| BigBob Cafe, Bertam |
Kali ini kami terjah ke BigBob Cafe yang baru ini (baru masa tu lah... sekarang dah lama). Disini lebih selesa dan luas dengan hiasan yang simpel dan menarik ~ zaman kayu pelet.
Oklah terus ke menu. Menu boleh kata kebanyakan makanan barat dan ada juga ada sikit-sikit makanan geng orang kita (Melayu la). Lihat menu dulu.
| Ada uga menu masakan Melayu. Asam pedas, masak cabai, sup ekor. |
| Macam macam makanan barat ada. |
Setelah di kaji dan dibelek menu itu, kat bawah ini hidangan kami oder.
| Roasted Chicken datang dengan kentang putar, salad dan sos black paper. Ayam lembut dan terasa perapannya. Aku suka kentang putarnya terasa lain macam sikit. |
| Fish n Chip datang dengan French fries, salad dan mayonis. |
| Chicken chop. |
| Spageti carbonara. Yang ini memang sedap, kuah dia memang melekat. |
| Mushroom Sup dan garlic bread. |
Boleh kata hidangan cepat sampai dan setiap hidangan di persembahkan dengan cantik. Tengok pun dah menyelerakan. Bukan saja nampak menarik tetapi rasa pun memang marvels π πππ. Tak sia-sia makan disini. Berbanding harga dengan saiz hidangan, bagi aku sedikit mahal.
Kepada yang hendak menikmati makanan barat yang sedap memang kena terjah disini. Dibawah sedikit maklumat cafe ini:
BigBob Cafe
111, Jalan Dagangan 2,
Pusat Bandar Bertam Perdana,
Kepala Batas, Penang
No telefon:
019-444 7533
Waktu Buka:
Dibuka setiap hari Isnin hingga Ahad dari jam 1 tengahari hingga 11 malam. Hari Jumaat dibuka 12 tengahari hingga 11 malam.
Lokasi GPS:
5°30'57.5"N 100°26'51.0"E
5.515976, 100.447489
Lokasi dari Google Map:
No comments:
Post a Comment