Tambahan Jaminan @ Extend Warranty

Nie cerita lama dah, hujung tahun 2011 tapi saja nak tulis juga, sekadar berkongsi.

TV LCD yang kat rumah tetiba saja gambar makin lama makin jadi pelik. Yang hijau semakin hijau, yang merah semakin merah, yang putih semakin putih. Semua dah jadi terlalu terang. Ingat siaran TV ada masalah, tukar ke video pula, sama juga. Dah sah masalah TV. Kena call Senheng untuk perbaiki. Kedai kami beli TV tu.
Gambar hiasan
Sebelum call, cari dulu resit beli TV tu. Alhamdulillah masih di simpan. Bukan apa, sebab masa beli dulu ada beli beli tambahan tahun jaminan. Manalah tahu masih ada waranti lagi. Tengok kat resit masih ada sebulan lebih saja lagi. Kami beli 12/2007. Semasa beli dapat tambah setahun lagi percuma sebab jadi ahli kedai tu sampai 12/2009 dan bayar sedikit lagi untuk tambah 2 tahun lagi sampai 12/2011. Jadi keseluruhan dapat jaminan 4 tahun.

Cepat-cepat call Senheng. Lepas Senheng ambil maklumat, selang beberapa hari orang dari Samsung datang periksa TV tu. Dia ambil gambar dan no siri. Dia akan hantar gambar tu ke Samsung untuk kenal pasti kerosakan. Selepas dikenalpasti baru dibuat pilihan samaada boleh diperbaiki atau tidak. Kalau alat ganti tak ada atau terlampau mahal pembeli akan diberi sejumlah duit yang boleh membeli alatan setara. Duit nie bukan diberi tunai kepada pelanggan tetapi diberi kepada syarikat yang kita beli tu. Dia kata proses mungkin ambil masa 2 minggu.

Tak berapa lama, Samsung call balik kata barang tak boleh dibaiki lagi dan akan diberikan nilai duit yang setara boleh di beli di kedai ( lebih kurang macam tulah, sebab aku pun dah lupa). Jumlahnya kena call Senheng.

Call Senheng depa kata boleh beli barang yang harga dalam RM1,000.00 sahaja. Jumlah tu memang boleh beli TV yang setara ( LCD TV 32" ). Jadi kena pi ke kedai pilih.

Ada lah dua ke tiga hari selepas tu kami pun ke Senheng Lagenda Height Sungai Petani. Sampai sana, dia kata boleh pilih apa-apa saja dalam nilai RM 1000,00. Bukan TV saja tapi boleh beli benda lain dan tak semestinya beli jenama Samsung. Oleh kerana kat rumah tak ada TV, jadi ambil LCD TV juga tapi saiz 40", kena tambah duit sikit. Kali ni pun beli dengan tambahan waranti. Dapat 4 tahun juga.

Selang dua-tiga hari Senheng datang bawa LCD TV baru dan yang lama depa ambil. Proses nie hampir sebulan sahaja.

Jaminan / waranti yang dikeluarkan oleh pengeluar kebanyakannya 1 tahun sahaja. Tambahan jaminan nie merupakan insuran yang dibeli untuk alatan tersebut. Sebab tu boleh beli alatan lain.  Bukan nak promosi kedai nie tapi tambahan jaminan ( extend warranty ) yang dibeli memang berbaloi. Kebanyakan syarikat menjual barangan elektrik besar seperti Wah Lee, Harvey Norman, SEC, HSL ada insuran nie kecuali TNB.

No comments:

Post a Comment