Roket Air - Bahagian 1

Haaaa nie dia cara buat roket air atau dalam bahasa orang putih water rocket. Gambar diambil semasa bengkel buat roket air ketika Konvensyen Astronomi Pulau Pinang 2011. Aktiviti ini dilakukan oleh ahli Kelab Astronomi USM dimana peserta-pesertanya terdiri dari pengunjung konvensyen.
1- Bahan-bahan : 2 biji botol air gas 1.5L, double-side tape, masking tape, 3 batang buluh cucuk sate panjang lebih kurang 8in, plastik sampah hitam, palstesin, 8 helai benang lebih kurang 3 kaki panjang.

2- Gunting / potong salah satu botol menjadi dua bahagian; satu bahagian mulut dan satu lagi bahagian tengah seperti di atas.

3- gunting 2 in double-side tape dan lekatkan secara memanjang kepada kedua-dua hujung buluh sate dan biar gam sahaja yang ada pada buluh.
4- Buluh yang telah dilekatkan gam.
5- Lekatkan ketiga-tiga batang buluh kepada botol yang telah dipotong tadi.
6- Inilah rupanya.
7- Masukkan botol yang satu lagi diantara buluh tersebut. Pastikan mulut botol kebawah. Pastikan buluh tersebut melekat pada botol.
8- Inilah rupanya yang telah siap.

9- Lekatkan buluh tersebut menggunakan masking tape pula, untuk menguatkannya.

10. Beginilah rupanya setelah dilekatkan masking tape.
11- Sekali lagi gunakan masking tape dan gam keseluruhan batol dan batang buluh tersebut. Gam juga bahagian atas.
12- Inilah rupanya setelah di letakkan masking tape.
13- Masukkan air lebih kurang 3/4 botol dan tutup. Letakkan atas lantai seperti diatas, pastikan ia dapat berdiri dengan stabil dan air tidak keluar.
14- Lekatkan double-side tape diatas punggung botol.
15- Gunting plastik sampah supaya dapat bulat seperti diatas ( buat lah macam mana pun janji bulat).
16- Ikat 8 penjuru plastik itu dengan benang.
17- Lekatkan lapan benang tersebut kepada punggung botol yang sudah ada gam. Untuk menguatkan lagi guna masking tape untuk lekatkan sekali lagi tali tersebut ke botol.
18- Ambil mulut botol yang telah dipotong dan masukkan plastesin dan tekan ke bahagian mulut. Lagi banyak lagi baik supaya lebih berat.

19- Dr Chong sedang menunjukkan cara yang betul melekatkan double-side tape ke mulut botol. 

20- Potong 8 in double-side tape dan lekatkan ke mulut botol seperti diatas. 
21- Lipat payung terjun dan letakkan atas punggung botol bersama dengan belon ( ada sedikit udara dan di ikat ). Letakkan mulut botol seperti diatas dimana payung terjun dan belon berada didalamnya.
22- Lekatkan sedikit masking tape antara mulut botol dengan botol yang berisi air supaya tidak jatuh.
23- Dr Chong memberi sedikit taklimat sebelum majlis pelancaran ( aku agak ja la ).
Dah siap roket. tunggu pelancarannya sahaja. tunggu entry aku cara pelancaran pula.

update: 29hb Julai 2011. aku siap cara pelancarannya'

Roket Air - Bahagian 2

4 comments:

  1. sape yang buat semua ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roket tu Student dan pensyarah USM yg buat pada hari Astronomi. Dah try buat?

      Delete
  2. cara nak letak belon dalam parachute tu macamana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat balas...belon tu bukan dok dalam paracut. Mula2 lipat paracut letak atas botol dan lepas tu letakkan belon (ada sedikir udara) dan baru letakkan muncung roket. Tak kisahlah atas paracut atau tepi paracut sebab belon tu akan mengembang untuk menolak muncung roket. OK selamat berjaya.

      Delete