Mesyuarat Agung PIBG SK Bertam Perdana Ke-3

Dalam jam 8.30 pagi aku ke sekolah. Untuk hadiri Mesyuarat Agung PIBG SK Betam Perdana kali ke-3 pada 25hb Februari 2012.


Sampai awal lagi, pi bayar duit fail dan abacus (sempoa) untuk Muhammad Ammar dulu. Ibu bapa belum ramai lagi sebab acara akan bermula jam 9 pagi.

Dalam aturcara, program terbahagi kepada dua fasa sebab untuk menyesuaikan dengan kehadiran YB. Sementara menunggu YB datang, dalam jam 9.15 pagi mesyuarat dimulai. Semua AJK PIBG mengambil tempat dihadapan. Acara pertama ucapan aluan oleh YDP PIBG, Tn Hj Abd Latif.

Beliau berharap kepada ibu bapa yang mempunyai kemushkilan atau masalah berhubung dengan pihak sekolah diminta mereka menggunakan saluran yang betul, samaada kepada guru besar atau pihak PIBG.

Beliau juga menerangkan mengenai kenapa pintu pagar sekolah di tutup selepas pelajar masuk ke sekolah. Ini disebabkan menjaga keselamatan pelajar-pelajar. Ini berikutan kes tahun 2003 dimana sebuah kereta telah memasuki kawasan sekolah dan telah melanggar pelajar menyebabkan 18 pelajar cedera.

Selepas YDP berucap diikuti oleh ucapan oleh Guru Besar yang baru. Cikgu Hj Ahmad Baker. Ucapan yang santai ( sebab tak ada YB lagi ), boleh cakap cara kampung.

Guru Besar, Tn Hj Ahmad Baker

Beliau membangkitkan fungsi PIBG di ujudkan di sekolah-sekolah. Antara fungsinya ialah:

a) membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;
b) menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah;
c) meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat;
d) meningkatkan kecerian premis Sekolah supya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.

Beliau juga menerangkan bidang kuasa PIBG di sekolah.

Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasanya untuk merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan sekolah, guru, kakitangan dan pekerja Sekolah dan syarat-syarat perkhidmatan guru dan kakitangan Sekolah.

Persatuan bukanlah suatu entiti undang-undang dan tidak mempunyai keupayaan juridikal untuk membuat kontrak, perjanjian atau memorandum persefahaman, atas namanya sendiri. Apa-apa program dan aktiviti yang hendak dibuat oleh Persatuan yang memerlukan apa-apa suratcara yang mengikat dari segi undang-undang hendaklah dirujuk kepada Pendaftar, melalui Guru Besar atau Pengetua, untuk kelulusan dan panduan.

Persatuan tidak boleh menjadi forum atau jentera bagi menyelesaikan sebarang pertikaian antara Persatuan dengan Guru Besar atau Pengetua, Pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan, Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan.

Persatuan tidak boleh bergabung dengan persatuan ibu bapa-guru di sekolah- sekolah lain, parti politik, kesatuan sekerja, pertubuhan bukan kerajaan atau lain-lain organisasi, pertubuhan atau persatuan, sama ada yang ditubuhkan atau berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau tidak.

Beliau meminta ibu bapa jika mempunyai aduan atau apa-apa masalah sila berjumpa dengan beliau. Jangan terus berjumpa dengan guru supaya tidak bebankan guru dengan tugasan lain, biar mereka menumpukan perhatian kepada pengajaran dan juga jangan juga terus ke JPN, biar permasaalahan di selesaikan diperingkat sekolah dahulu.
Ibu bapa yang hadir
Ibu bapa yang hendak masuk ke kawasan sekolah dikehendaki memakai pas lawatan yang boleh di perolehi dari pondok pengawal.

Beliau juga meminta ibu bapa supaya jangan merendahkan guru-guru dihadapan anak-anak. Ini boleh mengurangkan rasa hormat pelajar kepada guru. Jika ada apa-apa yang hendak dibincangkan mengenai guru, jangan libatkan anak-anak berada bersama.

Terakhir beliau meminta ibu bapa menjaga sembahyang anak-anak. Pastikan mereka sembahyang 5 waktu sehari. Beliau juga meminta ibu bapa memantau penggunaan internet di rumah supaya tidak disalahgunakan melihat gambar-gambar lucah.

Acara diteruskan untuk pengesahan minit mesyuarat, laporan aktiviti dan penyata kewangan. Belum sempat penerimaan penyataan kewangan, YB dah datang. Meja AJK di rombak untuk memberi laluan kepada kerusi VIP. Acara masuk ke fasa ke 2 iaitu perasmian mesyuarat PIBG.
Tn Hj Abd Latif, YB Dato Roslan Saidin dan Tn Hj Ahmad Baker
Acara dimulai dengan doa oleh Ustaz dan diikuti dengan ucapan YDP PIBG semula. Apa yang disampaikan seperti ulangan dari ucapan sebelum ini tetapi lebih pendek. Begitu juga dengan ucapan guru besar tetapi lebih formal. Tak keluar lagi bahasa kampung, lebih formal.
Berapa nak huluq nie ??
Sekarang tiba masa yang ditunggu YB Dato Hj Roslan Saidin ( ADUN Pinang Tunggal) memberi ucapan dan seterusnya merasmikan perjumpaan ini. Dalam ucapannya beliau menceritakan sejarah bagaimana kawasan Bertam di ujudkan. Adalah berlaku pembelian tanah dan pembangunan tanah yang di kisahkan.
YB Dato Roslan Saidin ( ADUN Pinang Tungal )
Melihat kepada kesesakan pelajar SKBP yang menyebakan sebahagian kelas terpaksa di buat waktu petang maka diberitahu beberapa sebab yang menyebabkan lambatnya sekolah di Bertam Putra belum dapat dibangunkan. Pihak kementerian dalam usaha untuk membangunkan sekolah tersebut secepat mungkin.

YB juga bermurah hati untuk menyumbangkan RM 2000.00 kepada PIBG.

Satu isu yang dibangkitkan oleh YB ialah penyalahgunaan dadah. Syabu atau ais. Terdapat kes-kes yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah di kawasan ini. Kes ini bukan melibatkan pelajar lelaki sahaja tetapi juga pelajar perempuan. Jadi beliau mohon kepada ibu bapa memberi kejasama untuk memantau anak-anak.

Selepas perasmian, disediakan sedikit jamuan makan dan selepas itu acara yang ditunggu-tunggu bermula, perbahasan usul. Semua AJK PIBG mengambil tempat di hadapan sekali lagi. Kali ini kerusi ternampak berlebihan dari ibu bapa. Ramai yang telah balik. Mungkin mesyuarat telah menjadi terlampau panjang disebabkan ada ucapan berganda.

Antara usul yang di ketengahkan ialah:

1- Laluan pelajar berbumbung. Usul ini telah dikemukakan pada mesyuarat yang lalu tetapi belum dilaksanakan lagi. Ini disebabkan peruntukan buget belum diterima. Antara penyelesaian yang dicadangkan ialah penggunaan wang PIBG untuk pembinaan dan menggunakan kuasa ADUN untuk mempercepatkan kelulusan kewangan.

2- Kedai Buku Sekolah tidak cukup buku. Kedai ini bukan dilantik oleh PIBG, tetapi diberikan oleh kementerian. Dicadangkan menarik balik tender kedai buku dan diberi kepada orang lain. Tender kedai buku akan berakhir dan akan di buka semula ( YDP menawarkan kepada sesiapa ibu bapa yang berkemampuan untuk menguruskan kedai untuk masuk tender )

3- Menyediakan pengawal lalu lintas untuk memudahkan pelajar melintas ketika masuk dan balik sekolah. Antara cadangan penyelesaian masalah ialah meminta tukang kebun membantu dengan sedikit imbuhan dan menggunakan khidmat RELA.

4- Meminta laluan pejalan kaki di luar sekolah di bersihkan sebab terdapat kebun yang boleh mengundang bahaya seperti haiwan berbisa kepada sesiapa yang melaluinya.

Selepas itu aku terpaksa balik kerana ada urusan lain. Apa-apa berlaku selepas tu aku tak tau.

Pengumuman:  Pendaftaran memasuki tahun satu 2013 & 2014 telah dibuka

klik untuk gambar besar

No comments:

Post a Comment