Kenapa Jambatan Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah ?

Ramai dah naik jambatan kedua Pulau Pinang. Macam seonok ja naik jambatan tu. OKlah masih percuma lagi. Nanti kita tengok tol dia berapa nak kena.

Jambatan nie antara dua lokasi yang menggunakan nama Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah di Pulau Pinang. Jambatan Kedua diamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah yang dirasmikan pada Sabtu 1hb Mac 2014 dan satu lagi Terminal Feri Pengkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth yang menghubung ke Pengkalan Weld di Penang.
Jambatan Kedua Pulau Pinang. Gambar: Berita Harian

Kenapa dinamakan bersempena nama Sultan Kedah nie. Mungkin dulu-dulu Pulau Pinang merupakan hak milik Kerajaan Kedah. Jadi nak ambil hati Kerajaan Kedah maka dinamakan bersempena nama Sultan Kedah. Boleh pecaya ka cerita cam nie?

Pengkalan Sultan Abdul Halim mulanya bernama Dermaga Mitchell Pier bersempena nama gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir Charles Mitchell yang berkhidmat dari 1894 hingga 1899. Selepas merdeka pengkalan ini dibina semula dan dinamakan bersempena dengan Yang Di-Pertuan Agung ketika itu iaitu Sultan Abdul Halim (Klik sini senarai Yang Di-Pertuan Agung).

Jambatan Kedua Pulau Pinang yang menjadi mencu tanda baru Pulau Pinang dan juga Malaysia. Nama yang diberi pun mestilah nama yang menunjukkan kehebatannya juga. Maka dinamakan bersempena dengan Yang Di-Pertuan Agung ketika nie dan berkebetulan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah menjadi Yang Di-Pertuan Agung ke-14 ketika nie.

Nama ini bukan disebabkan Pulau Pinang pernah menjadi Hak Milik Kerajaan Kedah suatu ketika dulu tetapi dinamakan bersempena Agung ketika itu. Sultan Kedah telah menjadi Agung sebanyak dua kali iaitu pada 1970 hingga 1975 dan juga 2011 hingga sekarang.

Sedikit fakta mengenai Jambatan Kedua ini:

* Menghubungkan dua batu iaitu Batu Kawan ditanah besar dan Batu Maung di Pulau Pinang.
* Kos 4.5 Bilion.
* Panjang keseluruhan 24KM ( terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara) dan panjang atas air 16.9KM
* Pembinaan bermula tahun 2008 dan dibuka 1 Mac 2014
* Jambatan yang mempunyai cerucuk paling dalam di Dunia.
* Pembinaan usahasama antara UEM Builder Bhd dan China  Harbour Engineering Company Ltd.
* Ide asal dicetuskan oleh Tu Dr Mahathir Mohamad pada 1995 dan dirasmikan oleh DS Najib Tun Razak.

No comments:

Post a Comment