Hari ini ada taklimat percuma mengenai keselamatan kebakaran yang dianjurkan oleh sebuah syarikat. Diceritakan kepentingan menjaga keselamatan dan cara menghadapinya jika berlaku kebakaran. Penceramah Sue.
Ditunjuk slide peristiwa-peristiwa kebakaran dan kesan kepada mangsa. Kami ditanya cara dilakukan jika baju atau badan terbakar. Lalu dijawablah berguling, percik air, tuang pasir dan tutup dengan selimut. Ditunjukkan gambar kesan dari penggunaan kaedah-kaedah tersebut dimana jika tutup dengan selimut berkemungkinan kain selimut akan melekat pada kulit dan jika ditarik kulit akan tertarik sama. Jika di letakkan air tempat kena bakar akan mengelembung sebab panas bertemu sejuk. Jika menggunakan pasir akan menyebabkan pasir melekat pada kulit. Ngeri tengok gambar mangsa kebakaran.
Lalu ditunjukkan alat yang Insyallah ( dia tak sebut la Insyallah sebab non-musliam) dapat membantu ketika berlaku kebakaran.
1- Alat Pemadam Api / Fire Extiguisher : Diterangkan cara penggunaannya. Dicadangkan alat nie mestilah ringan sebab mudah di gunakan terutama untuk kediaman. Senang kanak-kanak pun boleh guna. Juga diterangkan bahawa tempat pemadam api tak boleh berkunci sebab ia mesti cepat dicapai. Dalam video ditunjukkan satu bilik musnah dalam 48 saat sahaja.
Alat pemadam api |
Kat alat pemadam api nie ada tertulis A,B,C, nie bukan untuk tadika tapi simbol pada alat pemadam api untuk kebakaran tertentu.
Jenis-jenis pemadam api |
Piawaian lain yang mesti ada pada alat ini mesti di sahkan oleh British Standard dan Marine Standard supaya tahan karat.
Alat ini juga mestilah dipastikan tekanan yang betul ( kena tengok meter ). Jika tekanan kurang, pacut tak lawas, jika terlebih meter takut terlampau kuat menyebabkan kita terpelanting kebelakang.
Kalau beli yang bagus, ada waranty dan juga boleh di servis jika terkanan kurang atau jika telah digunakan.
Alat pemadam api ini bukan sahaja untuk rumah tetapi juga di syorkan di letakkan dalam kereta bukan dalam bonet supaya mudah dicapai. Ada 3 kegunaan jika berada dalam kereta: 1- Dah tentu sabagai pemadam api jika berlaku kebakaran; 2- Sebagai tukul untuk memecahkan cermin kereta jika tarperangkap, perlu jenis yang kuat; 3- Jika ada peragut atau makhluk-makhluk jahat sebur ja, biar makan asap atau ketuk dengan benda nie.
2- Alat Pengesan Asap / Smoke Detector : Alat ini akan mengesan asap dan memberi isyarat bunyi. Dicadangkan yang menggunakan bateri sebab jika elektrik terputus masih boleh digunakan. Disarankan juga yang mengeluarkan bunyi yang kuat supaya terjaga dari tidur.
Pengesan asap |
Alat penggera dicadangkan diletakkan berdekatan DB atau ditengah-tengah rumah seperti ruang tamu atau dikawasan yang menggunakan banyak peralatan elektrik.
3- Topeng Asap / Smoke Mask : Jika berlaku kebakaran untuk keluar dari asap dan percikan api disarankan menggunakan topeng ini untuk kita keluar. Ada berbagai jenis. Kalau yang jenis bomba pakai memang mahal. Ada juga yang jenis mickey mouse ( betui ka nie ) yang hanya tutup hidung dengan mulut sahaja tetapi tidak di syorkan sebab bahaya muka dan mata masih terdedah dan juga percikan api boleh sambar.
Topeng asap |
Aku tak pasti betul atau tak dikatakan untuk rumah yang bertingkat-tingkat, DB perlu disediakan di setiap tingkat. Kalau rumah 2 tingkat, ada 2 DB. Betulkah nie Bertam Properties? Tolong jawab.
Terakhir sekali untuk yang hadir ceramah di berikan potongan harga untuk ketiga-tiga alat di atas.
Walau taklimat satu jam sahaja dan mungkin juga untuk promosi tetapi boleh memberi kesedaran betapa pentingnya mengetahui cara mengawal kebakaran dirumah. Ada yang mengatakan jika berlaku kebakaran insuran ada, tapi samakah nilai insuran dengan kecacatan atau kematian orang yang disayangi?
Setiap apa-apa yang turun kepada manusia itu adalah kehendak yang Esa tetapi kita sebagai makhluknya perlulah berusaha.
** Gambar yang aku tempek kat sini semua dari internet, bukan produk yang dibawa oleh amoi tu.
No comments:
Post a Comment