Lawatan sambil makan yang lepas klik D'King Seafood Mee Udang Banjir.
Masa kami datang hari ni pun orang yang datang memang ramai. Ingat minggu lepas ramai sebab hari bapa. Takkan hari nie semua pakat sambut hari jadi pula. Apa-apa pun yang datang ramai-ramai tu kebanyakan oder mee udang.
Kami oder mee udang banjir yang femes tu dua pinggan, diletak dalam satu mangkuk. Nak oder lebih takut tak habis. Pelayan tanya nak udang apa, udang laut atau udang sungai? Kami pun tak tau nak udang jenis apa. Dia kata udang laut lebih sedap, jadi pilih udang laut. Muhammad Ammar oder burger ayam tak pedas dan Siti Sarah bebai tak mau makan sebab panas. Kami duduk bawah pondok tak ada kipas.
Sementara menunggu makanan sampai pula, M Ammar tetiba teriak sebab kena serang dengan nyamuk. Manja betuii.
Burger ayam |
Untuk ibu |
Kemudian menu yang ditunggu-tunggu sampai, mee udang semangkuk.
Mee udang |
Mai sepiring |
Lepas saja makan baru pakat-pakat ceria balik. Semua nak tambah, sat saja dah licin. Nak oder baru malas, sebab orang ramai tak larat tunggu lama-lama.
Harga udang semasa |
OK lah sampai disini sambutan hari jadi isteri aku. Tak ada kek cuma menambah sedikit kolesterol.
Ibu bersama anak-anak |
Selamat hari jadi buat isteriku yang ke ???? |
p/s: Nak cari kedai makan yang masak udang tak kiralah mee, tom yam atau apa-apa saja yang buang taik itam kat belakang udang. Kolesterol tuuu.
No comments:
Post a Comment