Monday, October 17, 2011

Langkawi - Hari 1 : Restoran Hj. Ramli

Waktu malam Jalan Pantai Cenang nie sama dengan Pasar Malam Batu Ferringhi. Meriah. Dikiri kanan jalan macam-macam kedai ada dan restoran.

Perut pun dah lapar. Berbagai restoran kat sini. Kena tanya halal ka tak sebab konsep kedai yang nampak semacam ja. Kami ke Restoran Hj. Ramli.

Restoran Hj. Ramli
Manusia punya lah ramai. Nie dia menu yang ada. Kebanyakan makanan Ala Thai. Western pun ada.



Nak oder pun lambat, makanan yang sampai pun lambat.Anak-anak dah mengantuk. Letih main kat pantai.
Dah sampai pun. Nie dia menu yang dioder. Menu simpel saja sebab semua dah letih dan mengantuk.
Ikan Geron Masam Manis (kalau tak silap)

Tom Yam, feberet Siti Sarah


Kailan Ikan Masin
Keseluruhan makan kat sini tak berapa sedap. Sos masak masam manis pun tak berapa sedap. Harga boleh tahan mahal. Kawasan pelancong.

Habis makan, jalan balik ke resort.

Pautan lain dalam siri Langkawi 3-6hb Jan 2011:
1. Langkawi Hari 1 : Perjalanan Pergi
2. Langkawi Hari 1 : Pantai Cenang
3. Langkawi Hari 1 : Restoran Hj Ramli
4. Langkawi Hari 2 : Pantai Cenang
5. Langkawi Hari 2 : Makam Mahsuri
6. Langkawi Hari 3 : Beras Terbakar
7. Langkawi Hari 3 : Galeria Perdana
8. Langkawi Hari 3 : Kompleks Kraf Langkawi
9. Langkawi Hari 3 : Pantai Pasir Hitam
10. Langkawi : Shopping...shopping...shopping

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...