30hb May 2015:
Nasi Kandar Shariff nie telah berpindah ke Kompleks MPPP Jalan Permai. Klik SINI.
~~~~~***~~~~~
[ 8/10/2010 ]Hari ini kebetulan kena kerja malam tergempar. Program lewat lagi nak mula. Jadi kena cari makanan dulu. Pergi lah ke kedai nasi kandar yang selalu aku makan, sebab dah tahu sedap. Dekat sahaja dengan USM. Shariff Nasi Kandar Istimewa. Aku sampai lebih kurang jam 7 malam, tak ramai lagi orang yang datang. Kebetulan masa ni aku bawa kamera. Ini lah gerai dia, sebuah warong ditepi jalan sahaja.
Shariff Nasi Kandar ini beroperasi dari jam 6.30 petang hinga malam. Jangan datang lewat sangat, lauk cepat habis. Gerai ini kira macam kedai 1 malaysia sebab semua bangsa datang menjamu selera.
Ada masanya pelanggan memang ramai, kena beratur. Tapi mereka ambil nasi dan bubuh lauk pantas. Masakan yang paling terkenal kat sini ialah ayam kapitan.
Kalau sampai nasi kandar ni aku selalu order ayam kapitan dan telur goreng bawang.
Kebanyakan lauk disini setiap hari tak banyak berubah. Jika ada masakan istemewa untuk hari itu, mereka akan buat notis dihadapan kedai. Walau sama tapi tak jemu.
Walau kedai ini terletak ditepi jalan tetapi untuk yang ingin menjamu selera di situ disediakan meja makan di seberang jalan dan disediakan juga air basuh tangan. Air minuman boleh dipesan dari kedai sebelah.
Selesai makan aku berjumpa pemilik kedai iaitu En. Shariff sendiri. Diberitahu dia telah berniaga di situ lebih kurang 20 tahun dan semua makanan dimasak olehnya. Yang menarik rempah yang digunakan merupakan rempah giling ( Dengan lebih tepat bukan yang dah di pek kat kedai. Orang tua-tua dulu saja yang tahu giling ni, macam arwah Tok Bi aku, kat Jalan Langgar ). Dan yang susah lah kedai makan lain nak lawan, masakan kedai ini tak menggunakan MSG ( Monosodium glutamate ) atau dengan kata lebih mesra di sebut Aji-No-Moto.
Ketika Konvocation USM, kedai ini akan lebih meriah. Bekas-bekas penuntut USM sering datang makan sambil mengimbau kembali kenangan ketika belajar. Harga yang dikenakan pun berpatutan dan berbaloi.
Kedai Nasi Kandar ini dibuka setiap hari dari jam 5.30 petang hingga malam dan tutup pada hari Sabtu. Selalunya dalam jam 8.30 malam dah tutup, lauk habis. Lokasinya ialah di baris yang sama dengan Pejabat Pos Gelugor atau lebih tepat di hadapan 7-eleven Gelugor. Dulu ada Am Bank tapi dah tutup. Lihat peta dibawah.
View Shariff Nasi Kandar in a larger map
KEMASKINI
30hb May 2015:
Nasi Kandar Shariff nie telah berpindah ke Kompleks MPPP Jalan Permai. Klik SINI.
31hb Mac 2014:
Pembukaan semula Shariff Nasi Kandar. Jadi kepada yang dah ketagih nak pekena tuuu jangan segan silu. Kelmarin aku dah pi bungkus, harga naik sedikit tapi masih lagi berbaloi dan murah. Rasa masih kekal macam yang lepas. Waktu operasi macam biasa setiap petang hingga malam dan tutup hari Sabtu.
17hb Mac 2014:
Sejak bulan Disember 2013 kalau tak silap aku gerai Nasi Kandar Shariff nie tutup ja. Ada sesiapa tau ka pasai pa? ~ Dah lama tak pekena.

Gud post ~Follow me too
ReplyDelete