Sesiapa Pun Boleh Jadi Sesiapa

Zaman dulu-dulu boleh kata setiap pekerjaan mesti ada alatnya. Penggunaan alat-alat tu mesti ada kemahiran. Kalau tak dak kemahiran boleh bengong sekejap. Kat bawah aku letakkan beberapa alat yang selalu atau kadang-kadang digunakan.



Tau apa kebenda benda nie?? Abacus atau sempoa. La nie budak-budak sekolah kembali belajar menggunakan benda nie untuk mengira. Zaman aku dulu-dulu banyak kedai cina kira duit guna benda nie. Kira zaman tak ada kalkulator benda nie kira hebat dah. TOK..TAK..TAK...TAK...12 ringgit 2 kupang 5 det.


Yang nie pula apa?? benda nie digunakan terutama untuk melukis benda yang ada skill seperti untuk arkitek, pelukis plan dan sebagainya. Orang panggil dalam bahasa melayu drawing set. Nak guna benda nie mesti ada kemahiran, bukan cucuk sesuka hati ja. La nie tak pasti masih digunakan.


Haaaa yang nie mesti tau, buku conteng. Apa-apa saja nak catit, tenyeh saja kat sini. Dulu-dulu kalau jalan sambil keleng buku nie kira hebat la. Ahli perniagaan yang berjaya. Yang nie tak ada kemahiran pun tak pa tapi mesti tahu tujuan penggunaan samaada nak catit memo, temujanji dan sebagainya. Orang Malaysia panggil organizer.



Yang ni kalau tak tau saja. Bebudak pun tahu. Alat untuk menconteng. Nak guna benda nie selalunya orang seni. Kalau orang seni calit sikit atas kertas dah kira seni agung. Kalau orang biasa buat cam tu dikata membazir. Nak dapat hasil yang cantik perlu bakat dan kemahiran.

Yang ini pun tak tau saja, mesin taip. Dulu-dulu kalau buat tugasan diberi pilihan nak tulis tangan atau ketuk banda nie. Kalau guna benda nie dapat markah lebih. Sebab senang baca, tak payah merenung tulisan bengkang-bengkok. Dulu-dulu juga dalam alam pekerjaan ada jawatan typist atau jurutaip. Bukan senang nak dapat status typist nie, kena belajar menaip, lepas tu kena ambil ujian, dilihat kelajuan dan kesilapan dilakukan, lepas lulus baru dapat sijil, lepas dapat sijil baru boleh mohon jawatan typist nie. Dalam temuduga ditanya berapa kelajuan menaip dan diadakan ujian sekali lagi. Uiehhhh.... bukan mudahhh.


Yang nie benda apa?? gambar pun hitam putih. Nie la alat untuk mengedit audio dan video. Dulu-dulu semua banda merakam dibuat dalam bentuk tape yang bergulug-gulung. Tape inilah yang menyimpan maklumat rakaman. Selepas dibuat rakaman, dibuat editing. Lalu di potong dan sambung tape-tape ini mengikut citarasa. Kemahiran yang tinggi diperlukan dalam proses ini.

Itu sebahagian yang aku dapat senaraikan. Semua pekerjaan tersebut menggunakan alatan berbeza. Dari memerlukan kemahiran yang tinggi sampai yang mudah-mudah. Tetapi sekarang semua dah berubah. Komputer telah mengambil alih semua pekerjaan alatan-alatan tersebut.

Kemahiran-kemahiran untuk melakukan pekerjaan boleh disimpan dalam komputer. Manusia yang menggunakannya hanya perlu tahu apa yang hendak dibuat dan install perisian tertentu untuk komputer melaksanakan. Dengan komputer sesiapa pun boleh menjadi sesiapa. Seorang kerani mungkin boleh jadi jurukaun, seorang jurteknik boleh menjadi ahligrafik. Lagi pun kesilapan dapat diperbetul dengan mudah.

Jika tiada kemahiran menggunakannya, intenet dihujung jari. Berbagai maklumat dipaparkan dari sumber bertulis sehingga cara melaksanakan melalui grafik dan video boleh didapati. Pekerjaan pun boleh dilakukan di rumah. Yang penting rajin. Jadi apa yang membezakan pengiktirafan kepakaran dari prof IPT dengan prof Google dan Yahoo.

Apa yang membezakan ialah belajar sacara formal, tersusun dan ada sijil pengiktirafan yang mengesahkannya dilengkapi dengan pengetahuan yang mantap. Oleh itu ia berkebolehan menggunakan sumber yang ada dimana kebolehan mendapatkan maklumat dan mengolahnya dalam berbagai bentuk dan cara. Kualiti yang dihasilkan menepati kehendak pelanggan. Tempoh masa menghasilkan kerja yang efisyen, tak tertangguh-tangguh dan hasil keluaran yang berkualiti. Tak perlulah sikit-sikit nak google, nak tanya sini sana. Membuang masa.

Oleh itu jika yang lulusan dari prof IPT tapi terkial-kial buat kerja baik belajar dari prof Google dan Yahoo, jimat.

Walau apa pun aku tulis kat atas tu yang penting ialah kreativiti dimana kebolehan mengolah sesuatu perkara dari baik ke cemerlang dan dapat memberi ide-ide baru. Seperti semua orang boleh mengambil gambar tetapi siapakah yang memberi suatu kelainan dalam gambar tersebut mungkin dari segi teknik, sudut dan sebagainya. Yang ini mungkin boleh belajar tetapi kebolehan dan perlaksanaan bergantung kepada individu. Ini yang kadang-kadang membezakan seseorang.

Contoh yang terdekat ialah dalam dunia hiburan. Ada penyanyi yang menangis entah berapa gelan air mata atas pentas nak dapat sokongan tetapi ada yang hanya upload klip video dia nyanyi dalam Youtube dah boleh buat album.

Ketika ini dunia tanpa sempadan, yang dapat mengetengahkan kelainan akan berada dihadapan.

P/s : Apa aku tulis nie sukar berlaku dalam sektor kerajaan sebab betapa  kreatif dan hebat pun kau tuuu kalau tak ada sijil boleh jalan. Kerja sendiri dan sektor swasta mungkin ada kelonggran. Rezeki ada dimana-mana.

No comments:

Post a Comment