Nasi Kandar Ayam Bawang

Hari nie kena OT, balik lambat ( hari nie yang dimaksudkan minggu lepas punya). Dah petang dan perut pun dah bunyi. Nak makan apa malam nie? Selalu sangat pekena nasi kandar kat Shariff Nasi Kandar Gelugor. Tokey dia pun dah kenai. Kena ubah selera pulak.
Nasi Kandar Ayam Bawang, kena beratur.
Kali ini jauh sikit perjalanan, ke Flat Jalan Tengah, Bayan Baru. Gerai nasi kandar kecil sahaja, Nasi Kandar Ayam Bawang. Gerai ini terletak di sebelah foodcourt cina dan bersebelahan parking motosikal dalam kawasan flat tu. Dibuka waktu petang hingga malam sahaja.

Aku sampai dalam jam 6.30 petang, dah ramai beratur. Boleh kata semua bangsa ada, Cina, India, Melayu. Susah nak cari kedai yang boleh menarik ramai bangsa.

Lauk tak banyak pilihan tapi kira OKlah dengan saiz gerai. Lauk seperti telur, sotong goreng, kari ikan, ayam, sotong, bendi dan macam-macam lagi, kira lauk-lauk yang membuktikan kekandarannya.
Harga makanan

Kat gerai nie nak makan situ pun boleh, nak bawa balik boleh, nak drive-thru tak ada. Kalau nak makan kat situ kena kongsi meja foodcourt cina sebelah (jangan buat pasai makan kat situ, tak tergamak). Boleh kata kebanyakan bungkus termasuk aku.

Yang paling istimewa tentulah ayam goreng bawang yang digoreng panas-panas kat situ. Kalau minta ayam goreng nie, tokey kedai akan taruh sikit bawang goreng. Memang sedap la ayam nie, tambahan dengan minyak bawang goreng (kolesterol letak tepi ). Ayam garing diluar lembut didalam.
Tarikan utama, ayam bawang
Kuah campur dia pun OK sedap tapi tak berapa banyak jadi kepada yang suka kuah banjir kena bagi tau tokey. Harga OKlah ikut taraf nasi kandar Penang.

Kepada yang terasa nak makan Nasi Kandar Ayam Bawang, ia terletak di foodcourt cina kat Flat Jalan Tengah Bayan Baru. Kat bawah nie Google map.


View Nasi Kandar Ayam Bawang in a larger map

No comments:

Post a Comment