

1: Sabah : Perjalanan Pergi
2: Sabah - Hari 1 : Lok Kawi Wildlife Park
3: Sabah - Hari 1 : Muzium dan Heritage Village KK
4: Sabah - Hari 1 : Ocean Seafood Village KK
5: Sabah - Hari 1 : Pasar Malam Sinsuran
6: Sabah - Hari 2 : View Dari Tingkat 7
7: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 1
8: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 2
9: Sabah - Hari 3 : Rumah Terbalik Tamparuli
10: Sabah - Hari 3 : Jambatan Tamparuli
11: Sabah - Hari 3 : Pekan Nabalu
12: Sabah - Hari 3 dan 4 : Celyn Resort Ranau
13: Sabah - Hari 4 : SPA Ikan di Sg Moroli
14: Sabah - Hari 4 : Sabah Tea Plantation
15: Sabah - Hari 4 : Desa Cattle Dairy Farm ala New Zealand
16: Sabah - Hari 4 : Kinabalu Park
17: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 1
18: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 2
19: Sabah - Hari 5 : Taman Buaya Tuaran
20: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan KK
21: Sabah - Hari 6 : Pasar Besar KK
22: Sabah - Hari 6 : Pasar lagi
23: Sabah - Hari 6 : Pasar Buah-Buahan dan Pasar Kraftangan KK
24: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan Masin KK ~ Selamat Tinggal Sabah

Mata Malas :: Lazy Eye

Nie cerita hari Ahad 13 Jan 2013 lepas. Dalam perjalanan balik kerumah selepas ambil RM 200.00 untuk anak emas dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Kompleks Sungai Dua lalu lah dihadapan kedai mata, Matahari Optometri kat Kiosk Bertam Perdana. Tempat yang kami selalu buat spek untuk kedua-dua anak kami, Siti Sarah dan Muhammad Ammar. Lalu Muammad Ammar minta pi kedai tu. Sebelum nie dah beberapa kali dia mengadu spek yang dia pakai dah rasa tak berapa selesa, kelabu katanya. OK lah tengok kedai pun masih buka. Kona kesitu kejap. Kakanya Siti Sarah dah tak perlu spek sebab mata dia dah OK.

Masuk kekedai ada seorang pembantu kedai bertugas, minta dia check mata Ammar. Digunanya mesin dan dapatlah data. Dibanding dengan data yang lepas tak banyak beza, cuma ada sedikit peningkatan. Perbezaan yang sedikit tu tak mungkin dia akan terasa kelabu. Lagi pun spek yang dipakainya sekarang baru dibuat 5 bulan lepas (spek yang kedua).

Dari bilik belakang keluar seorang lelaki rasanya dia pakar mata kot. Spek yang pertama buat dengan tokey kedai dan yang kedua dengan doktor perempuan. Kali nie doktor lain pula. Sembang serba sedikit lalu dibuat pemeriksaan sekali lagi secara manual. Lama jugalah diperiksanya. Lalu keluar Ammar dengan spek Harry Potter. Dicuba test kanta yang diberi, katanya lebih jelas.

Doktor lelaki tadi ( tak tau pula apa namanya ) beritahu sebelah mata Ammar ada penyakit Lazy Eye atau Mata Malas. Apa kebenda tu ?? Diberitahu mata malas nie adalah mata yang kurang bekerja dimana dia tak mahu fokus. Lazy Eye ini hanya terjadi untuk sebelah sahaja. Oleh itu mata sebelah lagi terpaksa bekerja lebih.
Spek mata di letakkan patch.

Penyakit ini boleh dirawat dan lebih baik dimula sebelum umur 6 tahun. Ketika itu manalah kami tahu. Lagi pun ketika dibuat spek yang pertama lebih kurang 2 tahun yang lalu (klik sini), doktor pun tak dapat kesan. Ketika ini Ammar dah 8 tahun. Walau dah terlewat sedikit usaha kena buat juga untuk merangsang mata itu bekerja.

Saranan doktor ialah memakai eye patch atau penutup mata yang dipasang pada sebelah mata yang OK. Jadi kali ini tukar kaca baru sebab ada peningkatan power, bingkai guna yang lama.

Patch nie pakai waktu dirumah. Ammar macam OK ja seronok nak pakai benda tu. Biar mata yang malas bekerja pula. Nak suruh pakai setiap masa, rasanya tak boleh sebab susah nak belajar kat sekolah lagi pun mesti kena perli dengan kawan-kawan. In sya Allah dengan usaha yang dilakukan, semoga mata Muhammad Ammar tak malas lagi dan power pun berkurangan.

Maklumat mengenai Mata Malas yang sempat aku cari dari internet:

1) http://drhalizamutalib.blogspot.com/
2) http://hsnzkt.gov.my/
3) http://pakarmata.com/malay_amblyopia.html
4) http://www.utusan.com.my/

 p/s: walau mata malas tapi belajar jangan malas.

Sabah - Hari 3 : Pekan Nabalu

[ 5hb Diember 2012, Rabu - Petang ]

Sambung balik. Selepas melintasi Jambatan Gantung Tamparuli, perjalanan diteruskan lagi ke sebuah pekan di tanah tinggi sebelum sampai ke Kundasang. Pekan Nabalu, ambil masa lebih kurang satu jam dari jambatan tadi dengan perjalanan bengkang bengkok mendaki bukit.

Masa sampai dah lewat petang. Sejuk. Sesampai kat sini destinasi yang dituju.... tandas. Legaaaaaa. Tandas dijaga bersih dengan dihiasi pokok-pokok bunga, sungguh menyelerakan.
Pekan Nabalu
Pekan nie boleh kata lengang, orang tak ramai, kereta tak banyak. Aman ja. Pemandangan disini memang cantik boleh berlari guling-guling nyanyi lagu hindustan.
Gunung Kinabalu menjengah sedikit dibalik awan
Dari Pekan Nabalu nie kita boleh lihat Gunung Kinabalu. Disediakan pelantar khas dan juga menara tinjau menghadap gunung. Tapi malang kami hanya dapat lihat sikit ja sebab di selaputi awan. Kalau nak lihat pemandangan Gunung Kinabalu dengan jelas kena datang waktu pagi.

Tawar kau kau punya.
Pekan nie banyak kedai cendera mata, dibuat seperti rumah panjang penuh dengan cenderamata. Kedai-kedai lain seperti kedai makanan, kedai runcit. Kedai runcit dan kedai makanan kami tak kesitu pun. Kami singgah ke kedai cenderamata saja. Macam-macam ada, fridge magnet, kraftangan, baju, mainan.

Tawar menawar sepuas hati. Suasana dalam kedai masa kami sampai suram, tak buka lampu entah pasai pa. Kat bawah nei lokasi Pekan Nabalu.


View Larger Map

Kalau dah lama dalam kereta memang sesuai kat sini di buat regangan sambil mengambil udara segar. Lebih setengah jam berada kat sini. Perjalanan diteruskan ke Kundasang. Perjalanan turun lagi mencabar sebab kabus tebal, jarak pandangan yang pendek, disebabkan driver van yang terer tak jadi masalah. Hari dah gelap jadi destinasi seterusnya ialah tempat tidoq yang mengadap Gunung Kinabalu pula.

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Sabah pada 2 - 9hb Disember 2012: ]

1: Sabah : Perjalanan Pergi
2: Sabah - Hari 1 : Lok Kawi Wildlife Park
3: Sabah - Hari 1 : Muzium dan Heritage Village KK
4: Sabah - Hari 1 : Ocean Seafood Village KK
5: Sabah - Hari 1 : Pasar Malam Sinsuran
6: Sabah - Hari 2 : View Dari Tingkat 7
7: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 1
8: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 2
9: Sabah - Hari 3 : Rumah Terbalik Tamparuli
10: Sabah - Hari 3 : Jambatan Tamparuli
11: Sabah - Hari 3 : Pekan Nabalu
12: Sabah - Hari 3 dan 4 : Celyn Resort Ranau
13: Sabah - Hari 4 : SPA Ikan di Sg Moroli
14: Sabah - Hari 4 : Sabah Tea Plantation
15: Sabah - Hari 4 : Desa Cattle Dairy Farm ala New Zealand
16: Sabah - Hari 4 : Kinabalu Park
17: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 1
18: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 2
19: Sabah - Hari 5 : Taman Buaya Tuaran
20: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan KK
21: Sabah - Hari 6 : Pasar Besar KK
22: Sabah - Hari 6 : Pasar lagi
23: Sabah - Hari 6 : Pasar Buah-Buahan dan Pasar Kraftangan KK
24: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan Masin KK ~ Selamat Tinggal Sabah

Jika Rasulullah Mengetuk Pintu Rumah


Bayangkan apabila Rasulullah dengan izin Allah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita.

Ketika itu Baginda datang dengan tersenyum dan muka yang berseri-seri di hadapan pintu rumah kita. Apa yang akan kita lakukan? Mesti kita menjadi sangat terkejut, memeluknya erat-erat lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu. Kemudian kita tentunya akan meminta agar Rasulullah sudi menginap beberapa hari di rumah kita. Tapi barangkali kita meminta Rasulullah menunggu sebentar di depan pintu kerana teringat VCD 18+ atau lukisan wanita separuh bogel yang melekat di ruang tamu kita sehingga kita terpaksa memindahkan semuanya ke belakang dengan tergesa-gesa kemudian menggantikan khat nama Allah dan Muhammad yang tersimpan dalam almari dan kita meletakkannya di ruang tamu.

Apa agaknya Rasulullah katakan jika baginda tahu semua itu? Bagaimana pula jika Rasulullah bersedia menginap di rumah kita? Barangkali kita menjadi malu kerana tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah s.a.w, keluarga dan sahabatnya. Kita terpaksa menukar ruang tamu menjadi ruangan solat, malah segera mencari pakaian solat, kopiah, serban dan al-Quran. Manakala bagi anak isteri, kita terus belikan pakaian menutup aurat demi menutup malu selama ini kita berpakaian tidak menutup aurat .

Apa agaknya rasa Nabi dengan perlakuan dan lakonan kita itu? Belum lagi koleksi buku-buku, kaset dan karaoke kita. Ke mana kita harus menyingkirkan semua koleksi itu demi menghormati junjungan kita? Sudah tentu kita menjadi malu kerana kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berkumandang. Kita juga pasti malu kerana pada waktu Maghrib keluarga kita masih sibuk di depan televisyen. Kita hanya menghabiskan hampir seluruh waktu untuk mencari kesenangan duniawi. Sudah tentu juga kita berasa malu kerana keluarga kita tidak pernah menunaikan solat sunat, sangat jarang membaca al-Quran dan tidak mengenal jiran tetangga kita.

Sudah tentu kita malu jika Rasulullah menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari lewat di depan rumah kita.

Justeru, bayangkan apabila Rasulullah tiba-tiba muncul di depan rumah kita. Apa yang akan kita lakukan? Masihkah kita memeluk junjungan Nabi kita itu dan mempersilakan baginda masuk dan menginap di rumah kita? Atau akhirnya dengan berat hati, kita menolak kunjungan baginda kerana hal itu akan sangat membuat kita segan dan malu. Maafkan kami ya Rasulullah. Oh betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah. Itu belum lagi kalau hendak kira cara kita mencari duit, membina keluarga, cara kita berpolitik, berniaga dan segala perlakuan kita yang bertentangan dengan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Layakkah kita bergelar umat Muhammad, dan layakkah kita mendapat syafaat Nabi di hari akhirat nanti?

*************************************** 
Cerita diatas aku tak tahu perawinya tapi  banyak iktibar. Bersempena dengan Maulidur Rasul pada 24 Januari 2013 tentu berbagai acara akan mengisi sambutan itu untuk menyatakan kecintaan kepada Rasulullah. Mungkin dimulai dengan perarakan yang beberapa kilometer sambil berselawat diikuti dengan ceramah, selawat dan zikir. Mampukah satu hari yang menyatakan cinta kepada Rasul itu mengubah seluruh kehidupan kita atau hanya sekadar acara tahunan ?

Sabah - Hari 3 : Jambatan Tamparuli

[ 5hb disember 2012, Rabu - Petang ]

Masih lagi di Tamparuli. Apa lagi yang femes kat Tamparuli. Aku tolong jawab, mestilah Jambatan Tamparuli. Lagu pun ada di buat khusus untuk jambatan nie.

Sebuah jambatan gantung yang menyeberangi Sungai apa entahlah. Dok cari tak jumpa-jumpa pun nama dia.
Pendakian melintasi Jambatan Gantung Tamparuli, boleh tahan tinggi juga.
Boleh tahan tinggi juga jambatan gantung nie. Kalau sesiapa yang ada penyakit gayat tolong pejam mata.

Jambatan gantung ini digunakan untuk pejalan kaki melintasi sungai dan masih digunakan oleh penduduk tempatan. Bukan saja-saja buat pertunjukan seperti rumah terbalik. Nak guna jambatan nie percuma saja, tak kena tol. Manakala kereta boleh guna Jambatan Tamparuli bersebelahan ( nama sama tapi gantung dengan tak gantung ja ). Jambatan ini kecil sahaja muat untuk sebuah kereta melaluinya. Jadi kena ambil giliran untuk pergi dan balik.
Jambatan Tamparuli gantung dan tak gantung.
Jambatan Tamparuli ini akan dilimpahi jika paras air sungai naik. Amat bahaya jika arus deras.

Dihujung jambatan ada sebuah pekan kecil, Pekan Tamparuli. Boleh lah nak beli barangan runcit. Kalau nak lihat pandangan jambatan seperti kat bawah kena lalu jalan darat.

Jambatan Tamparuli. Foto oleh  http://rakan1klik.blogspot.com/

Lokasi:

View Larger Map

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Sabah pada 2 - 9hb Disember 2012: ]

1: Sabah : Perjalanan Pergi
2: Sabah - Hari 1 : Lok Kawi Wildlife Park
3: Sabah - Hari 1 : Muzium dan Heritage Village KK
4: Sabah - Hari 1 : Ocean Seafood Village KK
5: Sabah - Hari 1 : Pasar Malam Sinsuran
6: Sabah - Hari 2 : View Dari Tingkat 7
7: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 1
8: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 2
9: Sabah - Hari 3 : Rumah Terbalik Tamparuli
10: Sabah - Hari 3 : Jambatan Tamparuli
11: Sabah - Hari 3 : Pekan Nabalu
12: Sabah - Hari 3 dan 4 : Celyn Resort Ranau
13: Sabah - Hari 4 : SPA Ikan di Sg Moroli
14: Sabah - Hari 4 : Sabah Tea Plantation
15: Sabah - Hari 4 : Desa Cattle Dairy Farm ala New Zealand
16: Sabah - Hari 4 : Kinabalu Park
17: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 1
18: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 2
19: Sabah - Hari 5 : Taman Buaya Tuaran
20: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan KK
21: Sabah - Hari 6 : Pasar Besar KK
22: Sabah - Hari 6 : Pasar lagi
23: Sabah - Hari 6 : Pasar Buah-Buahan dan Pasar Kraftangan KK
24: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan Masin KK ~ Selamat Tinggal Sabah

Siti Sarah : Perbetul Tangan

Bersambung dari entry aku yang lepas mengenai . Lengan kanan Sarah masih sakit akibat jatuh di transit pada hari Jumaat lepas ~ kat sini. Sabtu baru nie dia kata sakit dah berkurangan tetapi bagun pagi Ahad kelmarin dia kata pula semakin sakit. Jadi pagi Ahad kami pi ke rumah mak cik urut. Mak kepada pengasuhnya dulu.
Muka serius
Semasa nak bawa untuk berurut tak bagi tahu lagi, takut dia banyak soal dan teriak. Dah sampai baru tahu. Keluar ayaq mata la, takut. Tapi lepas mak cik tu urut, Ok balik boleh senyum. Dia kata sakit berkurangan.

Sebelum balik mak cik tu pesan kena pantang sikit, tak boleh makan kacang dengan kubis sebab angin. Hari ini dia masih kata sakit tapi dah banyak kurang. Oklah boleh pi sekolah. Harap tak menganggu pelajaran sebab kena menulis guna tangan kanan.

Sabah - Hari 3 : Rumah Terbalik Tamparuli

[ 5hb Disember 2012, Rabu - Petang ]

Hampir tengahari sampai ke tanah besar. Acar diteruskan dengan menaiki van ke kilang roti dan menjamu selera kat situ. Mabeles punya kari.
Lawatan ke kilang roti
Perut pun dah kenyang perjalanan diteruskan ke Rumah Terbalik di Tamparuli. Sebuah rumah bukan terbalik disebabkan ribut, taufan atau gempa bumi tapi sengaja dibina berbentuk terbalik. Rumah yang di bina berkonsepkan rumah moden, tak ada ciri-ciri etnik yang ada kat Sabah pun. Ia merupakan satu-satunya rumah terbalik kat Malaysia setakat ini.

Setelah beli tiket bolehlah masuk bergambar kat kawasan sekitar. Ada dibuat beberapa platform untuk bergambar.
Rumah Terbalik
Untuk masuk kedalam rumah pula tak boleh buat edisi terjah, kena tunggu giliran. Tak boleh masuk ramai-ramai sebab rumah tak stabil ( aku buat nasi tambah). Untuk naik ke atas ada satu jejambat dan akan ada seorang pemudahcara yang akan menceritakan serba sedikit mengenai rumah ini. Pantang larang utama dalam rumah ialah tak boleh ambil gambar. Kalau ambil juga akan didenda dan gambar di padam ( kalau guna filem cam mana aaa?). Masuk kedalam kita seolah-olah berjalan atas bumbung.

Kereta Terbalik
Dalam rumah ini ada 2 benda yang tak terbalik iaitu penghawa dingin dan kamera CCTV ( kalau terbalik pak guard pun kena terbalik juga ). Rumah Terbalik nie seperti rumah biasa yang mempunyai ruang tamu, bilik air, dapur, beranda dan alatan dalam rumah semua di letakkan terbalik seperti mesin jahit, meja, kerusi, tandas, gambar dan macam-macam lagi. Ada satu bucket KFC atas meja pun terbalik juga. Jadi kalau nak lihat kena langut ke atas.

Pekerja yang guide kami cerita serba sedikit mengenai rumah ini. Diberitahu cerita dongeng atau saja-saja buat cerita tak tau lah. Di katakan ada sebuah keluarga yang mempunyai anak yang nakal menyebabkan rumah ini terbalik jadilah cerita Lagenda Budak Nakal.

Rasa aku, kami dok dalam rumah tu lebih kurang 5 minit sahaja. Keseluruhan, pandangan peribadi aku setelah melawat rumah terbalik ini ialah tak berapa berbaloi dengan harga tiket sebab apa yang dilihat dalam rumah terlampau ringkas. Jika boleh rumah itu biar mempunyai unsur-unsur etnik Sabah.
Rumah Terbalik dalam pembinaan. Foto dari http://blogberitabenar.blogspot.com/

Masa keluar dari Rumah Terbalik nie terfikir gak, macam mana kalau buat appartment 25 tingkat terbalik dengan ada kolam renang sekali. Mesti meriah.

Harga tiket rakyat malaysia:
Dewasa RM10.00 dan Kanak-kanak RM5.00
Waktu lawatan 8 pagi hingga 10 malam

Lokasi dari google map, sebelah stesen minyak Shell Telibong.
[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Sabah pada 2 - 9hb Disember 2012: ]

1: Sabah : Perjalanan Pergi
2: Sabah - Hari 1 : Lok Kawi Wildlife Park
3: Sabah - Hari 1 : Muzium dan Heritage Village KK
4: Sabah - Hari 1 : Ocean Seafood Village KK
5: Sabah - Hari 1 : Pasar Malam Sinsuran
6: Sabah - Hari 2 : View Dari Tingkat 7
7: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 1
8: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 2
9: Sabah - Hari 3 : Rumah Terbalik Tamparuli
10: Sabah - Hari 3 : Jambatan Tamparuli
11: Sabah - Hari 3 : Pekan Nabalu
12: Sabah - Hari 3 dan 4 : Celyn Resort Ranau
13: Sabah - Hari 4 : SPA Ikan di Sg Moroli
14: Sabah - Hari 4 : Sabah Tea Plantation
15: Sabah - Hari 4 : Desa Cattle Dairy Farm ala New Zealand
16: Sabah - Hari 4 : Kinabalu Park
17: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 1
18: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 2
19: Sabah - Hari 5 : Taman Buaya Tuaran
20: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan KK
21: Sabah - Hari 6 : Pasar Besar KK
22: Sabah - Hari 6 : Pasar lagi
23: Sabah - Hari 6 : Pasar Buah-Buahan dan Pasar Kraftangan KK
24: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan Masin KK ~ Selamat Tinggal Sabah

Tadika Perlu Tingkatkan Keselamatan

Macam baisa hari Jumaat kalau balik dari Pulau Pinang ke tanah besar waktu petang mesti jem kat Jambatan. Tapi kali  nie jam dah basi, tak boleh makan dah. Kereta bersusun. Dari dok bersenang lenang atas jambatan sambil menukar gear dan tekan brek dan perabih minyak, baik berhenti ja. Jadi aku kona, berhentikan kereta. Tunggu jem OK kembali.

Dalam 30minit lihat kereta dah berjalan lancar semula ( kalau kereta dah boleh gerak walau perlahan kira OK lah). Talipon isteri aku nak makan apa-apa untuk malam sebab aku dok dekat kedai tomyam, nak beli bawa balik. Tapi isteri aku cakap tangan Siti Sarah sakit dan nak pi ke klinik. Aku tak beli apa-apa terus naik kereta, balik. Trafik kira boleh jalan lah kat atas jambatan walau perlahan. Tak sampai lagi tanah besat, isteri aku bagi tahu dah ambil ubat dan doktor kata tak ada patah. Dinasihatkan rehatkan tangan tu jangan dok gerak banyak-banyak.

Sampai rumah tanya Siti Sarah macam mana berlaku. Dia ceritalah terjatuh di tempat transit. Kena benda apa kat tangan kanannya. Aku tanya apa cikgu buat. Dia kata cikgu sapu minyak. Tanya lagi cikgu talifon ibu ayah ka? tak talifon. Hairan aku kenapa cikgu tak talifon aku atau ibunya. Semasa balik tengok tangan dia tak bengkak tetapi sakit untuk digerakkan.

Jadi dari peristiwa ini rasanya bolelah kerajaan kaji semula undang-undang penubuhan tadika, taska dan transit dimana berbagai aspek keselamatan di perkenalkan. Disini aku cadangkan tadika, taska dan transit yang mempunyai ramai pelajar untuk mempunyai:

1- Seorang paramedik atau guru yang mempunyai asas pertolongan kecemasan untuk memberi bantuan awal jika berlaku kecemasan.

2- Sebuah van atau kereta yang boleh digunakan untuk menghantar pelajar ke hospital / klinik.

3- Klinik penel dimana jika berlaku kecemasan pelajar dapat dihantar untuk mendapat bantuan perubatan secara percuma ketika dalam jagaan mereka. Klinik ini mestilah berdekatan dengan tadika, taska dan transit tersebut.

4- Insuran berkelompok kepada pelajar-pelajar.

5- Talifon tetap ( bukan handphone) dipremis tadika, taska dan transit untuk memudahkan komunikasi antara ibu bapa dan guru-guru.

6- Sistem keselamatan kebakaran seperti fire extinguisher dan smoke detector. Kalau boleh ada water sprinkler sekali.

Ini ja yang aku terpikir. Kalau ada lagi aku tambah.

p/s: dok dengar pengusaha tadika, taska dan transit akan dapat bantuan RM180 untuk setiap pelajar bagi menampung baban operasi ketika dikuatkusakan gaji minimum RM 900.00. Entahlah.

Perodua Panggil Myvi

 Perodua panggil semula 74,000 varian baru Myvi, gantikan kolum stering

KUALA LUMPUR: Perodua memanggil semula 74,000 varian Myvi baru, yang dibina antara Mac 2011 dan Mac 2012, menerusi kempen langkah pencegahan lajur stereng kuasa elektronik (EPS) model berkenaan.

Pembuat kereta kompak itu berkata, ia bertujuan memastikan pemilik Myvi baru menikmati prestasi optimum kenderaan masing-masing.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, kempen itu perlu memandangkan prestasi kereta mungkin tidak berada pada kedudukan terbaik dan mungkin menjejaskan sebahagian respons masa pemandu pada kelajuan rendah.


"Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Perodua, masalah itu boleh dikesan apabila penunjuk EPS menyala, dan pemandu mendapati rasa berat pada kelajuan antara 30 dan 40 kilometer sejam.

"Ini boleh dibaiki sementara dengan mematikan enjin dan menghidupkan semula kereta, namun untuk pembaikan kekal dan mengurangkan kemungkinan risiko ke atas pelanggan, kami meminta mereka membuat temu janji di mana-mana 170 pusat servis kami di seluruh negara untuk penggantian lajur EPS," katanya menerusi satu kenyataan.

Aminar berkata, syarikat kereta itu sudah menghantar surat makluman kepada pelanggan yang terbabit, dan Perodua akan menyerap semua kos penggantian lajur EPS terbabit.

Tempoh akhir kempen itu tidak ditetapkan.
Pelanggan bagaimanapun digalakkan membuat temu janji secepat mungkin memandangkan lebih baik untuk mereka memastikan penggantian dilakukan dengan lancar dan teratur. - BERNAMA

Berita Harian ~ 16/1/2013

p/s: nak tunggu bila PERODUA nak tukar kereta aku pulak.

Sabah - Hari 3 : Pulau Manukan 2

[ 5hb Disember 2012, Rabu - Pagi ]

Listen! Listen! Listen!... Jalan-jalan kalau nak tidoq ja balik rumah. Pagi-pagi bangun keluar ke jeti dengan Ammar. Nak tengok matahari naik. Masa sampai air tak tenang, tengah surut. Aku dok harap air tenang boleh la nampak ikan-ikan kat situ. Apa pun air memang jernih.
Ammar ikut hirup udara segar sambil makan kerepek kentang.


Ikan-ikans

Matahari terbit pun tak berapa menarik. Awan banyak sangat. Tak apa lah hirup udara segar pun sedap gak.
Jeti Pulau Manukan

Balik semula ke bilik bersiap apa patut dan turun. Berhimpun dulu kat tepi pantai ambil udara segar sambil menikmati pemandangan yang tak akan ada bila balik nanti.
Menikmati pemandangan


Dah cukup la tu ambil angin, kena ambil makanan pula. Sarapan pagi. Tempat yang sama seperti semalam, Restoran Perahu.
Restoran Perahu

Menu yang disediakan biasa-biasa ja, sosej, kentang, roti, mee, buah dan ada sikit-sikit lagi. Mai sini bukan matlamat nak makan sedap.
Belasahhh

Aktiviti diteruskan lagi. Kali nie semua berhimpun di jeti, lengkap dengan jeket keselmatan. Isteri aku tak dapat ikut sebab jaga si kecil dua orang, Firas dan Fatini. Depa kalau pi jenuh kepung.

Kali ini ke tengah laut sikit. Ke sebuah platform. Benda yang tak pernah aku buat ( snorkeling pun pertama kali gak ), main jet ski.
Platform

Saja ja. Tak naik banana boat pun.
 Dah sampai, semua naik atas platform. Tunggu jet ski datang. Booking sejam, berapa kali naik pun tak pa.
Aku pertama kali naik jet ski. Mula-mula ketaq, pulas minyak pun sat-sat laju sat-sat perlahan. Lama-lama rasa best pulak. Membonceng dengan aku, Sarah dan Ammar. Sarah naik dua kali, Ammar naik sekali saja terus tak mau dah. Entahlah fobia aku bawak kot.
Best Ooooooo...
 
Rasa cam nak beli sebiji buat ulang alik ke Pulau Pinang tak payah guna jambatan yang sesak tuu.

Balik ke pulau. puas hati.
Balik ke resort bersiap semua untuk balik ke tanah besar. Selamat tinggal Pulau Manukan. 
Tunggu bot sampai.
 Sampai ke Jeti dapat ambil gambar bentuk landak laut yang melekat kat tebing.

Nie la rupa landak laut yang telah mencucuk kaki aku.

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Sabah pada 2 - 9hb Disember 2012: ]

1: Sabah : Perjalanan Pergi
2: Sabah - Hari 1 : Lok Kawi Wildlife Park
3: Sabah - Hari 1 : Muzium dan Heritage Village KK
4: Sabah - Hari 1 : Ocean Seafood Village KK
5: Sabah - Hari 1 : Pasar Malam Sinsuran
6: Sabah - Hari 2 : View Dari Tingkat 7
7: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 1
8: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 2
9: Sabah - Hari 3 : Rumah Terbalik Tamparuli
10: Sabah - Hari 3 : Jambatan Tamparuli
11: Sabah - Hari 3 : Pekan Nabalu
12: Sabah - Hari 3 dan 4 : Celyn Resort Ranau
13: Sabah - Hari 4 : SPA Ikan di Sg Moroli
14: Sabah - Hari 4 : Sabah Tea Plantation
15: Sabah - Hari 4 : Desa Cattle Dairy Farm ala New Zealand
16: Sabah - Hari 4 : Kinabalu Park
17: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 1
18: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 2
19: Sabah - Hari 5 : Taman Buaya Tuaran
20: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan KK
21: Sabah - Hari 6 : Pasar Besar KK
22: Sabah - Hari 6 : Pasar lagi
23: Sabah - Hari 6 : Pasar Buah-Buahan dan Pasar Kraftangan KK
24: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan Masin KK ~ Selamat Tinggal Sabah