Himpunan Sejuta Umat

Himpunan Sejuta Umat atau dikenali sebagai HIMPUN dianjurkan untuk menyatakan pendirinan umat Islam dengan isu murtad yang berleluasa sekrang ini. Ia adalah inisiatif berbagai pertubuhan dan individu yang prihatin dengan su-isu ini.

Ini adalah pendapat aku. Cuba ditanya kepada diri sendiri. Adakah perhimpunan seramai itu hanya untuk menanggani isu murta sahaja? Apakah resolusi yang akan di ketengahkan? Apakah usul-usul yang akan di bincangkan? dan apakah impak yang hendak di perolehi?

Perjumpaan ini seolah-olah untuk memberi amaran kepada pengganut agama lain di Malaysia, "Jangan memurtadkan anak-anak orang Islam ". Jangan pula perhimpunan ini menjadikan orang bukan Islam melarikan diri dari Islam. Islam bukan agama yang menakut-nakutkan. Sehingga pemimpin beragama Islam sendiri pun takut.

Dalam Islam hukum dah ada, cuma perlaksanaannya sahaja yang tidak. Sedangkan kita mendabik dada, Islam agama rasmi tapi tak berani melaksanakan apa yang diperintahkan.

Kita nak agama kita di hormati tapi diri sendiri takut atau tak mahu menerima sepenuhnya. Bila terjadi gejala-gejala murtad kita nak pengganut agama lain jangan menganggu pengganut Islam. Tindakan apa yang boleh diambil?? Enekmen apa yang ada?? Cuma boleh buat bising sahaja.

Aku cadangkan buat satu muzakarah yang menghimpunkan segenap ulama dalam Malaysia, buat usul sebuah negara yang memartabatkan Islam sebagai cara pemerintahan dan selepas itu pakat ramai-ramai buatlah perhimpunan di Putrajaya minta usul itu ditegakkan. Yang nie baru betul. Jika terjadi, bukan sahaja isu murtad malah banyak lagi isu boleh ditanggani.

Walau pun sejuta umatkah... dua jutakah..... tapi jika tiada berpegang kepada Allah SWT sepenuhnya jadilah seperti sabda junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

Rasullulah ASW bersabda bermaksud :

“Setelah aku wafat,setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”
         
Maka para sahabat r.a. bertanya,

”Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?” Sabda Baginda SAW: “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”
        
Sahabat bertanya lagi,

“Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?” Jawab Rasulullah SAW, “Kerana dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.“
         
Sahabat bertanya lagi,

“Apakah itu al-Wahn?” Rasulullah SAW bersabda, “Cintakan dunia dan takut akan kematian.”
         
(Hadis riwayat Thauban r.a.)

Ingat lagi dak dengan lagu dibawah ini, Anak Kecil Main Api. Ia berkisar mengenai orang Melayu yang hanya tinggal kuasa sahaja. Lagu yang sering di nyanyikan ketika program Bina Semangat atau Bina Negara.

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara

Lagu ini benar sebab ia memperjuangkan bangsa Melayu bukan Agama. Jika Kita tukar perkataan Melayu itu menjadi Islam, baru nampak bahawa kuasa pun kita dah kurang.

Walau apa pun, usaha murni ini mesti disokong. Semoga memberi impak yang yang besar kepada penyatuan umat Islam Malaysia. Bukan sahaja membuka mata penganut agama lain tetapi juga umat Islam sendiri bahawa kita perlu bersatu dan bangkit berjuang. Terimalah Islam sepenuhnya bukan sekerat-sekerat, insyaAllah perjuangan ini medapat pertolongan dari Allah SWT.
Dari Abil Abbas Abdullah bin Abbas dia berkata :

"Dahulu aku pernah berada di belakang Rasulullah, lalu beliau bersabda : "Wahai anak kecil sesungguhnya aku ingin mengajarimu beberapa kata, jagalah Allah, maka pasti Allah menjagamu, jagalah Allah pasti kau akan menjumpai-Nya dihadapanmu. Apabila engkau meminta maka mintalah kepada Allah dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah, seandainya suatu umat berkumpul untuk memberikan manfaat kepadamu maka mereka tidak dapat memberi manfaat tersebut kecuali yang telah ditakdirkan Allah untukmu dan apabila mereka berkumpul untuk memudaratkanmu maka mereka tidak dapat memudharatkanmu kecuali dengan apa-apa yang ditakdirkan oleh Allah atasmu, telah di angkat pena dan telah kering tinta"
        
(Hadis riwayat  Tirmidzi)

Renung-renungkan..................

**** Petikan dari Utusan Online pada 16/10/2011 ****
Sokong Himpunan Sejuta Umat


KUALA LUMPUR 15 Okt. - Umat Islam di seluruh negara diajak menyertai Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN), Selamatkan Akidah Umat di Stadium Shah Alam pada 22 Oktober ini.

Pengerusi Bersama HIMPUN, Dr. Yusri Mohamad berkata, sehingga kini lebih 1,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyatakan sokongan untuk menyertai perhimpunan bertujuan menyelamatkan akidah umat Islam yang semakin terancam kebelakangan ini.

"Beberapa NGO dari Indonesia dan Brunei juga sudah memberi maklum balas positif untuk menyertai perhimpunan bermula pukul 2 petang itu.

"Jadi, saya ingin mengajak semua umat Islam tanpa mengira fahaman politik menyertai perhimpunan ini," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Sementara itu, individu yang turut menjadi tulang belakang HIMPUN, Datin Seri Fatini Yaacob berkata, perhimpunan itu bertujuan memberikan ingatan supaya umat Islam bersatu mempertahankan akidah.

"Musuh kita sudah merangka pelbagai agenda tetapi kita sesama Islam masih lagi leka dan berpecah-belah, jadi HIMPUN merupakan peringatan kepada kita tentang sejarah isu-isu murtad yang berlaku di negara ini," katanya.

Penasihat Kehormat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Ahmad Zaki Ismail berkata, perhimpunan itu bukan bagi menguatkan sentimen Islamofobia tetapi hanya untuk mengingatkan penganut agama lain supaya menghormati agama Islam.

"Kita meminta penganut agama-agama lain menghormati agama Islam yang sudah termaktub sebagai agama rasmi seperti mana kita menghormati mereka menjalankan ibadat masing-masing," katanya.

Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya menyifatkan perhimpunan itu sebagai medan untuk menegaskan kepada umat Islam betapa pentingnya bersatu mempertahankan akidah.

"Kita juga ingin menyeru semua pihak bersama-sama mempertahankan institusi raja yang menjadi penaung kepada institusi agama di setiap negeri," katanya.

Setiausaha Front Bertindak Anti Murtad (Forkad), Kamaruzaman Mohamad pula berpendapat, perhimpunan yang bakal diadakan itu bukan hanya untuk mempertahankan akidah tetapi semua isu melibatkan agama Islam.

"Umat Islam bukan hanya perlu memelihara akidah daripada terpesong, tetapi apa-apa sahaja isu yang menghina Islam perlu dipandang serius daripada menjadi bahan hinaan pihak-pihak lain," katanya.

No comments:

Post a Comment